Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan 2014.

Alhamdulliah, berpeluang lagi aku bertemu Ramadhan. Setiap tahun, aku mesti terfikir, ade ke peluang untuk aku berpuasa di bulan Ramadhan lagi. Tahun nie pun rezeki aku, dapat pula nikmat berterawih berjemaah di surau. Berjumpe kembali makcik2 di kejiranan, ade yang sampai berpeluk peluk dengan aku sebab rasa excited nya duduk bersebelahan. Ade sorang makcik tue kerap pegang tangan aku sambil berselawat. Rasa sayu pulak kat hati, mungkin dia rindukan seseorang kot. Setiap kali dia pegang ade sesuatu perasaan mengalir terus direct kat hati. Macam kasih, macam rasa rindu. 

2 Ramadhan pula, genap umur aku 31 tahun. Alhamdullillah, merasa lagi aku bernafas di dunia. Berpeluang lagi aku berkasih sayang dengan anak anak. Diberikan lagi masa untuk perbaiki diri. Sebenarnya banyak di niatkan selepas Ramadhan ini, moga semuanya di permudahkan. Dalam hidup aku, ramai pelik kenapa aku sentiasa senyum dan ketawa setiap masa walau pun banyak masalah menimpa. Pernah dengar tak kata pepatah, 

"Perempuan yang paling gembira itu adalah perempuan yang paling banyak pendam rasa sedih dalah hati". 

Formula hidup aku senang, hiduplah dengan tenang. Bersihkan hati. Kalau rasa serabut, sila lah tidur dan niatkan dalam hati, bila aku bangun, aku nak rasa gembira yang hadir. Buatlah sesuatu, buatlah ape pun sebab kadang kadang benda kecil yang kita lakukan boleh beri ketenangan. Ape pun yang kita hadapi, bersihkan lah hati dulu. Benda yang paling penting untuk dijaga. jangan rosakkan hati dengan perkara kecil. Belajar memaafkan. Hidup penuh dengan kesilapan. Kalau nak ikut rasa kita, tiada ape yang betul di dunia. Semuanya serba tak kena. Ada saja silap dan salah kan. tapi itulah hakikat yang perlu diterima. Aku bersyukur, Allah tak pernah wujudkan rasa dendam, rasa marah berpanjangan dalam hidup aku. Sebab tue aku boleh berkawan baik ngan sume ex-boifren sampai sekarang. 

Pengalaman banyak mendewasakan  aku. Hasil dari segala mak nenek kesilapan dan segala jenis dugaan, Alhamdulliah..Allah masih berikan aku peluang tersenyum di umur 31. Suka atau tidak, umur dan pengalaman akan mendewasakan kita. Kita akan belajar dengan sendiri nya. Bila masalah menimpa, kadang kala kita boleh tersenyum sendiri.  Entah lah, Ramadhan 2014 mungkin Ramadhan yang paling banyak diuji denga rasa. Taida apa yang aku harapkan hanya kebahagiaan untuk orang orang yang aku sayang. Semoga Ramadhan kali ini akan memberikan aku seribu kekuatan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

1 comment: