Tuesday, December 11, 2012

KAHWIN & ANAK

Hari nie aku kat  terengganu lagi. Outstation lagi 2 3 hari...tinggalkan anak dan suami.
Minggu depan ke kelantan pulak.

Kesian anak-anak. Kesian suami. Nasib baik suami dan mak abah memahami. 

Dulu masa aku bujang, outstation benda yang paling best dan benda yang paling aku tunggu. Pegi masuk kampung keluar kampung, tengok tempat orang, makan bawah pokok, tepi laut, celah-celah rumah, sume aku da rase. Untuk orang yang x de kampung macam aku, memang pengalaman yang berharga.

Bila dah kawin, sejak beranak dua, outsation benda paling berat yang aku kena buat, disebabkan kerja, gagahkan lah jugak diri, kalau boleh elak memang aku elak. Bukan aku tak suke, tapi aku kesian ngan anak-anak, dedua kecik lagi. Perkara paling x best, bile dah berjauhan, Alya pulak da pandai cakap  dia akan telefon dan tanye bile mama nak balik.

Alya: Mama balik kul bape?
aku: Mama x balik, mama kerja! besok mama balik.
Alya: Ye ke...sian alya....sape nak kawan alya?
mama: Papa kan ade...
Alya: Dengan nada sedih.   Alya nak mama!...

Setiap kali itulah kesedihan yang perlu aku tanggung. Akan datang, ryna pulak pandai bercakap, makin berkecai-kecai la hati aku setiap kali tinggalkan diorang.

Itu baru pasal aku kesiankan anak, belum pasal iqmal lagi. Kadang-kadang aku kesian ngan iqmal, kerap sangat kena tinggal. Kalau aku kahwin dengan orang lain, entah siapa lah yang akan tahan dengan cara kerja aku sekarang nie. Masa belum kahwin, aku rase banyak sangat dosa yang aku dah buat. Kelaur berdua, pegang tangan, tengok wayang, merewang sampai pagi. Untuk mengelaakan lagi banyak dosa baik aku kahwin.

Tapi bila dah kahwin, lagi banyak kot dosa yang kita tak sedar. melawan kata suami jangan kata, berkali-kali.

Entah lah, sedih gak rasa. Kesian iqmal..

Mintak maaf yea yang, orang sayang yang sangat...terima kasih coz banyak sangat bersabar ngan orang n banyak jagakan anak-anak. Terima kasih coz bangun setiap malam buatkan susu. Terima kasih sebab sudi layan kerenah orang. Terima kasih sangat. Orang sayang yang....

4 comments:

  1. erm, x per..... iqmal faham, diakan bapa mithali n suami soleh... kan kan kan

    blik jgn lupa ole2 untuk dorang, k

    ReplyDelete
  2. Sebak.

    Insya Allah, suami dan anak-anak pasti akan faham.
    :)

    ReplyDelete
  3. sedih pulak kite baca ni. takpe lah sebab awak cari rezeki utk tolong iqmal jugak kan... utk anak2 jugak. bukan utk diri sendiri je. bila cuti awk spend time dgn diaorang. saya pon selalu kalau ade free setakat bawak auf main tmpt permainanan tu kasi dia puas hati.:)

    ReplyDelete
  4. sedih pulak bile baca entry nih..insyaALLAH...mun rasa suami dan anak anak pasti faham keadaan awak ini.bersabar jelah

    ReplyDelete