Monday, December 8, 2014

Terjebak.

Bila kau buat sesuatu tanpa dulukan akal, banyak benda yang kau akan silap. Untung kalau tersedar awal, rugi kalau berlarutan. Tak sume mende yang ikut kan hati tue salah, tapi banyaknya silap.

Kalau lah aku ade peluang untuk undo  dan delete beberapa perkara dalam hidup da lama aku berlari. Realiti nya ape pun yang kau buat dia da clipping mask. da tak blh undo, da tak boleh release dan kekal sampai  mati.

Kalau ade pun peluang berubah, malaikat da sedia catit benda sekecik kecik zarah. Hidup la dengan sesalan pun. tapi banyak benda da tak boleh ubah.



Friday, December 5, 2014

Bila lagi nak Insaf ? - 2

Kadang kadang aku ade jugak dapat text dari orang yang aku tak minat nak berkawan. Bukan aku memilih, tapi bila kau text asyik bukak pekung diri sendiri dan pekung orang lain. perut aku tiba tiba akan memulas dan rasa nak muntah.

Ape motif sebenarnya?

Ko nak mintak simpati atau nak cari perhatian, atau nak mintak kena keji?

Betul, kadang kadang ramai orang salah dan situasi tu kau lah yang betul. Tapi tak semua ok. Jangan perasan sangat. Kadang kadang tengok cermin sama. Jangan asyik tengok cermin yang orang lain pun tengah tengok jugak. Sebab bila ko tengok cermin yang orang lain pun dalam tu, lama lama ko akan leka tengok muka orang punya jerawat, sedangkan jerawat kau ade jugak.

Bila lagi nak insaf? Jangan cakap bila sampai seru, sebab seru tu dah ade masa zaman nabi lagi.

Ok bai.




Mungkin rasional kepada seseorang.

Aku bab anak memang emo. Ko ajar anak kau hantu, takut kan benda bukan bukan memang aku tak minat. Dalam hidup anak aku, diorang cuma tau ade hantu kak limah. Itu pun sebab tengok Zombie kampung Pisang. Bila ade budak budak lain atau sepupu datang rumah, jerit ade hantu untuk takut kan orang lain, anak aku selamba duduk main mainan sambil jawab, 'hantu tak de, dia da balik umah dia.'

Ok itu cerita rawak untuk hari nie.

Bagi aku, ape yang kau buat, ape yang ko tunjuk, walau perlakuan tu normal untuk kau, tapi dia tak normal untuk anak anak..

 Contoh: Buang sampah luar tingkap kereta. Ko buat sekali, anak kau mesti akan ikut lepas tu. Ko jangan nak marah pulak kan. Dah kau yang buat dulu. Anak anak akan tengok je ape kita buat, ape kita cakap. Lepas tu diorang simpan dalam otak. Jangan terkejut satu hari nanti, perangai diorang sama je ngan kita.

contoh ke-2 : Aku ade perangai buruk, bila nak tdo, aku suka orang garu garu atau picit kaki. da jadi habit. Sekarang, anak anak aku pun sama. Penat memang penat nak melayan, tapi bagi aku, itu salah satu cara nak dekat kan hubungan. Dengan sentuhan kasih sayang tu akan selalu kekal dalam hati. Salah satu cara nak bermanja kan?

Senang cite, tunjuk la perkara baik baik sentiasa. Bukan senang nak elak tunjuk sifat buruk. tapi cubalah. Aku pun tengah belajar, sama sama la kita buat.

Banyak orang nak anak yang baik, tapi tak pernah tunjuk cara nak jadi baik. Belajar perbaiki diri. Ni aku pesan untuk diri sendiri, bukan pesan kat orang lain tau.