Wednesday, March 28, 2012

Kisah semalam, hari ini dan hari esok.

Alhamdullilah, jika benar berita itu, Insyaalah perkara 'transfer' yang digembar gemburkan sebelum ini tidak akan berlaku. Jika benar, berita itu, aku sekeluarga akan sentiasa hidup bersama, selamanya.




Allah sentiasa membantu kita dalam banyak perkara dan selalu juga meringankan beban yang ada dalam masa yang sama. Setiap ujian yang akan datang, tidak kira siapa dan tidak akan terduga.




Esok pagi abang kandung aku akan menjalani pembedahan brain tumor. Tumor yang ade telah membesar dan membengkak. Harapan aku semua nya akan dipermudahkan. Penyakit itu datang nya daripada Allah. setiap kali kita di duga pasti ade hikmah nya. Setiap kali penyakit itu datang, tidak akan kita jangka dan tanpa tanda sekali pun.




Selama lebih 30 tahun abang aku hidup, tidak pernah sekali pun dia jatuh atau pitam, atau diberikan tanda yang beliau menghidap brain tumor. Dalam masa sebulan nie, dia tiba-tiba diserang sawan dan dikesan menghidap tumor seminggu yang lepas. Semalam abang aku direfer ke doktor pakar. Dan esok, seawal jam 8.00 pagi, abg aku akan menjalani pembedahan. Risiko yang perlu dia tanggung, berkemungkinan abang aku akan hilang ingatan.




Luruh jantung dan hati aku kerana aku orang pertama yang mendapat berita itu. Aku yang kehulu kehilir menghantar abang aku ke merata-rata hospital. Kadang-kadang aku menangis, kadang-kadang aku menjadikan setiap perkara sebagai jenaka, semata-mata untuk memberi sokongan kepada abang aku sendiri. Kesian nya dia, tak kan ade siapa yang akan memahami. Derita nya dia, hanya dia seorang yang mengetahui.




Tapi aku kagum, mereka suami isteri sangat tabah. Semalam baru aku nampak kakak ipar aku menangis. Anak mereka masih kecil, yang paling kecil berumur lebih kurang 40 hari. Kecil sangat untuk memahami derita seorang ayah. Harapan aku segalanya akan dipermudahkan. Harapan aku, pembedahan esok akan berjalan dengan lancar. Harapan aku, semua perkara akan kembali seperti sedia kala.

Kalau ade sesiapa yang mengenali abang aku, aku harap sangat kalian mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

3 comments:

  1. lylieee.....kesiannya abg awk. kesian isteri dan anak2 dia.sedih pulak baca ni :(

    ReplyDelete
  2. sabar ye awk..setiap ujian ada hikmahnya..Allah janjikan yg terbaik buat hamba2Nya..insyaAllah..

    semoga abg awk dipermudahkan segalanya..sabar, doa n tawakal kpdNya..insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. DR PAA ckp.. untuk sembuh dia sendiri kena kuat.. dan dia sangat kagum bila udin blh sedar dan tanya anak-2.. he said " that very fast.. insyaAllah.. semua akan selamat"...

    ReplyDelete