Tuesday, February 28, 2012

Pernikahan Bagi Anak Perempuan Tidak Sah Taraf.

Ada sesapa pernah menghadiri majlis pernikahan ini? Aku telah melaluinya sekali. Perasaan ketika itu, saat itu, sangat berdebar-debar. Aku sendiri sebagai tetamu yang rapat sangat rasa tidak selesa, berdebar-debar ternanti-nanti, apa yang akan dilafazkan oleh juru nikah nanti.




Adakah nama bapa yang diguna boleh disebut? Adakah nama Abdullah akan dijadikan sebagai pengganti, adakah orang ramai akan perasan tentang kejanggalan majlis itu nanti? adakah bakal pengantin dan keluarga akan dimalukan? macam-macam perkara berlegar dalam kepala. Aku sangat gementar ketika itu. Tangan aku sedikit menggigil..tingginya kebesaran Allah. Tak pernah aku melalui saat-saat itu. Rasa gementar meilhat orang disekeliling. Aku macam dapat merasai perasaan pengantin dan ibu bapa.




Bukan mudah untuk meneruskan majlis pernikahan. Pelbagai prosedur perlu diuruskan. Alhamdulliah, pelbagai rintangan telah ditempuhi oleh si pengantin dan akhir nya mereka diijabkabulkan dengan begitu sempurna. Islam itu indah!, Islam itu mudah. Aib orang dapat dipelihara, begitu hebatnya juru nikah itu, betapa mulianya hati juru nikah itu, betapa hebat nya setiap perkataan yang keluar dari mulut nya, hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikanya kelak.




Pernikahan itu diakhiri dengan linangan airmata. Ianya adalah airmata kegembiraan. Aku tidak pernah melihat ibu bapa kedua belah pihak menangis, kedua pengantin menangis, tetamu yang hadir menangis. Begitu bayak air mata syukur mengalir disaat itu. Aku sangat gembira. Tersangat gembira. Akhirnya Allah memberikan mereka peluang untuk berumahtangga. Allah itu maha adil. Anak yang tidak bersalah tidak akan menjadi mangsa dosa lepas ibu bapa. Setiap manusia diberi peluang merasai nikmat yang sama.




Harapan aku, tidak ada lagi anak-anak tidak sah taraf akan lahir lagi di muka bumi ini. Kesian mereka, terutamanya anak-anak perempuan. Aku telah melalui nya sekali. Aku harap aku tidak akan melaluinya lagi.

Tuesday, February 21, 2012

Double Busy

Minggu nie rase sibuk dan penat sangat. Tak habis penat minggu lepas ber outstation, minggu nie duk kelam kabut dengan perkahwinan terakhir dalam family aku. Letih sungguh dan x terkata. Tanpa disangka minggu nie juga kakak ipar aku besalin la pulak. Lagi double x sangka, adik ipar aku pulak nk besalin hari nie. Dua-dua orang due date awal 3 minggu. Lagi la kucar kacir hidup family aku. Mane yang ke hulu, mana yan ke hilir, sape nak bantu sape, yang paling pening da tentu lah emak dan abah kan.


Yang paling tidang disangkareble adalah, aku pulak gatal-gatal nak pegi ke Singapore esk. Hohohoi! sian mak aku. Mane la aku nak tau semua nie nk berlaku serentak kan. Coz aku pun gatal-gatal nk g bejalan sama minggu ngan wedding adik aku tuk senang lulus cuti. So dalam keterpaksaan aku pegi jugalah walaupun berat hati. Heh, penatnya rasa.....Ok, doakan hidup aku bejalan dengan lancar mulai esok ok! letih sangat da otak nie..Keje kt opis pn melambak2 x settle.


Pagi td siap kena sound pulak ngan pengarah bahagian lain coz x dpt attend meeting esk. Heh, letih da nie...nk cuti pun x senang. Lantak la...malas nak fikir da...Janji kita enjoy!





*****Ops...sape-sape yang tau umah mak aku, aku jemput datang kenduri kawin adik aku eh, kenduri kahwin last tau, pas nie da x de orang nk kawin..kalau ade pun abah aku la kawin kali ke dua..hihihihihi...


ari ahad nie tau.. 26 Feb 2012. Utk silent-silent reader dan kawan-kawan aku yang lain iaitu syikin, fara, abang, anom, timah, kak pizah, yaya, kak mas, kak alin, iza, ezie, dan sape-sape lagi kawan aku yang nk datang, datang eh..aku jemput ikhlas tau..kad nanti guna fb je la eh..


ok bai!





p/s: eh lupa nk cite..gambar aku di sabotaj lagi..ade org guna utk share-share info kt fb, dulu da kena dlm paper...nie terkena lagi...tuh la kn ...pemalas lagi nk letak water marks kt gambar, kan dah jadi bahan share percuma..padan muka aku!

