Sunday, May 26, 2013

Pasti.

Hari nie dalam keluarga besar abah, kami menerima ahli baru.
Tapi jangan dijangka, semasa ada yang gembira rupanya ada keluarga yang berduka.
Semasa majlis rancak berlangsung, pakcik yang sihat tiba tiba rebah akibat serangan jantung.
Sakit datang tidak di duga. Allah itu maha Pencinta, menyayangi hambanya yang tidak berdaya.

Sedang kita asyik gembira jangan lah lupa ramai yang sedang berduka. Dalam keluarga abah yang cuma berlima beradik, abah kehilangan dua abang ipar kira kira dalam masa 100 hari. Kini satu satunya abang yang ada pula di duga Illahi.

Disebalik ketenangan wajah abah terselit kedukaan di dalam mata nya. Satu satunya abang yang ada kini terlantar kaku. Siapa yang jangka tenaga tua yang boleh mengangkut sawit, sihat tanpa sebarang penyakit, rebah tanpa diduga.

Mana nak jangka sebelum Ramadhan seorang demi seorang pakcik yang kami ada pergi mengadap Illahi. Dalam keluarga besar kami makin kurang warga tua pengubat duka lara dikala kami gembira atau berduka.

Kita yang sihat jangan terlalu leka kerana yang paling dekat itu mati. Bila masa lalu jauh tinggalkan kita, hari ini,esok atau lusa kehilangan tempat kebergantungan itu pasti.

Selemah mana kita menerima takdir, sekuat mana kita meredhakan dugaan, selagi bernyawa kita ingatlah tiada yang kekal kerana mati itu pasti.

****Akhirnya, Jam 1.00 a.m tanggal 27 mei 2013. Kembali lagi seorang ahli keluarga kami ke rahmatullah. Innallillah Wainnailaahirojiun. Allahuakhbar.