Friday, November 28, 2014

Jadi, bila lagi nak insaf?

Jauh mane kita rasa kita memahami orang lain, sebenarnya jauh tu jugak jarak kefahaman kita jauh tersasar. Banyak kali kau cuba, banyak tu jugak dia menyeksa perasaan. Cuba positif, negatif jugak yang datang. Banyak andaian mula muncul. 

Berkongsi bagi aku sesuatu yang paling penting dalam hubungan. Bila kau mula sorokkan sesuatu, beritahu bila perlu, bercakap ape yang kau nak, respon bila hanya kau rasa selesa, agak agak jauh mane hubungan tu boleh berpanjangan. Berhenti tipu diri sendiri, berhenti permainkan, berhenti rasa normal untuk sesuatu yang sepatut nya tidak dan berhenti mencari salah orang lain. Makin lama orang makin nampak dan orang makin sedar, jauh mane kau simpan tak jauh mane kau boleh sorok. satu hari nanti, ape yang kau buat, jauh mane kau cuba tidak kan, orang akan  tahu jugak.

Tapi...

Ape kisah pasal orang tahu, padehal ape saja yang kau cakap dan ape yang kau buat ade dua malaikat sedang mencatit, tanpa rehat, tanpa tidur dan tak pernah penat.

Jadi, bila lagi nak insaf?

Monday, November 24, 2014

Berhenti membuat perbandingan.

Seronok hidup orang, belum tentu sama dengan seronok hidup kita.
jangan nak stress sangat. bila kita rasa ape yang kita ada tak cukup baik. tenung diri balik, kita pun tak sempurna, In Shaa Allah, ade sikit ruang walau tak banyak, mesti ade sikit keinsafan.

Berkali kali aku tengok cermin, banyak tu jugak aku rasa tak kena. aku rasa pipi aku tembam sangat, hidung aku tak cukup mancung, lengan besar, perut berlipat, punggung aku tak cukup tonggek, kulit tak flawless mata tak cukup coklat,  gigi tak cukup putih.

Tapi, bila hari hari kita hadap cermin, lama lama semua imej buruk tu jadi positif, bukan kita da perasan kita cantik , tapi dia da jadi benda biasa yang kita tak kisahkan lagi. Bila da jadi rutin, da tengok hari hari, otak kita da berenti bertanggapan negatif. Macam tu jugak kehidupan, orang keliling dan pasangan. Ade kita bandingkan muka kita  dengan fazura? tak kan? so jgn banding kan sesuatu dengan perkara  tak logik. Jadi rasional. Jangan terlalu bandingkan sesuatu yang melampau. Nak hati tenang, banyak yang kita kena buang.

Monday, November 3, 2014

HARI BARU

Hidup ni cepat atau lambat, kita mesti akan capai sesuatu kalau kita usaha ke arah itu.
Hidup bukan pertandingan. Biarlah orang nak sampai dulu.

Jangan nak sedih sangat. Wajib sedih kalau tak usaha. tapi kalau asyik berduka, mane nak dapat hasilnya. kuatkan semangat, usaha, dan bertabahlah.

Allah kan da janjikan pelangi selepas hujan. Gembira lah, walau cuma seminit dua.