Wednesday, March 28, 2012

Kisah semalam, hari ini dan hari esok.

Alhamdullilah, jika benar berita itu, Insyaalah perkara 'transfer' yang digembar gemburkan sebelum ini tidak akan berlaku. Jika benar, berita itu, aku sekeluarga akan sentiasa hidup bersama, selamanya.




Allah sentiasa membantu kita dalam banyak perkara dan selalu juga meringankan beban yang ada dalam masa yang sama. Setiap ujian yang akan datang, tidak kira siapa dan tidak akan terduga.




Esok pagi abang kandung aku akan menjalani pembedahan brain tumor. Tumor yang ade telah membesar dan membengkak. Harapan aku semua nya akan dipermudahkan. Penyakit itu datang nya daripada Allah. setiap kali kita di duga pasti ade hikmah nya. Setiap kali penyakit itu datang, tidak akan kita jangka dan tanpa tanda sekali pun.




Selama lebih 30 tahun abang aku hidup, tidak pernah sekali pun dia jatuh atau pitam, atau diberikan tanda yang beliau menghidap brain tumor. Dalam masa sebulan nie, dia tiba-tiba diserang sawan dan dikesan menghidap tumor seminggu yang lepas. Semalam abang aku direfer ke doktor pakar. Dan esok, seawal jam 8.00 pagi, abg aku akan menjalani pembedahan. Risiko yang perlu dia tanggung, berkemungkinan abang aku akan hilang ingatan.




Luruh jantung dan hati aku kerana aku orang pertama yang mendapat berita itu. Aku yang kehulu kehilir menghantar abang aku ke merata-rata hospital. Kadang-kadang aku menangis, kadang-kadang aku menjadikan setiap perkara sebagai jenaka, semata-mata untuk memberi sokongan kepada abang aku sendiri. Kesian nya dia, tak kan ade siapa yang akan memahami. Derita nya dia, hanya dia seorang yang mengetahui.




Tapi aku kagum, mereka suami isteri sangat tabah. Semalam baru aku nampak kakak ipar aku menangis. Anak mereka masih kecil, yang paling kecil berumur lebih kurang 40 hari. Kecil sangat untuk memahami derita seorang ayah. Harapan aku segalanya akan dipermudahkan. Harapan aku, pembedahan esok akan berjalan dengan lancar. Harapan aku, semua perkara akan kembali seperti sedia kala.

Kalau ade sesiapa yang mengenali abang aku, aku harap sangat kalian mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

Friday, March 23, 2012

Tabah.

Dah beberapa hari aku disogokkan dengan pelbagai mak nenek perkataan dan semuanya adalah berkaitan dengan "transfer". Hari pertama mendapat khabar berita, memang rasa macam nak menangis, nak meroyan, dan nak menjerit, duk memikirkan segala bentuk kesusahan yang perlu aku tampung jikalau benda 'itu' benar-benar menjadi kenyataan.




Hari kedua, aku dah boleh senyum sikit, cool kan diri, fight sikit-sikit pasal keperluan aku apabila di transfer kelak dan boleh defend diri sikit-sikit dekat bos-bos supaya mereka faham, mama beranak dua macam aku tidak perlu ditransfer begitu jauh, semata-mata untuk kepentingan pihak lain, atau keperluan-keperluan lain yang konon nya aku diperlukan ditempat itu, untuk membantu membangunkan industri.




Hari ketiga disogok, aku dah x de perasaan pun, aku hampir redha dengan ketentuan yang Allah tetapkan, dan mungkin ada kebaikan disebalik kejadian yang akan berlaku kelak.





Lepas bulan April nanti, jikalau benar segala sogokkan itu menjadi kenyataan, makanya aku akan menjadi penumpang tetap, untuk MAS, Air Asia dan Sani Ekspress. (Eh tetiba...Sani Ekspress pulak. Kat pantai timur ada laluan sani ekspress ke?)







anak-anak comel aku, yang semakin membesar dan pastinya sentiasa memerlukan aku disisi mereka.




*****Tolong doakan aku, semoga aku, suami dan anak-anak akan sentiasa hidup bersama hingga akhir hayat. Setiap kali memikirkan risiko ditransfer kali ini seperti akan menjadi kenyataan, setiap kali itulah, air mata aku macam nak berjurai-jurai. Tak sanggup rasanya nak berjauhan dengan anak-anak.

Monday, March 12, 2012

HFMD

Alya dijangkit Penyakit Kaki Tangan & Mulut (HFMD). Semalam dapat surat refer hospital, patut nya ari nie aku nak pegi sepital, tapi keje banyak tak settle, kalau esok demam x kebah juga, nampak nya kena gak la g sepital kn? Aku nie kesihatan anak pun bertangguh-tangguh kan. Keadaan sangat memaksa sekarang, so aku kena lebih tabah.

