Tuesday, November 27, 2012

ANAK

Sebelum anak lahir, perkara yang sering kita ungkap "semoga anak yang bakal lahir kelak akan sihat dan sempurna". Pabila anak lahir ,kita membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang dan doa yang dipanjatkan setiap hari juga "semoga anak kita sihat sentiasa." Pabila kita melihat kesengsaraan kanak-kanak yang menderita, kita menjadi insaf dan simpati dan sentiasa bersyukur dengan kesihatan yang Allah berikan kepada anak kita. 

Tapi kadang-kadang kita lupa, dikalangan kita, di sekeliling kita, masih ramai juga yang mendapat ujian-ujian dari Allah setiap hari. Walaupun Allah hanya menurunkan demam sebagai ujian kepada anak kita, kita sebagai ibu bapa mula rasa gelisah. Berduyun-duyun doa kita panjatkan, pelbagai ubat kita usahakan semoga Allah melindungi anak kita, Sentiasa.

Bila anak kita sihat sentiasa kita jangan alpa, bahawasanya ujian dan dugaan Allah bukanlah sama. Setiap dugaan pasti berbeza. Anak kita sebaya, lahir pada tahun yang sama, minum susu yang sama, jantina juga sama, dan pengasuh juga orang yang sama pun, belum menjamin kesihatan mereka akan serupa.

Hari ini, anak saya selsema, esok lusa demam pula menjelma, genap hari ke lima Allah duga pula dengan athma. Jika tidak pada kakak, adik pulak yang kena. Walaupun setiap minggu diserang batuk dan athma, kita sebagai mama dan papa tetap tidak putus asa, berusaha mencari penawar, tidak lepas dengan ubat-ubatan dan sentiasa berjaga tanpa lena hanya untuk menjaga anak-anak yang tidak sesihat mana.

Kadang-kadang kita lupa, bila anak kita sihat sentiasa, kita samakan anak-anak kita dengan kanak-kanak lain yang lebih menderita. Penyakit bukan dipinta, dan ianya juga bukan sebagai satu alasan kepada kedua ibu bapa. Kesihatan anak bukan barang mainan ianya adalah keutamamaan. Hari ini Allah uji kita, esok lusa Allah mana tahu Allah uji orang lain pula. Hari ini kita gembira mana tahu esok lusa Allah tarik kebahagian kita.

Walaupun tidur tidak pernah lena, bersengkang mata menjaga mereka, menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk mereka, tidak sekali pun ianya menjadi rungutan. Senyuman dan kesihatan mereka, kegembiraan mereka, hilai tawa mereka semuanya adalah kebahagian kita. 

Setiap hari, jika pulang dari kerja, senyuman mereka lah menjadi penawar setiap duka lara kita.

3 comments:

  1. alya ngan ryna ok jerk kan lylie.....
    berusaha sehabis baik untuk si kecil kita, itu adalah hadiah terbaik dari ibu bapa untuk anak2.....

    senyum lie..... peace yaw!!!

    ReplyDelete
  2. tak lama lagi aku pulak bakal menjadi ibu cam ko dan yang lain...jugak....aku doakan semuanyer berjalan ngan baik dan semuanyer akan sihat sejahtera hendakNya...Amin...

    ReplyDelete
  3. Betul. Tak kira mcm mana penat, tgk muka anak mesti lega .

    ReplyDelete