Wednesday, August 21, 2013
SARCASTIC
Wednesday, July 31, 2013
Saturday, July 20, 2013
Untuk renungan dan ingatan.
Kisah dikongsi dari seorang sahabat yang tinggal dikejiranan sama dengan ibu mangsa.
Sekadar berkongsi cerita benar yg berlaku...
Tadi ada berita sedih ttg guru di SMK USJ4, krn kematian anak yg baru berumur 2 tahun.. Sbb kematian ini berlaku dlm keadaan yg menyayat hati...
Alkisah cerita ni berlaku ptg semlm. Cuaca semlm area subang jaya ni cerah, dan matahari panas smpai ke petang.
Alkisahnya, Si cikgu ni mengajar di sesi ptg. Oleh krn ada mesyuarat e-hrmis dan e- apa-apa lagi tu, cikgu ni keluar awal drp biasa krn perlu hadiri meeting. Suami cikgu ni outstation, maka mmglah kelam kabut.
Cikgu ni angkat anak yg msh tidur, ke kereta. Anak kecil itu dibaringkan di tmpt duduk belakang. Anak itu biasanya akan dihantar ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah.
Malangnya, entah macamana, sbb kepala dok ingat ttg kerja-kerja di sekolah, dan meeting yg akan dihadiri, cikgu ni tadi terlupa nak hntar anak dia ke tmpt pengasuh spt sepatutnya.
Smpai saja di sekolah, cikgu tu lupakan anak dia masih di dalam kereta. Dia matikan enjin dan kunci kereta, terus tinggalkan anak di dalam kereta sndiri.. Bayangkan anak itu ditinggalkan pd cuaca panas , dan tidak buka tingkap. Apa yg akan terjadi??
Tapi, yg sedihnya Cikgu tu terus lupa anaknya yg masih dlm kereta, dan dia teruskan kerja spt biasa.
Sehingga ke ptg jam 5 lebih masa nak balik, cikgu tu terus ke kereta. Terkejut, tgk anaknya ada dalam kereta. Baru dia teringat, dia lupa hntar anak ke rumah pengasuh. Tapi, yg lbh menyayat hati, anaknya ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Bajunya dikoyak-koyak mungkin sbb kepanasan. Sudah terkencing dan terberak. Teddy bear yg dipegangnya pun basah kuyup sbb peluh dan air mata..
Masya-Allah, siapa sangka anak kecil itu mengakhiri nyawanya sebegitu krn kecuaian ibu sndiri.
Tadi ada kwn-kwn sekolah yg pergi ziarah sbb kebetulan cikgu ni tinggal di kuarters guru. Ramailah kwn sekolah yg kenal sbb mrk berjiran. Cikgu tu menangis dan salahkan diri sndiri... Sedih
*** Cuai da abai lain. Ibu nie tak abaikan anak dia. Dia cuma cuai. Cuai yang sampai tahap x boleh nak terima. Cuai bab anak banyak da terjadi. Sedih sangat. Sedih mengenangkan keadaan anak tue masa kejadian n keadaan ibu tue sekarang. Moga moga ibu tue kuat. In sha allah.
Wednesday, July 3, 2013
Memori.
Sayang kita pada tuhan tidak akan sama dengan sayang kita sesama manusia.
Sayang kita sesama manusia juga tak kan sama dan pasti berbeza.
Kadang kadang kita mengharapkan sesuatu di luar jangkaan.
Kita cuba menyayangi, kita penuhi dengan rasa cinta, kita selalu mengharap untuk dikasihi semula. Kadang kadang kasih itu datang, kadang kala seperti tiada apa. Segalanya berlaku dalam bentuk yang tidak dijangka.
Bila kita rasa sunyi, kesedihan kita, air mata kita sentiasa akan kering dengan sendiri tanpa kita sedari.
Rasa itu, sayang itu, cinta itu pasti akan pergi. Bila kita tiada nanti mungkin ingatan itu menjadi pengganti, hanya sebagai memori.
Sunday, May 26, 2013
Pasti.
Hari nie dalam keluarga besar abah, kami menerima ahli baru.
Tapi jangan dijangka, semasa ada yang gembira rupanya ada keluarga yang berduka.
