Thursday, January 15, 2015

Perihal emak & anak yang runsing.

Sejak bulan 12 sampai la awal tahun 2015, perasaan aku berbolak balik pasal sekolah anak anak. Sume tempat aku g survey, g tengok, macam gigih tak tentu hala. Sampai satu masa, aku jadi penat aku rasa putus asa. Akhirnya Allah bukakan hati, daftarkan dedua anak ke sekolah. Ikutkan hati aku tak nak. Aku suka anak aku g sekolah yang tak de nursery, yang tk de day care. Sebab aku tau sekolah yang ade day care, tu bukan sekolah tapi tempat pengumpulan kanak kanak. Tapi, nasib anak anak aku. Tak de sape nak amik diorang tengahari. Nak naikkan tranport yang disediakan mak abah aku tak caya, aku pun takut. Akhirnya anak aku  terperangkap la kat sekolah dari 8.30 pagi sampai 6 petang.

Aku tau ramai kanak kanak da memang duk kat nursery dari baby. kesian tau. Environment tak sihat. Aku rasa. terlalu ramai sangat kanak kanak dalam satu masa. Kebanyakan aku tengok kanak kanak yang duk nursery dari kecil diorang akan kasar sikit, tegas, garang, berdikari, tak pandai express kan perasaan, susah nak berterus terang, takut takut. Itu pandangan aku. Berbeza ngan budak budak yang membesar dengan suasana terkawal.

Hari ni dah hari yang keempat. Alya masih menangis. Yang aku tak faham, hari ke 3 cikgu dah ajar pasal syaitan? Awalnya..lain sungguh pendekatan aku kat rumah dengan kat sekolah. letih nak betulkan balik semua pemahaman Alya sebelum ni.

Moga moga anak anak mama akan lebih berusaha untuk sesuaikan diri. Sayang anak anak mama dunia akhirat.