Thursday, May 31, 2012

Akhir-akhir ini.

Akhirnya Un (adik ipar dan bukan nama sebenar) dapat tawaran ke universiti.
Alhamdullillah, moga segalanya dipermudahkan menjelang hari ahad nanti. Makin kurang lah ahli dirumah MIL,  dan makin sunyilah rumah MIL nanti.

Akhirnya, selepas 9 bulan Eryna da tumbuh gigi.
Alhamdulliah, banyak sangat dah perkembangan puteri kedua aku tu. da boleh duduk, da boleh berdiri sendiri, boleh melambai, boleh tepuk tangan, suka sangat makan dan banyak sangat minum susu. Alhamdulliah, segala kesihatan dan perkembangan Eryna baik-baik belaka.

Akhirnya hari ini, aku telah disahkan jawatan.
Alhamdulillah lepas nie aku  akan dimasukkan ke taraf berpencen. Alhamdulliah, syukur sangat. Lame juga aku tunggu untuk disahkan dalam jawatan baru nie.

Akhir-akhir ini, kesabaran aku sering kali diuji, aku mengharapkan kesabaran dan kekuatan hati aku akan sentiasa teguh dalam mengharungi kehidupan ini.

1 comment:

  1. tahniah atas pengesahan jawatan tu... i dah follow u... jgn lupa follow i...

    ReplyDelete