Semasa majlis rancak berlangsung, pakcik yang sihat tiba tiba rebah akibat serangan jantung.
Sakit datang tidak di duga. Allah itu maha Pencinta, menyayangi hambanya yang tidak berdaya.
Sedang kita asyik gembira jangan lah lupa ramai yang sedang berduka. Dalam keluarga abah yang cuma berlima beradik, abah kehilangan dua abang ipar kira kira dalam masa 100 hari. Kini satu satunya abang yang ada pula di duga Illahi.
Disebalik ketenangan wajah abah terselit kedukaan di dalam mata nya. Satu satunya abang yang ada kini terlantar kaku. Siapa yang jangka tenaga tua yang boleh mengangkut sawit, sihat tanpa sebarang penyakit, rebah tanpa diduga.
Mana nak jangka sebelum Ramadhan seorang demi seorang pakcik yang kami ada pergi mengadap Illahi. Dalam keluarga besar kami makin kurang warga tua pengubat duka lara dikala kami gembira atau berduka.
Kita yang sihat jangan terlalu leka kerana yang paling dekat itu mati. Bila masa lalu jauh tinggalkan kita, hari ini,esok atau lusa kehilangan tempat kebergantungan itu pasti.
Selemah mana kita menerima takdir, sekuat mana kita meredhakan dugaan, selagi bernyawa kita ingatlah tiada yang kekal kerana mati itu pasti.
****Akhirnya, Jam 1.00 a.m tanggal 27 mei 2013. Kembali lagi seorang ahli keluarga kami ke rahmatullah. Innallillah Wainnailaahirojiun. Allahuakhbar.
Friday, April 26, 2013
Di lema anak Shah Alam
Ada sesapa kat sini anak Shah Alam?
Korang rasa tak ape-ape perubahan selepas pemerintah bertukar kat Shah Alam.
Yes memang betul. Memang x de effect sangat kat sesetengah pihak. Tapi bagi aku yang dari kecik membesar dekat bandar yang majoriti nya orang melayu Islam, memang ade rasa perubahan. Antara kita sendiri nak celik untuk tengok atau hadamkan je sume benda yang berlaku kat keliling kita.
Aku tak berapa pasti tentang keuntungan berganda yang kerajaan negeri dapat bila bertukar kerajaan. Aku hampir tak pasti korupsi dalam kerajaan da makin kurang atau masih sama dan hanya bertukar kepada pihak yang lain. Aku tak berani nak ulas benda- benda tak pasti yang berlaku pada masa sebelum nie atau situasi sekarang.
Apa yang aku tahu perubahan yang berlaku bukan sesuatu yang aku suka. Ade sesetengah perkara releven untuk diubah dan ade juga sesetengah perkara yang perlu dikekalkan.
Kita peka atau tidak generasi kedua macam aku dan kawan2 hampir-hampir da tak mampu untuk menetap di bandar halaman sendiri. Dalam masa 4 tahun, bandar aman orang melayu bertukar corak.
Pilihanraya akan datang, aku sendiri hampir buntu siapakah pemimpin yang paling tepat untuk memimpin.
Bak kata abah, berbalik lah kepada Islam. Islam pada nama belum tentu cukup untuk kita yakini perjuangan nya.
Tuesday, April 2, 2013
Hati
Kadang-kadang kita lupa, hati yang kecil itu Allah beri untuk kita simpan pelbagai rasa yang besar.
Kadang kadang kita lupa, sejauh mana, sebesar mana rasa yang perlu kita simpan semata-mata untuk jaga hati kita sendiri.
Bila hati itu menjadi gelita, kadang kadang kita lupa, kita lah penyebab utama kegelapan itu.
Bila hati kita terluka, kadang kadang kita hampir lupa siapa jururawat sebenar. Kita harapkan pada manusia semata.
Entah hari ini esok atau lusa manusia itu pasti akan tinggalkan kita. Kesetiaan itu hanya pada yang Satu. Ape yang kita harapkan, apa yang ingin kita kongsikan, atau adukan pasti Dia akan setia.
Tak pernah mengeluh, tak pernah tinggalkan.tak pernah lupakan. Dia setia temani kita selamanya.
