Wednesday, July 31, 2013

Setiap kali nak update blog sekarang, mesti rasa tak kena. Banyak sangat benda nak share. Banyak sangat rasa yang cuba nak diluah, banyak juga perkara yang nak di kongsi. Walau pun perjalanan hidup tak la semeriah mana, tapi Alhamdulliah, masih tidak sunyi dengan rasa gembira.

Gembira nie datang bila kita yang cipta. Gembira tidak datang dengan sendiri, perlu ada usaha, perlu ada semangat, perlu ada pasangan, perlu ada cara, baru lah kena pada tempatnya. 

Tiga empat bulan lepas, aku hidup dengan banyak rasa kecewa, rasa sedih, rasa sunyi. Aku sentiasa berharap dan mengharap sesuatu yang aku tak pasti boleh terjadi. Makin lama, aku mulai sedar, kenapa aku kena hidup macam nie. Setiap hari aku asyik nak kenang apa yang kurang, apa yang tak betul. Bila sampai satu tahap aku rasa kesabaran aku sampai ke tahap yang paling nipis. Aku putus asa. Aku buat keputusan singkat, nak pergi jauh, nak lari dari dunia realiti.

Tapi Allah maha mengetahui. Apa yang kita rancang, tak semestinya berlaku. Dia Adil, adil dalam buat percaturan. Allah jentik hati aku dengan sedikit kesukaran. Aku melantun pergi sejauhnya. Aku banyak buat silap, mungkin Allah nak aku beringat tentang kesilapan itu. Makin banyak aku cuba dekat kepada Nya, makin banyak pulak dosa yang aku cipta. Aku selalu takut, rasa kurang, rasa sunyi. Bila sampai satu tahap, aku terfikir, apa yang aku dah buat, dan ape yang aku dah silap. Aku silap, sebab sering cari silap orang lain dan bukan tenung silap sendiri.

Aku cuba berubah, berubah menjadi lagi tenang, jadi lebih sabar, jadi lebih menerima. Alhamdulillah, jiwa aku makin tenang, walau masih banyak benda yang tak kena. Aku tak tau sejauh mana ketenangan ini, aku berharap ianya akan kekal selama mana yang aku mampu untuk bertahan.

1 comment: