Monday, October 22, 2012

Gambar VIENNA

Ok, akhir nya aku mengalah untuk mengupload lagi beberapa gambar Vienna. Sebenarnya bila sampai Vienna, memang x de tempat sangat nak amik gambar. Bangunan sume sama, church n patung-patung banyak la. Disebabkan aku nie tak suke amik gambar ngan patung, memang x de la tempat yang menarik aku nak amek. Sikit-sikit ade lah. Enjoy de picture k!














Mak-mak macam aku mesti lah nak kumpul fridge megnet kan. Untuk korang yang sampai sini dan nak cari fridge magnet yang murah, pergilah kat Naschmarkt. Pasar paling besar kat Vienna. X la murah sangat pun, tapi dapat la 3 unit 10 euro. Ok! jumpe kat tempat lain pulak k!

Friday, October 19, 2012

VIENNA.

Cerita di Vienna dah nak basi pun. Sebelum jadi basi siap berbuih-buih, baik aku cite sikit-sikit kat blog nie, untuk jadi kenangan di masa akan datang.

Ramai yang tak tau Vienna kat mane kan? aku memula pun x tau...yang aku tau Vienna kat Europe, negara mane pun aku x tau. Kalau cite kat orang mesti orang ingat aku g Venice kat Itali. Padahal Vienna n Venice jauh la sangat. Vienna nie kiranya pusat negara AUSTRIA. Vienna nie pun termasuk dalam senarai 12 bandar yang perlu dilawati di dunia.

Aku datang sini sebab kena attend Vienna Design Week. Kena tengok karya-karya org, Join seminar, design lab, tengok artwork yang dihasilkan, tengok perjalanan program sambil-sambil cari idea macam mane nak develope industri kraf. Best memang best, tapi letih nya tuhan je yang tahu. Berjalan kaki ke hulu kehilir dengan hanya mengharapkan GPS dan peta ditangan. Memang boleh pengsan. Setiap hari berjalan dari satu tempat ke satu tempat, memang tak larat.



 Gambar nie masa 1st day sampai Vienna, da petang, bandar nie da sunyi...susah nak cari orang lalu lalang, kalau nak pun kena g pusat bandar bebetul. Baru ramai orang. Kul 6 je mesti da start sunyi.


 Nie kat taman yang paling besar kat Vienna, ntah ape nama tempat dier..aku malas nak search. Taman nie memang cantik giler,..best sangat.


 Taman tema kat Vienna. Macam genting, tapi lagi xstream!

 Pusat Islam kat Vienna. comel je masjid dier, tempatnya pun aman je.


Nie la rakan sebilik aku. kami pegi berempat je..dua lelaki, dua perempuan. Kat Malaysia kitorang x pernah berborak pun, sampai sana terus jadi bestfren. Balik Mesia, x kawan balik..hampeh punya budak..dedua giler! tapi ok..seronok kat sane.


 Yang baju itam tue la kepala kat sane. Boleh pengsan ikut dier ke hulu ke hilir. Tapi best! pengalaman sekali seumur hidup kan, belum tentu sampai Vienna lagi pas nie.



 Mc D kat memane pun ade tapi kitorang x masuk pun coz banyak makanan  halal kat sini. Orang turki banyak buka kedai makan.

Hofburg Vienna, kalau pelancong mesti datang sini, bangunan dia cantik-cantik, pusat segala muzium.

Tue je lah dulu kisah nak cerita kat Vienna.

Sape-sape yang nak g Vienna, jangan risau, banyak makanan halal kat sane, orang turki ramai, muslim pun ramai. Kat sane aman je. Kite boleh jalan kemana-mana tanpa takut-takut. Masa sampai sane, musim luruh nak masuk musim sejuk suhu dalam 22- 11c je...so x sejuk sangat, sesuai sangat untuk jalan-jalan.  Tak perlu pakai baju tebal sangat, pakai jaket ngan kasut sarung pun da cukup.

Kalau pegi sane jangan lupe g Stepahnplaz. Tempat shopping paling besar kat sane. Tapi di sebabkan nilai mata wang kat sane guna Euro, memang x mampu la nak shoping sakan. Membeli sikit-sikit je. Kalu nak pegi mane-mane naik je train, kalau jujur beli la tiket, kalau rase nak naik free pun x de orang check. Tram n train pengangkutan utama, senang sangat nak bergerak, yang penting bawak maps n GPS. Sume pun mudah.

Ok! takat nie je gambar yang boleh share..ikutkan ade seribu lebih gambar. tapi kang pening pulak korang nak tgk kan.