Wahai hati, tenang lah kamu, tiada apa yang perlu dikhuatiri kerana kau tetap milik yang abadi.
Thursday, March 28, 2013
HIDUP
Dalam hidup banyak sangat yang kita harapkan.
Kita selalu harapkan rezeki datang bergolek, Walhal rezeki takkan tergolek tanpa usaha.
Kita sering mengharapkan kebahagiaan dunia akhirat. Tapi kita tak berusaha untuk mencari kebahgiaan itu.
Kita sentiasa mengharapkan anak-anak yang soleh. Tapi kita tak berusaha untuk tunjuk teladan atau mendidik anak- anak kita menjadi lebih soleh.
Kita selalu mengharap seribu kebaikan dalam hidup kita.
Tapi kita tak pernah nak beri seribu kebaikan pada orang lain.
Apa yang kita buat, apa yang orang buat, semua jadi perbandingan.
Kalimah Alhamdulliah, jarang-jarang sekali diungkap.
Jahil nya kita, tamak nya kita, hanya kita yang tahu.
Tipu kalau kita tak cemburu bila orang lain bahagia.
Tipu kalau kita tak cemburu tengok pasangan lain bahagia.
Tipu kalau kita kata, kita tak cemburu tengok kehidupan orang lain sempurna.
Bahagia mereka, mesranya mereka, sempurna nya kehidupan mereka, hanya mereka yang tahu.
Bila kita sedih, cuma ingat satu, ramai lagi yang sedang bersedih.
Bila kita rasa susah, ramai lagi yang lebih susah dari kita.
Bila kita rasa tak bahagia, banyak lagi sengsara.
Apa yang pasti, Allah janjikan kebahagiaan yang abadi. Kita sendiri pilih, mengejar sesuatu yang tak pasti atau mencari yang hakiki.
Friday, February 15, 2013
n3 pelepas batuk di tangga.
Nota kaki:
Sekarang nie, takut nak buh gambar kat blog, nak letak water mark malas, bila malas banyak gambar orang salah guna. Hari nie kat paper metro, keluar cite pasal ayah x puas hati ade org guna gambar anak diorang yang tercedera di tangan semasa bergayut di sinki. Dalam fb diorang letak link artikel guna gambar budak tue sebagai mangsa dera.
Belum lagi gambar kawin aku byk guna untuk jadi gambar-gambar penyeri artikel2 perkahwinan. Sabar je la..
Monday, January 21, 2013
Fitnah
Zaman serba canggih nie..fitnah makin berleluasa..kalau bukan melalui duduk bersembang berlonggok2 untuk mengumpat dan menfitnah..da banyak kot cara lain yang lebih cepat dan mudah..
Kadang-kadang aku sendiri x sangka..fitnah2 yang tersebar kadang- kadang x masuk akal..zaman sekarang nie wassapp n twiter jd tempat yang paling mudah untuk sampai kan maklumat.
Perkara kecil diperbesarkan, yang pendek dipanjangkan, yang koyak menjadi semakin rabak. Banyak sangat perkara di tokok tambah..
Kesian pada yang teraniaya.
Tuesday, January 15, 2013
Untuk Alya
Selamat hari lahir yang ke-3 untuk Alya.
Friday, January 11, 2013
Ehsan, Mei-mei dan Cikgu Jasmin.
Aku tak la kecewa sangat kot, coz Alya sendiri yang nak ke sekolah. Disebabkan masalah kesihatan dia, aku pun da give up nak anta dia kat sekolah. Tunggu la tahun depan pulak! kita cuba lagi sekali.
Yang klaka nye, habis je persekolahan dihari pertama alya pun bercerita macam-macam perkara. dan semua nya seronok-seronok belaka. Tapi tetiba keluar dua ayat yang memang buat aku terdiam!
Alya: "Mama! kat sekolah..Ehsan dengan Mei-mei x de pun. Cikgu Jasmin pun cuti!"
Dang!
bila aku fikir-fikir balik rupanya dia nak cari cikgu jasmin dan kawan-kawan dalam upin-ipin rupanya. Memang la tak de. Kesian anak aku.
Tue la akibat tengok upin-ipin hari-hari.