Friday, February 17, 2012

Eryna Safiya picture

Semalam genap umur Eryna 6 bulan. Da besar da anak-anak mama. Rasanya x banyak kawan-kawan yang dapat tgk gambar Ryna dekat blog nie mahupun di FB. Sikit sangat aku expose Eryna kt orang ramai, x sama macam alya dulu. So untuk kawan-kawan yang nak tgk anak no 2 aku, n3 kali nie aku upload sikit-sikit gambar Eryna. Anak aku yang no 2 nie suka sangat senyum, sentiasa senyum, suka memanjang, susah sangat nk tgk dier menangis kecuali nk susu. Lain masa asyik senyum je, x blh tgk orang lalu dan tegur dia, mesti ryna akan senyum dulu. Tp kena hati-hati lah sebab ryna takut dgn orang yang bersuara kuat, surely menangis. Owh da 6 bulan, Eryna masih belum ada gigi, masih belum angkat punggung, masih belum makan makanan pejal dan masih minum susu ANMUM dengan jayanya.


Okey sampai sini dulu. Layan pic anak aku yang comel je lah kan. Ade orang nk tgk ke?



1st picture..

eh..eh...gambar Alya pulak, hihi...anak dara aku da besar, da kena hantar pegi sekolah, x leh duk ngan nenek lelama, ti asyik tgk katun pulak coz sekarang nenek da ajar alya tgk cite katun.


okey..tgk gambar Eryna pulak..cak!



Eryna senyum memanjang kan...


okey, suka lagi..




suke banyak lagi...









suke memanjang...ni lah cinta hati kedua aku.senyum selalu..














Insurans

Keluarga aku, mak abah aku, sudah punya insurans sejak aku dari kecil. Masa tuh ramai orang belum celik pun tentang kepentingan insurans. Berbelas tahun yang lalu, abah aku dengan senang hati membuat potongan gaji untuk setiap insuran yang dicarum. Tidak ada bantahan, dengan setia mencarum setiap bulan.


Satu kesilapan abah aku selepas berbelas tahun, abah aku tidak pernah sekali pun menyemak atau memohon penyata untuk setiap insurans yang dicarum dan hanya percaya dengan slip gaji yang diperoleh setiap bulan, yakin sudah ada potongan untuk setiap insurans tanpa pernah tercicir sekali pun. Sepanjang hayat abah aku, sebagai manusia yang terlalu yakin diri nya dan keluarga yang disayangi telah dilindungi oleh 2 insurans, akhirnya 2 hari lepas abah aku mendapat khabar yang sangat mendukacitakan.


Abah aku tidak dapat membuat apa-apa tuntutan terhadap 2 insurans tersebut. Satu insurans abah diberitahu, beliau telah membuat semua pengeluaran pada 2 tahun yang lepas, dan insurans yang kedua pula, insurans itu telah dibatalkan kerana abah tidak membuat pembayaran selama 3 bulan. Dan yang paling teruk sekali, abah aku diberitahu bahawa emak aku tidak pernah dilindungi oleh insurans pun walhal setiap bulan potongan gaji telah dibuat.


Hati mana yang tidak sakit, hati mana yang tidak rasa sedih, selama berbelas tahun abah aku telah ditipu. Sakit nya hati aku, ye lah kan, simpanan hari tua mak abah aku telah ditipu macam tue aja. Sekarang nia abah aku sedang cuba memdapatkan hak nya semula, tapi dengan sikap redha mak abah aku tu, kalau mereka dah putus asa, aku yang akan sambung untuk perjuangkan hak mereka. Aku tak kira, kalau tiada apa-apa tuntutan yang diperoleh, aku dengan senang hati akan memgemukakan perkara tersebut kepada tribunal pengguna.


Aku harap sangat mak abah aku akan dapat hak mereka semula. Korang ada insurans tak? Anak-anak kita kebanyakan nya semua telah dilindungi oleh insurans kan. So, tanggungjawab kita untuk pastikan yang hak anak kita tidak akan diketepikan satu hari nanti. Aku pernah terkena, Abah aku mangsa kedua, aku harap sangat tidak ada lagi orang-orang yang teraniaya duk kerana terlalu percaya dengan insurans yang kita ada.

Thursday, February 2, 2012

Rezeki.

Setiap perkahwinan pasti ade rezekinya, dan setiap anak yang lahir, rezeki mereka juga ada, itu aku pasti. Kesusahan semasa bujang dan kesusahan selepas berumahtangga sangat-sangat berbeza.






Pabila hidup sendiri, susah senang kita usaha sendiri, tiada siapa peduli.






Alhamdulliah, sesudah berumahtangga kini, kesusahan yang ditanggung bukan lagi sendiri, tanpa kita ketahui, Allah bantu kita dengan cara nya yang tersendiri, kehidupan kita menjadi semakin diberkati, makin ramai orang yang mengasihi serta menyayangi dan tiada yang sanggup melihat kita susah lagi.






Aku bersyukur, dikurniakan suami yang baik, ibu bapa yang prihatin dan memahami, anak-anak yang sentiasa menyayangi, adik beradik yang sangat harmoni. Terima kasih Allah, kerana memeberikan aku peluang untuk hidup dikalangan orang yang sentiasa dilimpahi kasih sayang.



Moge kehidupan kami sentiasa dilimpahi rezeki.