Friday, June 13, 2014

Dua Cinta.

Kenapa kita tidak tenang, kenapa kita tidak bahagia?

Kenapa kita tidak mempunyai kekuatan?

"Kita cinta Allah dan kita meminta kepada-Nya. Pada masa yang sama kita mendekati apa yang dimurkai- Nya dan mencintai pula kemungkaran itu."

Kita tidak boleh menggabungkan dua cinta ini dalam satu masa.

Perbaiki diri. Moga Allah permudahkan jalan hidup kita.

Thursday, June 12, 2014

Satu Masa.

Kadang kadang sampai satu masa,
Kita rasa kecewa dengan sesuatu.
Kita cuba bangun, tapi kita masih kecewa lagi.

Sampai  satu tahap, kita lari dari kebiasaan, kita kejar sesuatu yang berbeza.

Sampai  tahap itu,  rupanya kita masih kecewa lagi. Kita bangun lagi sekali, dan kita cuba cari lagi.

Tapi akhirnya kita sedar ape yang kita cari, sesuatu yang memang tak pasti.
Mahu tinggal sudah jadi kebiasaan. Dalam keterpaksaan, kita teruskan walau pahit untuk kita telan.