Ada sesapa kat sini anak Shah Alam?
Korang rasa tak ape-ape perubahan selepas pemerintah bertukar kat Shah Alam.
Yes memang betul. Memang x de effect sangat kat sesetengah pihak. Tapi bagi aku yang dari kecik membesar dekat bandar yang majoriti nya orang melayu Islam, memang ade rasa perubahan. Antara kita sendiri nak celik untuk tengok atau hadamkan je sume benda yang berlaku kat keliling kita.
Aku tak berapa pasti tentang keuntungan berganda yang kerajaan negeri dapat bila bertukar kerajaan. Aku hampir tak pasti korupsi dalam kerajaan da makin kurang atau masih sama dan hanya bertukar kepada pihak yang lain. Aku tak berani nak ulas benda- benda tak pasti yang berlaku pada masa sebelum nie atau situasi sekarang.
Apa yang aku tahu perubahan yang berlaku bukan sesuatu yang aku suka. Ade sesetengah perkara releven untuk diubah dan ade juga sesetengah perkara yang perlu dikekalkan.
Kita peka atau tidak generasi kedua macam aku dan kawan2 hampir-hampir da tak mampu untuk menetap di bandar halaman sendiri. Dalam masa 4 tahun, bandar aman orang melayu bertukar corak.
Pilihanraya akan datang, aku sendiri hampir buntu siapakah pemimpin yang paling tepat untuk memimpin.
Bak kata abah, berbalik lah kepada Islam. Islam pada nama belum tentu cukup untuk kita yakini perjuangan nya.


