Friday, April 26, 2013

Di lema anak Shah Alam

Ada sesapa kat sini anak Shah Alam?
Korang rasa tak ape-ape perubahan selepas pemerintah bertukar kat Shah Alam.

Yes memang betul. Memang x de effect sangat kat sesetengah pihak. Tapi bagi aku yang dari kecik membesar dekat bandar yang majoriti nya orang melayu Islam, memang ade rasa perubahan. Antara kita sendiri nak celik untuk tengok atau hadamkan je sume benda yang berlaku kat keliling kita.

Aku tak berapa pasti tentang keuntungan berganda yang kerajaan negeri dapat bila bertukar kerajaan. Aku hampir tak pasti korupsi dalam kerajaan da makin kurang atau masih sama dan hanya bertukar kepada pihak yang lain. Aku tak berani  nak ulas benda- benda tak pasti yang berlaku pada masa sebelum nie atau situasi sekarang.

Apa yang aku tahu perubahan yang berlaku bukan sesuatu yang aku suka. Ade sesetengah perkara releven untuk diubah dan ade juga sesetengah perkara yang perlu dikekalkan.

Kita peka atau tidak generasi kedua macam aku dan kawan2 hampir-hampir da tak mampu untuk menetap di bandar halaman sendiri. Dalam masa 4 tahun, bandar aman orang melayu bertukar corak.

Pilihanraya akan datang, aku sendiri hampir buntu siapakah pemimpin yang paling tepat untuk memimpin.

Bak kata abah, berbalik lah kepada Islam. Islam pada nama belum tentu cukup untuk kita yakini perjuangan nya.

Tuesday, April 2, 2013

Hati

Kadang-kadang kita lupa, hati yang kecil itu Allah beri untuk kita simpan pelbagai rasa yang besar.

Kadang kadang kita lupa, sejauh mana, sebesar mana rasa yang perlu kita simpan semata-mata untuk jaga hati kita sendiri.

Bila hati itu menjadi gelita, kadang kadang kita lupa, kita lah penyebab utama kegelapan itu.

Bila hati kita terluka, kadang kadang kita hampir lupa siapa jururawat sebenar. Kita harapkan pada manusia semata.

Entah hari ini esok atau lusa manusia itu pasti akan tinggalkan kita. Kesetiaan itu hanya pada yang Satu.  Ape yang kita harapkan, apa yang ingin kita kongsikan, atau adukan pasti Dia akan setia.

Tak pernah mengeluh, tak pernah tinggalkan.tak pernah lupakan. Dia setia temani kita selamanya.

Wahai hati, tenang lah kamu, tiada apa  yang perlu dikhuatiri kerana kau tetap milik yang abadi.