Thursday, November 1, 2012

PUTARAN DUNIA

Kat tempat keje aku nie, ade sorang manusia yang suke mengutuk orang. Orang tue tak kena, orang nie x buat keje, orang nie x cantik, orang nie x betul senang cite sume orang la x betul kat dunia nie. Mase aku baru-baru ditukarkan, aku pernah dimalukan depan ramai sangat orang. Tyme tue memang aku rasa sangat down sangat malu, sampai rasa nak berenti keje lah.

Aku pun pelik kenapa lah dia anti sangat ngan aku sampai dia boleh canang kat sume orang yang aku x boleh buat keje, padahal aku x pernah bekerja dengan dia pun. Kesian bos-bos aku yang dulu, teruk kena kutuk ngan hamba Allah nie. Aku memang x suke sangat ngan dia dulu. pandang muka dia pun aku tak nak. Tapi sekarang aku dah boleh terima kerana aku percaya satu hari nanti Allah akan balas setiap ape yang dia buat kat aku n orang keliling aku.

Allah tue maha besar kan! sikit-sikit dia diketepikan, baru lah dia rasa ape yang orang lain rasa. Baru lah dia tau Allah tue maha Adil dan Penyayang. Tyme dia kenakan ramai orang, dia x pernah fikir pun ape yang orang lain rasa. Sekarang nie bile ape yang berlaku terkena kat dia, baru dia sedar, dunia nie hanya sementara.

Kalau kita kat atas tak semestinya kita akan sentiasa di atas kan? Dunia berputar, keadaan juga berubah. Apa yang kita buat, Allah akan balas setimpalnya. X payah la nak megah sangat dengan kuasa yang kita ada. Sepuluh kali kita kutuk orang, 10 kali jugak la kutukan tue berbalik pada kita.

Selama dua tahun aku tabah mengharung segala kata cacian orang. Kalau korang kenal orang-orang kat tempat keje aku nie, mesti benda-benda buruk je yang korang akan dengar pasal aku. Mula-mula memang aku kesah. Kesah sangat. Lelama aku da lali, lali dengan segala kata-kata umpatan tentang diri aku.  Setiap hari aku cuma buat kerja aku, x peduli kata orang. Setiap orang buat silap kan. Kesilapan itu kita boleh perbaiki kan?  Siapa kita nak menghukum orang kan? Kat tempat aku nie memang ramai orang teraniya,hanya Allah yang lebih mengetahui.

Yang baik tue kan datangnya daripada Allah, yang buruk tue datang nya dari diri kita sendiri. Bukan dari orang lain So berhentilah menyalahkan orang lain kan?

Berakhir sudah sesi meluahkan perasaan. kesian pada orang-orang teraniya dan tidak berdaya.

2 comments:

  1. sian kat ko lie kan..... aku tumpang simpati..... hari ni hari ko, sok lusa hari orang lain pulak.....
    hurm, nasihat untuk diri sendiri jugak nieh, takut terlepas cakap... kalu aku ada buat silap ngan ko aku mintak mahap yerk, ko terasa ker? x kan?... hehe

    ReplyDelete
  2. aku pn kak.... maapp klau suara transfomers ni kuar.. hohooo... xmarah kn... ngeee

    ReplyDelete