Risau sangat kt ofis smpi keje pun susah nak buat. Rasa macam nak balik umah je nie, tapi sabar je lah dulu kan? Hadoi, adik pun dah hampir dijangkiti.

Moga semuanya dipermudahkan.

Friday, March 9, 2012

Kenapa Aku Tak Suka Hospital Gomen -Part 2

Ye betul, aku nie nampak macam tak bersyukur. Nasib baik lah kerajaan bagi perubatan percuma untuk rakyat. Aku berterima kasih. Tapi kenapa begitu susah untuk menerima sesuatu kemudahan. Bila seseorang terpaksa menggunakan kuasa atau kabel2 yang ada baru tindakan itu dapat dipercepatkan,. Benda yang lambat semua boleh siap dalam satu hari! Pelik kan.


Kalau tidak, setiap temujanji akan mengambil masa 2 minggu hingga 2 bulan. Gila betul! semuanya dianggap mudah padahal keadaan pesakit itu semakin teruk dari sehari ke sehari. Tapi, setiap kali ke hospital masih tiada siapa yang ambil peduli.


Okey sekarang aku bersyukur, akhirnya ade seseorang yang telah ambil berat. Semoga semuanya dipermudah kan.

Thursday, March 8, 2012

Hari Khamis.

Hari nie x pasal aku telah menjadi salah seorang daripada penjawat awam yang berhimpun di PICC. Itu bukan dengan kerelaan aku eh, da dapat memo arahan, aku pergi je lah kan. Punya lah ramai orang, nasib dapat tempat duduk. Yang klaka nye berhimpun x sampai setengah jam, buat pengumuman sikit, perhimpunan pun habis. La...kejap sangat, baru letak punggung.


Xde la isu sangat pun, psl SBPA batal ade juga yang x hapy, naik gaji, boleh la...x de effect sangat kat aku coz nilai kenaikan nya lebih kurang aje. Isu nya adalah tentang pemakaian baju batik pada penjawat awam nie. Ramai da tahu hari khamis wajib pakai batik kan. Yang x pakai tuh, x pe la..mungkin jabatan diorang x kesah sangat. Tapi yang ramai-ramai pakai batik hari nie aku kesian sangat, mungkin diorang nie x kenal batik, atau x tahu ape itu batik. Kat ofis diorang memang x pernah didedahkan dengan batik Malaysia kot? coz yang aku nampak ramai yang pakai batik skrin, batik print, batik mydin. Sedih tau aku tengok. Bertahun-tahun tau ofis aku perjuangkan batik-batik Malaysia nie, tapi macam x berjaya je. Ramai lagi yang x kenal Batik.


Korang jangan tertipu tau, banyak juga baju-baju yang dijual sekarang guna corak batik. Tapi kite kena faham, itu bukan batik. So, jangan tertipu. Kalu bebetul nak beli batik Malaysia, bagi yang duduk dekat area lembah Kelang, meh datang ofis aku. Mesti tak kena tipu. Hari-hari ade jual batik. Kalau nak best lagi, meh datang Hari Kraf Kebangsaan 2012. Start 21 Mac 2012 hingga 2 April nie. Kalau ade sesape nk datang, inform eh! boleh aku belanja makan!

Wednesday, March 7, 2012

Kenapa Aku Tak Suka Hospital Gomen.

Ok, tajuk tersebut adalah satu kenyataan terhadap diri aku. Xde kena mengena kepada sesiapa. Aku tak tau kenapa malang sangat nasib aku sekeluarga bila ianya melibatkan hospital gomen. Aku yang cerewet atau memang orang yang bekerja kat hospital gomen nie perasaan timbang rasa atau belas kasihan atau simpati atau bertanggung jawab tuh dah makin berkurang.




Atau, diorang nie semua da lali bila tengok orang sakit, atau mereka rasa orang yang datang hospital saja buat-buat sakit atau mereka rasa, kitorang nie orang susah yang x perlu nak layan sangat. Dan kebarangkalian lain mereka memang da terlalu penat dan x terlayan pesakit yang ade kat hospital sekarang sebab terlalu ramai.




Untuk pengetahuan, aku tinggal di Shah Alam, hospital kt S.alam nie da bertahun-tahun entah bila nak siap. Nama je badaraya, hospital pun x ade. Memandangkan hospital yang paling dekat hanyalah Hospital Klang (HTAR) dan pilihan lain kami ade ialah Hospital Sungai Buluh dan Hospital Serdang. Hospital Putrajaya memang da reject awal-awal coz hospital nie nk amik rakyat dier je..kitorang orang s.alam nie x layak pn nak jejak hospital Putrajaya tuh. Ok fine! aku x heran, yang lagi penting orang yang keje kat kaunter tuh memang menyampah, x de perasaan.




Okey, kenapa aku x suke hospital gomen. Perkara pertama, nurse-nurse dier macam kurang ajar. Aku x kata semua eh, tapi kebanyakan yang aku jumpe memang macam tuh. Cakap ikut sedap mulut, air muka x de perasaan belas, buat keje macam x ikhlas. Hello! kerja tuh kau yang pilih okey, so buat la dengan ikhlas. Kalau ye pun da penat, jangan la melampau sangat. Kerjaya mulia, tapi mudah sangat nak menyakit kan hati orang kan. So hati-hati. Sebab tuh x semua orang layak jadi nurse. Orang yang betul-betul sabar dan ade sikap penyayang yang melimpah ruah je boleh jadi nurse, kalau tidak memang selalu dapat dosa free tau. Aku kadang-kadang sakit hati kenapa nurse-nurse muda-muda nie kengkadang cakap benda-benda yang bukan-bukan depan patient. Ikut sedap mulut, cuba kena batang hidung sendiri, baru la padan muka kan.




Tuh baru pasal nurse, belum pasal doctor lagi. Heh susah betul la nak cerita satu-satu, memang menyakitkan hati. Orang yang bekerja kat hospital nie semua nya kerja-kerja mulia. Xsemua orang layak. Bila awak dah ade kelayakan tuh, cuba la bagi serIbu kebaikan pula kat setiap pesakit yang ada kan. Ya betul, korang semua penat, keja sihft, kesihatan x terjaga, ganti orang keje sampai x balik-balik, anak terabai, ade yang x sempat makan pun. Tapi tuh semua bukan alasan untuk kita maki hamun pesakit lain, abaikan tangungjawab kita, marah-marah orang keliling. Aku kadang-kadang naik menyampah dengan orang-orang kat hospital nie. Diorang nie memang da x de perasaan ke hape?




Kalau nak kata hospital gomen lembap, hospital swasta pun lembap juga, tuh aku boleh maaf, kalau nak kata kemudahan hospital gomen teruk terutama hospital HTAR, memang itu fakta, toilet sampai naik geli nak guna, hospital lain banyak yang cantik-cantik dah.




Tapi entah la,,kenapa eh, kalau buat appointment dengan hopital gomen makan masa berbulan-bulan. Kenapa eh, bile orang tuh da sakit berkali-kali dengan simptom yang same diorang cuma boleh kata cramp! Kenapa eh dekat bahagian kecemasan cuma ade pegawai perubatan yang entah sudah lulus periksa atau belum handle pesakit-pesakit separa kritikal dan x boleh nak buat keputusan pun. Kenapa eh doktor-doktor pelatih nie ramai yang masih blur-blur dan macam nak minta pelempang. Kenapa eh hati aku selalu sakit bila berurusan dengan doctor-doctor dan nurse-nurse kt hospital gomen. Ramai yang yakin kan aku hospital gomen da banyak improve. Tapi bagi aku, selagi sikap nurse-nurse dan doctor-doctor tuh masih x berubah, kat mata aku, hospital gomen masih sama, tiada perubahan.






****Aku pun keje gomen, dan aku mengaku kebanyakan pekerja-pekerja kat gomen memang lembap. Bukan sebab kami lembap, tapi prosedur yang perlu di ikut menyebabkan semua benda jadi lambat. Tapi aku bernasib baik sebab banyak kerja dengan kertas, komputer dan pen serta pencil. Bila kerja akhir baru melibatkan orang lain. Tapi bagi pekerja hospital yang setiap masa bekerja dengan orang ramai, sila muhasabah diri kerana berapa kali dalam sehari kita akan menyakitkan hati orang.






Mungkin x semua hospital gomen teruk sangat, coz banyak juga aku dengar yang baik-baik. Tapi melalui pengalaman aku sendiri, hampir 29 tahun aku hidup memang menyakit kan hati lah.

Thursday, March 1, 2012

Universal Studio Singapore

Dari tahun lepas aku rancang nak kesana. Asyik ade hal dan kekangan kewangan. Akhir tahun lepas tetiba kawan aku si Rianna nk pegi juga. Tanpa melengahkan masa aku pun gedik-gedik booked tiket juga dan pegi sama-sama. Nak hapdet kisah kat sana asyik la tertinggal kamera untuk upload gambar. Next entry aku akan story tentang Universal Studio dan bagi beberapa tips untuk ibu bapa yang ada anak di bawah umur 3 tahun okey!


Ade sesape nak tahu ke? total perbelanjaan aku kat sane pun x habis RM 1500.00. Percaya x? hihi..aku memang pandai mengawal nafsu tau..hihih.. ok! jumpe di next n3..tunggu k!