Friday, September 21, 2012

Kena Tinggal Lagi.

Insyaallah, minggu depan aku akan terbang lagi. Meninggalkan anak-anak di rumah berhari-hari bukanlah  menjadi pilihan terbaik untuk diri aku. Tapi, apabila peluang terbaik sesekali datang dalam hidup, tidak terdaya rasanya untuk mengatakan tidak.

Mungkin ini adalah landasan untuk aku jadi lebih baik dari sekarang. Tapi jauh di sudut hati, meninggalkan anak-anak tanpa jagaan aku adalah benda yang paling berat untuk aku buat sekarang.

Wednesday, September 5, 2012

Gambar Raya.


Macam mak-mak yang lain, aku pun berhadapan masalah yang sama untuk mengambil gambar dengan anak-anak. Biarpun dedua anak perempuan, bile kena pakse amik gambar memang susah. Kelam kabut jadinya.




 Susah betul nak amik gambar ngan Eryna. Asyik nak terjun turun ke bawah, x nak dipegang. Akhir nya sume gambar jadi hampeh. Sabar je la..


Hihi..takat nie je lah gambar yang ada untuk dikongsi. Abaikan props-props dibelakang, coz anak-anak dara aku lena sangat tido kat umah wan. Dekat kul 11 pagi baru siap mandi n pakai baju. Seronok sangat tido di pagi raya.

Raya kali nie memang seronok coz Alya da pandai salam sambil sebut Selamat Hari Raya. Eryna pun da pandai salam cium tangan. Orang bagi duit raya pun da pandai ambil.

Seronok sangat raya  bila ade ramai anak.
Hihihihi.


*Anak baru 2 orang kecoh nya macam 10 orang. Sabar je lah!