Thursday, February 2, 2012

Rezeki.

Setiap perkahwinan pasti ade rezekinya, dan setiap anak yang lahir, rezeki mereka juga ada, itu aku pasti. Kesusahan semasa bujang dan kesusahan selepas berumahtangga sangat-sangat berbeza.






Pabila hidup sendiri, susah senang kita usaha sendiri, tiada siapa peduli.






Alhamdulliah, sesudah berumahtangga kini, kesusahan yang ditanggung bukan lagi sendiri, tanpa kita ketahui, Allah bantu kita dengan cara nya yang tersendiri, kehidupan kita menjadi semakin diberkati, makin ramai orang yang mengasihi serta menyayangi dan tiada yang sanggup melihat kita susah lagi.






Aku bersyukur, dikurniakan suami yang baik, ibu bapa yang prihatin dan memahami, anak-anak yang sentiasa menyayangi, adik beradik yang sangat harmoni. Terima kasih Allah, kerana memeberikan aku peluang untuk hidup dikalangan orang yang sentiasa dilimpahi kasih sayang.



Moge kehidupan kami sentiasa dilimpahi rezeki.

3 comments: