Monday, July 30, 2012

HP TABLET


Aku memang selalu ketinggalan bab-bab gadjet dan IT. minggu lepas dapat menatang nie, iskh rase macam hampeh je coz tangan aku memang keras bab-bab touch screen nie.


So sekarang nie aku tengah belajar n bermanja-manja dengan tab nie. Aku malas nak tunjuk kat Alya coz dier lagi hebat bab-bab touch screen nie. Anak aku umur x sampai 3 tahun, lagi hebat guna ipad dari aku. Tercabar gak aku. Hhihihi. Lepas nie boleh la aku bersosial di alam maya lebih sikit!

Wednesday, July 25, 2012

Cabaran hari ke-5

Gulp!
Jam belum pun kul 10 pagi.
tekak aku da haus, kali terakhir aku minum air jam 8 mlm semalam, satu malam duk sibuk belek anak-anak dan tertidur seawal jam 10.30 mlm. Lupa nak makan dan minum lagi selepas berbuka. Bukan rezeki aku lagi tahun nie utk berterawih berjemaah di masjid.Tido semalam punya lah lena, tertidur kat sofa je. x sedar ape, x sempat nk kunci jam pun. Dan pagi tadi aku terjaga genap2 azan subuh! Uwaa...... mcm nak nangis je rasa, bangun tidur rase haus gila, macam mane nk bertahan sampai waktu berbuka nanti? Harap-harap boleh la!

Harap-harap badan aku boleh bertahan la dengan bihun goreng sepiring n air laici segelas yang aku makan pada waktu berbuka semalam. Harap-harap, Allah mudahkan sepanjang aku berpuasa hari nie. Harap-harap aku boleh la kurang kan bercakap hari nie. Harap-harap aku x pengsan kejap lagi! ahahahaha.

Friday, July 20, 2012

RAMADHAN.

Alhamdullillah.......aku bersyukur, hari ini badan aku sihat, minda aku tenang dan jiwa aku tenteram. Insyaalah esok aku berpeluang untuk menikmati hari-hari mulia di bulan ramadhan. Eceh! kelakar pula rasa bila susun ayat sopan-sopan nie.

Tahun lepas aku berpantang, tahun nie cabaran nya mungkin berbeza. Da beranak dua mungkin waktu sahur kami akan kelam kabut. Ada alya sorang dulu pun da haru, ini kan pulak berdua. Harap-harap aku boleh handle la nanti.

Gembira sangat rasa sekarang nie. Hidup pun makin tenang, x de rasa-rasa serabut sangat, walaupun x de ape pun rutin yang bertukar. Mungkin hati aku da kebah dari segala mak nenek kesakitan. Mungkin Allah da berikan aku lebih ketenangan.

Kondisi badan yang semakin menggemuk sekarang makin hari makin membimbangkan. Tapi aku positif je sekarang nie, mungkin aku akan cuba untuk berpuasa sambil berdiet. Kurang kan makan di bulan puasa. boleh ke? hahahahah!





Gambar terkini, minggu lepas. Sejak da mengembang nie aku memang jarang sangat amik gambar. Gambar nie berani letak pun sebab posisi badan yang menyorokkan segala lemak terkumpul. Harap-harap dibulan ramadhan aku akan mengecut semula!


Selamat menyambut bulan Ramadhan semua!

Monday, July 2, 2012

30 jun 2012

Sabtu lepas genap umur aku 29 tahun. Masih x terasa tua, masih berjiwa muda belia, cuma pemikiran je da menjadi semakin emak-emak. Tapi hati masih rase muda selalu. Apa yang aku gembira sangat sekarang nie, di umur aku sekarang, aku da ade anak dua orang. Pencapaian yang paling memberangsangkan sepanjang 29 tahun aku hidup. Ape nak sibuk sangat kan? mak aku umur 30 tahun anak da 6 orang. Baru anak 2 nak heboh sangat kan!

Malam 30 jun tue, aku da tdo, pas tue aku rase ade orang sentuh aku dan cium aku wish happy birthday. Aku sedar -tak sedar je, betul ke tidak iqmal yang cium aku coz selalunya dia tdo je buat tak tau. Rasenya betul la kot. Hari sabtu malam pulak, iqmal konon-konon nak celebrate birthday aku. surprise la konon.Tapi surprise x jadi coz mak abah dia da pecah lobang kata nak celebrate birthday.

Kesian iqmal, mesti dia terkejut tengok aku x terkejut langsung. :)

Tapi aku bangga juga la ngan iqmal nie coz da ade ciri-ciri nak jadi romantik. hhihihi, lawak gila!

Ape-ape pun tq yang, coz susah-susah je nak buat surprise bagai, orang hargai eh!