Ok, tajuk tersebut adalah satu kenyataan terhadap diri aku. Xde kena mengena kepada sesiapa. Aku tak tau kenapa malang sangat nasib aku sekeluarga bila ianya melibatkan hospital gomen. Aku yang cerewet atau memang orang yang bekerja kat hospital gomen nie perasaan timbang rasa atau belas kasihan atau simpati atau bertanggung jawab tuh dah makin berkurang.
Atau, diorang nie semua da lali bila tengok orang sakit, atau mereka rasa orang yang datang hospital saja buat-buat sakit atau mereka rasa, kitorang nie orang susah yang x perlu nak layan sangat. Dan kebarangkalian lain mereka memang da terlalu penat dan x terlayan pesakit yang ade kat hospital sekarang sebab terlalu ramai.
Untuk pengetahuan, aku tinggal di Shah Alam, hospital kt S.alam nie da bertahun-tahun entah bila nak siap. Nama je badaraya, hospital pun x ade. Memandangkan hospital yang paling dekat hanyalah Hospital Klang (HTAR) dan pilihan lain kami ade ialah Hospital Sungai Buluh dan Hospital Serdang. Hospital Putrajaya memang da reject awal-awal coz hospital nie nk amik rakyat dier je..kitorang orang s.alam nie x layak pn nak jejak hospital Putrajaya tuh. Ok fine! aku x heran, yang lagi penting orang yang keje kat kaunter tuh memang menyampah, x de perasaan.
Okey, kenapa aku x suke hospital gomen. Perkara pertama, nurse-nurse dier macam kurang ajar. Aku x kata semua eh, tapi kebanyakan yang aku jumpe memang macam tuh. Cakap ikut sedap mulut, air muka x de perasaan belas, buat keje macam x ikhlas. Hello! kerja tuh kau yang pilih okey, so buat la dengan ikhlas. Kalau ye pun da penat, jangan la melampau sangat. Kerjaya mulia, tapi mudah sangat nak menyakit kan hati orang kan. So hati-hati. Sebab tuh x semua orang layak jadi nurse. Orang yang betul-betul sabar dan ade sikap penyayang yang melimpah ruah je boleh jadi nurse, kalau tidak memang selalu dapat dosa free tau. Aku kadang-kadang sakit hati kenapa nurse-nurse muda-muda nie kengkadang cakap benda-benda yang bukan-bukan depan patient. Ikut sedap mulut, cuba kena batang hidung sendiri, baru la padan muka kan.
Tuh baru pasal nurse, belum pasal doctor lagi. Heh susah betul la nak cerita satu-satu, memang menyakitkan hati. Orang yang bekerja kat hospital nie semua nya kerja-kerja mulia. Xsemua orang layak. Bila awak dah ade kelayakan tuh, cuba la bagi serIbu kebaikan pula kat setiap pesakit yang ada kan. Ya betul, korang semua penat, keja sihft, kesihatan x terjaga, ganti orang keje sampai x balik-balik, anak terabai, ade yang x sempat makan pun. Tapi tuh semua bukan alasan untuk kita maki hamun pesakit lain, abaikan tangungjawab kita, marah-marah orang keliling. Aku kadang-kadang naik menyampah dengan orang-orang kat hospital nie. Diorang nie memang da x de perasaan ke hape?
Kalau nak kata hospital gomen lembap, hospital swasta pun lembap juga, tuh aku boleh maaf, kalau nak kata kemudahan hospital gomen teruk terutama hospital HTAR, memang itu fakta, toilet sampai naik geli nak guna, hospital lain banyak yang cantik-cantik dah.
Tapi entah la,,kenapa eh, kalau buat appointment dengan hopital gomen makan masa berbulan-bulan. Kenapa eh, bile orang tuh da sakit berkali-kali dengan simptom yang same diorang cuma boleh kata cramp! Kenapa eh dekat bahagian kecemasan cuma ade pegawai perubatan yang entah sudah lulus periksa atau belum handle pesakit-pesakit separa kritikal dan x boleh nak buat keputusan pun. Kenapa eh doktor-doktor pelatih nie ramai yang masih blur-blur dan macam nak minta pelempang. Kenapa eh hati aku selalu sakit bila berurusan dengan doctor-doctor dan nurse-nurse kt hospital gomen. Ramai yang yakin kan aku hospital gomen da banyak improve. Tapi bagi aku, selagi sikap nurse-nurse dan doctor-doctor tuh masih x berubah, kat mata aku, hospital gomen masih sama, tiada perubahan.
****Aku pun keje gomen, dan aku mengaku kebanyakan pekerja-pekerja kat gomen memang lembap. Bukan sebab kami lembap, tapi prosedur yang perlu di ikut menyebabkan semua benda jadi lambat. Tapi aku bernasib baik sebab banyak kerja dengan kertas, komputer dan pen serta pencil. Bila kerja akhir baru melibatkan orang lain. Tapi bagi pekerja hospital yang setiap masa bekerja dengan orang ramai, sila muhasabah diri kerana berapa kali dalam sehari kita akan menyakitkan hati orang.
Mungkin x semua hospital gomen teruk sangat, coz banyak juga aku dengar yang baik-baik. Tapi melalui pengalaman aku sendiri, hampir 29 tahun aku hidup memang menyakit kan hati lah.