Tuesday, January 31, 2012

3 tahun.

Hari nie genap 3 tahun perkahwinan kami, manis nya perkahwinan masih terasa walaupun banyak rintangan dan dugaan yang datang.


Tiada apa yang ku harapkan melainkan kasih sayang kami akan kekal, anak-anak akan dibesarkan dengan sempurna, rezeki makin bertambah dan kehidupan kami sekeluarga sentiasa diberkati dari Allah.


Susahnya kami sekeluarga, beratnya dugaan kami, gembiranya kehidupan kami, senangnya kami anak beranak, ianya hanyalah sekelumit rasa-rasa cinta dan ujian yang diberikan oleh Allah dan ianya akan sentiasa dijadikan kekuatan untuk kami meneruskan hidup di hari yang mendatang. Segala yang terjadi akan dijadikan sandaran dan harapan bahawa pelangi indah akan sentiasa mengiringi kami sekeluarga hingga ke akhir hayat.





Moge kegembiraan ini akan sentiasa menjadi ingatan kita sebagai jaminan kepada kehidupan yang lebih bahagia.





****Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang ke-3 Sayang, Moga kasih sayang kita akan semakin kuat hingga akhir hayat.

Friday, January 20, 2012

Susu.

Sejak dari kecil memang susah sangat nak cari susu yang serasi dengan Alya. Sejak dari baby Alya memang selalu berak keras. Kritikal nya keadaan tu sampai aku kena berjumpa pakar mengenai masalah pencernaan Alya. Jawapan yang aku dapat selepas berjumpa pakar tentang masalah yang Alya alami hanyalah kerana usus Alya malas bekerja. Sejak dari itu aku memang selalu sangat bagi Alya makam buah, blend bubur dengan sayuran, minum air vitagen dan elakkan makanan-makanan lain. Oleh kerana itu jugalah Alya hanya makan nasi bila menginjak ke umur 2 tahun.



Semasa kecilnya Alya, Setiap kali Alya berak aku akan menangis n duduk jauh2 coz x thn tgk alya menangis2 menahan kesakitan. Setiap kali berak setiap kali lah berdarah, rase x sanggup sangat da nak hadap. Alhamdulliah, pengalaman tuh semua sudah berlalu. Hasil dari pada pertukaran susu yang pelbagai, akhir nya Alya sangat serasi dengan susu Mamil gold. Tapi ye lah kn, ank bertambah, ekonomi aku sekeluarga x pula bertambah, susu pulak naik harga x beringat, sampai RM 109 setin, gila ke hape? memang da rase x mampu sangat da la kn.







Nasib baik la Dumex keluarkan susu baru yang berasaskan buah-buahan dan sayuran, memang bersyukur sangat la akhir nya Alya dah boleh terima susu mampu milik nie. Xde la aku susah hati sangat setiap bulan untuk spent duit untuk keperluan anak-anak. Pada mulanya memang Alya x blh nak terima susu nie. First respon Alya bila minum susu tu adalah:








Alya: Mama, x sedap. Susu da basi.


Mama: Sedap.... susu x basi, elok lagi.



Pas tuh Alya minum lagi. Lepas seketika Alya cakap lagi.


Alya: Mama, nie bukan susu Alya,nie susu adik.


Mama: X la...nie susu alya, susu adik lain..susu baru tau, sedap....




Pas tuh, alya letak tepi susu terus pegi main, x nak minum da susu tuh. Lama-kelamaan baru dier okey. Alhamdulliah sangat, sejak minum susu nie sebulan yang lalu, sistem pencernaan Alya baik sekali, makan nasi n coklat pn tak berak keras, kiranya dah boleh makan ape saja lah, tanpa aku susah hati. Susu nie pun rase dier sedap, macam rase air yogurt, tapi yang ruginya, susu nie cepat basi. So kadang2 terbuang macam tu je la kalau Alya leka sangat main.








Ni la dier susu yang menjadi penyelamat ekonomi kami sekeluarga.



Tentang gula tambahan kat susu ni, aku sendiri tak pasti ade ke tidak. Memang mama yang x alert kn? X pe balik nanti aku check. Tapi susu nie manis, surely lah ade gula tambahan kan?



Hadoi....x kan nak tukar susu lagi kot?

Friday, January 13, 2012

Alya Sofea 2 tahun.

Alhamdullillah. 2 hari lagi iaitu 15 hb januari nanti umur Alya akan menjangkau ke angka 2 tahun. Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan kami sebutir permata yang tidak ternilai dalam hidup kami. Segala penat lelah, suka duka, jatuh bangun membesarkan Alya sejak dari bayi menjadi kenangan terindah untuk kami sekeluarga.



Belumpun mencecah umur 2 tahun alya sudah mempunyai seorang adik yang juga cinta hati kami. Walaupun masih kecil, Alya sangat-sangat menyayangi adik Eryna dengan sepenuh hati. Tidak ade kes penderaan yang dilakukan oleh Alya terhadap adik nye sendiri.





N3 kali nie jangan ade yang termuntah sudah la kan. Aku ingin sekali berkongsi perkembangan Alya di blog ini sebagai kenangan di masa kan datang. Alhamdulliah, belum pun berumur 2 tahun Alya sudah pandai mengira, sudah menghafal ABC, sudah belajar mengenal Alif Ba Ta, sudah pandai menghafal lagu, sudah pandai mengenal beberapa jenis warna, dan binatang, mengenal kebanyakan jenis kenderaan dan banyak lagi benda yang kita tak jangka pn. Ramai yang kata Alya fast learner. Entahlah, bukan lah niat untuk membanggakan anak sendiri, tapi aku bersyukur sangat dengan ape yang Alya dapat capai sebelum umur 2 tahun. Bagi org lain ape la sangat yang Alya mampu, sebab ade kanak-kanak yang boleh membaca dan menulis sebelum umur 3 tahun. Kalau mcm tue aku memang akan bangga dengan anak sendiri. Hiihihihih.. Sekarang nie alya sedang belajar mewarna dan menulis tau. Sampai penat nk layan mewarna dan menulis setiap malam.


Menjengah ke usia 2 tahun, gigi Alya sudah tumbuh sepenuhnya iaitu 20 batang. Tidak seperti kanak-kanak lain, alya baru sahaja belajar-belajar untuk makan nasi bagi menggantikan makanan harian Alya, iaitu bubur. Menu utama Alya setiap hari adalah sup ikan merah, sup ayam, sup sayur, ikan goreng dan ayam goreng. Selain dari tu Alya juga gemarkan kentang goreng dan nuget serta pelbagai jenis mee. Selain scott emulsion, Alya tidak mengambil ape-ape menu tambahan setiap hari. Alya juga masih belum di ajar untuk minum milo atau pelbagai air lain selain dari vitagen, air kosong dan susu. Alya juga masih belum didedahkan dengan segala makanan ringan.


Kesian Alya, Alya masih belum pandai main game seperti ramai kanak-kanak lain zaman sekarang. Dari segi itu mungkin Alya akan ketinggalan jauh sangat. Alya tidak didedahkan dengan segala mak nenek gadget yang canggih manggih yang ade di pasaran. Bukan aku x nak dedahkan, dan bukan aku x kesian bila kadang-kadang Alya mintak kat aku hset canggih-canggih seperti sepupu-sepupu dia ada, tapi aku x tergamak nak bagi, takut Alya jadi terlalu leka. Alya juga hanya menghadap Upin-Ipin sebagai hiburan. Selain dari itu hiburan alya adalah video-video ABC, Iqra', lagu kanak-kanak dan juga nasyid kanak-kanak. Kebanyakan masa-masa Alya hanya menghadap buku-buku, pen dan kertas. Segala mainan yang sedia ada jarang-jarang sekali diusik.


Alya pandai sangat bercakap sekarang, ape yang kite sebut Alya cepat sangat akan ingat. Tue la yang menjadi kerisauan kepada kami sekeluarga. Kena berhati-hati apabila bertutur, cakap benda-benda yang elok sentiasa. Alya sangat pembersih okey. Sebijik macam perangai Iqmal. Baju basah sedikit, tyme tuh juga minta ditukar, seluar kotor pn minta diganti, pampers sudah berat dan penuh Alya sendiri terkedek-kedek minta ditukar. Banyak benda yang memudahkan kami. Sifat cerewet Alya kadang-kala memeningkan kepala kami juga.

Ada lagi x yang aku nk share kt sini. Rasenye setakat nie je la cerita-cerita tentang Alya , lain n3 kite kongsi lagi ok. Okey, saja nak share antara gambar-gambar alya dari umur 1 bulan hingga la mencecah 2 tahun. Kualiti gambar memang hampeh ye. Kira okey la kan dari x de.

Hapy birthday Alya, mama sayang Alya sangat.
















Thursday, January 12, 2012

Sayang.

Dulu kita kawan.
Bertahun-tahun lamanya.
Cinta yang datang silih berganti, Kau tetap disisi.
Kau setia menanti, dan akhirnya kita berjanji sehidup dan semati.

Ribut datang menggangu perasaan.
Seribu satu halangan, mengugat kesabaran.
Kadangkala kita tidak sehaluan, dan kadangkala kita berjauhan.

Sayang,
walau apa pun rintangan, kau masih menjadi pujaan.
Biarpun seribu badai datang mengugat kasih sayang, aku akan tetap utuh menyayangi dan mencintai kau sepenuh hati.

Sayang,
walaupun kau sentiasa dihati, tapi kau adalah satu memori.
Seribu kepayahan yang kau cuba selami, aku akan sentiasa setia semati bersama orang yang paling kucintai.

Itu aku pasti.

Wednesday, January 11, 2012

Dugaan Datang Lagi.

Setiap dugaan adalah ujian dari Allah.

