Thursday, May 31, 2012

Akhir-akhir ini.

Akhirnya Un (adik ipar dan bukan nama sebenar) dapat tawaran ke universiti.
Alhamdullillah, moga segalanya dipermudahkan menjelang hari ahad nanti. Makin kurang lah ahli dirumah MIL,  dan makin sunyilah rumah MIL nanti.

Akhirnya, selepas 9 bulan Eryna da tumbuh gigi.
Alhamdulliah, banyak sangat dah perkembangan puteri kedua aku tu. da boleh duduk, da boleh berdiri sendiri, boleh melambai, boleh tepuk tangan, suka sangat makan dan banyak sangat minum susu. Alhamdulliah, segala kesihatan dan perkembangan Eryna baik-baik belaka.

Akhirnya hari ini, aku telah disahkan jawatan.
Alhamdulillah lepas nie aku  akan dimasukkan ke taraf berpencen. Alhamdulliah, syukur sangat. Lame juga aku tunggu untuk disahkan dalam jawatan baru nie.

Akhir-akhir ini, kesabaran aku sering kali diuji, aku mengharapkan kesabaran dan kekuatan hati aku akan sentiasa teguh dalam mengharungi kehidupan ini.

Wednesday, May 23, 2012

ISU PTPTN

Semalam ade debat mengenai isu PTPTN  kat tv eh? Rata-rata hari nie aku dgr orang bercerita dan aku bace kt blog. Itu pun aku bace sikit-sikit pas tuh aku pangkah window n sambung buat kerja. Bagi aku ape lah sangat yang nak dibisingkan.

Isu nya senang, kau da pinjam kemudian bayar lah. Ramai orang marah, coz PTPTN nie kadang-kadang macam menipu. Masa aku umur 18 tahun, masa dapat surat perjanjian, jangan nak tipu, mesti ramai giler yang x baca pun perjanjian tuh, termasuk lah aku. Baca sikit-sikit, pas tuh terus skip x nak baca coz banyak helai, tulisan kecik-kecik pulak, tyme tuh x de fikir pun bebanan di masa akan datang. Dapat surat perjanjian main sain je. Pas dapat pinjaman, duit surely habis kan? Padahal ape yang tertulis satu hape pun x paham. X pasal kena bayar caj perkhidmatan punya lah bayak setiap tahun.

Tapi kalau sape-sape terlepas pandang lah kan, sape-sape yang boleh score atau dapat ijazah Kelas Pertama, pinjaman tuh sume x payah bayar. Kira kerajaan tanggung kau belajar free la.

Ape lagi nak bising? kira-kira nya mudah je. Xpayah nak bising pasal dana lah, pasal belajar free la, pasal kerajaan mampu lah. Kite semua pun mampu belajar free, tapi pilihan ditangan kita kan. Nak belajar  free mudah je!

belajar pandai-pandai  (dapat 1st class degree) = tak payah bayar PTPTN.

Senang je calculation tuh kan?

Ok bai! selamat membayar PTPTN.



Owh! ade satu tempat yang aku tahu kerajaan bagi kite belajar free. Siap ade elaun bulanan lagi kot. Meh la belajar kat Institut Kraf Negara.

Monday, May 7, 2012

Berat!

Masa aku lapor diri untuk bekerja di Kraftangan, berat aku baru 48 kg, masa tuh umur aku baru nak masuk 25 tahun. Aku sentiasa menyarungkan baju saiz xs  ke pejabat. Baju kurung memang hari jumaat je la kot, tue pun baju kurung moden. Mesti nak nampak shape!. hahahah gile gedik x tau malu!

Selepas setahun berat aku menjadi 53 kilo. selepas berkahwin dan beranak seorang berat aku maintain diantara 55 - 58 kg. Sehinggalah melahir kan eryna berat aku masih 58 kilo. x sampai 3 bulan berhenti menyusukan eryna, sekarang berat aku berjaya bertambah sebanyak 7 kilo lagi! ya Allah apelah dosa aku sampai berat giler @ gemuk sekarang nie! cuba korang tambah sendiri eh berat aku sekarang, x sampai hati aku nak menganiya diri aku dengan menaip total berat aku sekarang.

Iskh, nie da tahap berat x masuk akal nie, da tahap berat masa mengandung 6 bulan. Da tahap kena pegi slim world da nie! Semalam aku tgk jarum kat penimbang macam nak pitam da aku rasa. Ye la memang x sangka aku boleh menjadi sebesar ini sekarang! patut la byk baju da x muat! Eh..PB nie x berkesan pun..hihihi..tetiba salahkan PB pulak.

Aku tau nie sume salah Iqmal, semalam da lepas timbang kat klinik, dier boleh tapaukan aku Chesse burger pulak. Mane la tak gemuk kan! Tension betul la!


Waaaa...macam nak menangis pun ade. Macam mane nak kurus nie?

tsk..tsk...

macam mane nak pakai kebaya di hari raya nie? da la tahun lepas pregnant! tsk..tsk...


rasenye kalau kumpul kawan-kawan lame, mesti aku yang paling besar sekarang! benci!

Friday, May 4, 2012

Hong Kong!

Fuhh....letih berhari-hari di Hong Kong masih terasa. Hari-hari berjalan kaki berjam-jam lamanya semata-mata untuk tidak melepaskan peluang  menjejakkan kaki di semua tempat menarik di Hong Kong. Sejujurnya, Hong Kong bukan lah satu tempat yang tepat untuk bercuti bersama keluarga. Hong Kong sebuah bandar yang sentiasa sibuk, cepat dan padat. Harus tidak tenang hidup disitu. Semua orang macam mengejar masa dan kurang senyum. Bunyi trafic light pejalan kaki masih terngiang-ngiang kat telinga aku sehingga kini.


Alhamdullilah, banyak tempat menarik kat Hong Kong aku da jejak. Tujuan aku ke Hong Kong adalah kerana ini.

 Hong Kong Gifts And Premium Fair 2012


Dan aku berpeluang berjalan-jalan di sekitar Pulau Hong Kong untuk menjamu mata.


 Aku Juga berjalan di Arena Of Star!


Sempat juga aku menaiki feri untuk menonton Simfony Of Light!

 Sangat indah bandar Hong Kong di waktu malam.

Tidak melepaskan peluang untuk menjejakkan kaki di Ladies Street  Kowloon. Pasar yang sangat terkenal. Tapi personally, Petaling Street 50 kali lebih bagus!


Lan Kwai Fong. Kalau muda mudi cina, surely akan melepak di tempat ini. Sangat Happening!



Hari Terakhir, aku menjejakkan kaki di  Disneyland Hong Kong! tapi x best sangat, coz x de anak-anak. Harus datang balik bawak anak-anak!

Pendek kata, dekat satu Hong Kong la aku jalan, sampai sakit-sakit kaki semua. Tapi kalau da sampai Hong Kong harus la kena merasa naik MRT, TRAM dan juga melawati The Peak untuk melihat keindahan Hong Kong. Entah lah, indah pun tempat orang, tapi negara sendiri juga terbaik. Bau wangi, makan senang, sume orang bersantai-santai, x de huru hara, tak payah cepat-cepat, sume orang boleh enjoy life kan! 

Banyak lagi nak cerita pasal Hong Kong, tapi biasa lah, aku kan sentiasa sibuk, setakat nie je la dulu. Nanti aku update lagi eh.


ok! Bye.

p/s : Disneyland Hong Kong Best! tapi Universal Studio Singapore 5 kali lebih best!