Thursday, June 25, 2015

Setahun berlalu

Tahun lepas pernah dapat note ni:

"Hidup hanya sekali!! Jangan merasa tenang dengan kehidupan seperti orang lain..sedangkan
kita mungkin bahagia dengan usaha lebih dengan cara yang tersendiri."

setahun berlalu,  walau kita cuba memilIh jalan hidup yang kita sangka baik, tapi  tiada bukti nyata kehidupan kita semakin bertambah gembira.

Monday, June 22, 2015

Puasa.

Kalau nak kenal seseorang, aku rasa baik ko kawan ngan dia masa bulan puasa. Sebab aku rasa tanpa ade nya syaitan kat keliling, jahat atau baik nya seseorang tu semuanya atas diri dia. Puasa banyak tunjukkan kita kebaikan, kalau kita nak tengok kebaikan. Jika tidak, bulan puasa sama je pun dengan bulan bulan yang lain, tak ade bezanya. Semuanya berpunca dari diri sendiri. Baik yang kita cari, baik jugak lah yang kita dapat. Moga kita semua dapat  seribu kebaikan di bulan mulia ini.


Monday, June 15, 2015

Gagal.

Kadang kadang kita sudah ada tindakan luar biasa dan mungkin menjadi kejayaan dalam hidup kita. Tindakan luar biasa tidak semestinya menjadi kan tindakan kita itu tepat sebaiknya


Kebanyakan kegagalan masa lalu bukan lah sesuatu yang dirancang. Sama ada ia berlaku kerana tiada perancangan atau pun ianya berlaku kerana tiada tindakan susulan terhadap perancangan. Kebanyakan perkara yang  dirancang di biarkan begitu sahaja kerana putus asa atau tiada lagi sokongan terhadap perancangan yang dibuat.

Ape perlunya hidup jika merancang untuk gagal. Sebagai manusia yang berpendidikan, berfikiran rasional dan mempunyai nilai diri yang tinggi, bagi aku merancang untuk gagal adalah benda terakhir yang perlu kita fikirkan. Usaha lah. walau sedikit sekurang kurang nya kita buktikan yang kita ada usaha. walau bodoh di mata 10 orang mungkin baik untuk seseorang. Menilai sesuatu dengan keterlaluan, berfikir lebih banyak lebih dari tindakan, negatif untuk semua perkara dalam kehidupan belum pasti dapat menjadi kan kita lebih baik dari orang lain. Ape yang kita fikirkan betul tidak semesti nya betul untuk orang lain jugak.

Usahalah selagi mampu. Jika di akhir cerita nanti, gagal juga milik kita, mungkin benda yang paling asas iaitu berbalik kepada Maha Mengetahui, bukan lagi priority selama ini.

Thursday, June 11, 2015

Orang keliling

Perasan tak, kat keliling kita kadang kadang kita perasan ade jugak sorang dua yang hidup dia happy sangat, Rupa-rupanya dia sorok banyak sangat kisah duka dalam hidup dia. Kadang kadang dia datang keje lewat dan dia bergegas pulang awal, Dia tegur semua orang, tapi dia jauhkan diri bila dia mula perasaan orang tak selesa dia ada. Kita yang tak tau ape ape mesti kutuk dia sikit-sikit dan tak libatkan dia dalam banyak perkara dan hampir hampir anggap dia tak ade pun kat persekitaran kita.

Aku hampir percaya, tiap orang sebolehnya tak nak bawak masalah dia tiap masa. Tapi, kadang kadang sampai satu tahap, kita give up,perasaan kita terbawa bawa dan belum pasti di mana akhirnya. Senang je orang kata, usaha lah, buat sesuatu dan jangan tunggu. Wah..belum kena kat batang hidung kita, macam mane kita nak tau masalah dia sebesar mane? 

Tak de siapa mintak difahami, tapi sekurang kurang nya, berhenti menghukum, belajar menghormati dan ikhlas kan lah diri.  Sekurang kurang nya, jika dia tiada bahagia di mana mana, sekurang kurangnya berilah dia senyuman seikhlas nya, moga moga ade lah memberi sedikit bahagia dalam hatinya untuk seketika.