Dugaan yang datangnya dari manusia lain kadangkala membuatkan kita hilang pertimbangan.

Apabila dugaan itu tidak setimpal dengan ape yang telah kita lakukan, moga-moga Allah dapat menyebelahi kita untuk hari-hari yang berikut nya.

Moga segala ketabahan hati dapat memberikan seribu kekuatan.

Semoga pintu rezeki akan sentiasa dibuka untuk aku sekeluarga.



Adakah setiap azam yang aku bina tahun ini akan musnah dengan mudahnya hanya dengan dugaan-dugaan kecil ini? Ya Allah..kau tabahkan lah hati ku ini.

Monday, January 9, 2012

Kerja.

Setiap hari aku mengadap blog, walaupun 5 minit. Tapi belum sehari pun aku berusaha untuk mengubah kembali header sementara aku tue kan. Memang dasar pemalas. Bermula je tahun 2012, kerja aku makin bertimbun. Asal aku cuba selesaikan satu persatu setiap hari, pasti kerja yang selesai akan di ganti dengan kerja-kerja dan idea yang baru dari tuan pengarah. Bile agaknya rutin nie akan habis kn? Rasenye-rasenye ade x keje yang lebih mudah yang aku boleh buat selain dari kerja aku sekarang nie?


Heh. Aku tak mengeluh tau, aku cuma meluahkan perasaan. Ok ! nk sambung buat kerja. Babai!

Friday, January 6, 2012

Corset.

Sejak aku melahirkan alya, badan aku tidak fit seperti dahulu. Sejak dari itu mulalah aku mencari alternatif untuk menutup segala kekurangan segala muffin-muffin yang sedia terbentuk terutama di sekitar perut dan punggung. Aku sendiri rase tidak selesa bile terasa segala lemak bergoyang-goyang disekitar badan. hahahahahaha.


Bermula dgn girdle, ditambah pula dengan waist nipper dan akhir sekali mengguna kan long bra semuanya telah aku pakai. Daripada semurah-murah produk yakni dari brand skiva, audrey hingga lah kepada premium beautiful (PB) semuanya aku da cuba dan aku dah beli. Rasenye dlm simpanan aku lebih kurang ade 7 pcs pakaian-pakaian alternatif nie.


Memang gila nak nampak solid kn?


Dan setiap material pasti berbeza. Setakat yang aku cuba PB adalah material yang pasti selesa. Selesa x beerti mempunyai segala mak nenek kebaikan seperti Infra Red la, boleh menghilang kn keputihan la, boleh mendapatkan anak la. Bagi aku itu sume adalah dusta belaka. Aku beli cuma nk cari material yang paling selesa bukan untuk medapatkan segala mak nenek pembohongan yang ramai war-war kn.


Corset bukan untuk kurus ok. Corset hanya boleh menjadikan kite nampak kurus. Bila buka Corset semuanya akan kembali kepada bentuk asal. Sepanjang aku pakai corset aku x nampak bab mane yang corset boleh menjadikan kita kurus. Untuk menjadi kurus bukan semata-mata dengan pemakaian corset, diet yang seimbang dan senaman yang konsisten perlu berjalan seiring.



Kalau sesiapa duk cite mcm-mcm kebaikan pasal corset, terserah lah untuk percaya atau tidak. Search kt google pun mcm-mcm benda kite boleh jumpe. Kita semua adalah penguna yang bijak dan pilihan sentiasa di tangan kita sendiri. Tapi bila makin ramai kawan-kawan terjebak dan terpengaruh dengan benda-benda rekaan nie rase kesian la pulak.



Wednesday, January 4, 2012

pembuka tirai 2012

Berakhir sudah 2011. Tidak ade sesuatu yang terlalu menarik untuk dikongsi pada tahun 2011. Hidup berlalu biasa-biasa sahaja. Hanya seperti biasa. Aku masih mengharapkan sesuatu yang luar biasa akan terjadi dalam hidup aku. Harapan tanpa usaha memang tidak akan ke mana kan?


Insyaalah, Allah akan melapang kan pintu rezeki untuk kami sekeluarga bagi permulaan tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya. Azam setiap tahun untuk kurang kan merungut masih tertanam dlm hati dan akal fikiran sekukuhnya. Harapan aku semoga tahun ini akan menjadi lembaran baru untuk aku supaya lebih bertanggung jawap dlm kerjaya, menjadi lebih kreatif, menjadi mama yang semakin sabar, menjadi isteri yang terbaik untuk iqmal serta menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa.

Owh! walau macam mane susah pun tahun nie aku mesti beli rumah tau. Doakan aku ya! Harap-harap dapat la beli rumah kat area Shah Alam below 250 k. Ade ke? usaha tangga kejayaan kan. Mane tau rezeki anak-anak. Allah itu maha adil kan. Moga-moga 2012 akan menjadi tahun yang terbaik untuk kami sekeluarga.

Selamat Datang 2012.