Wednesday, March 7, 2012

Kenapa Aku Tak Suka Hospital Gomen.

Ok, tajuk tersebut adalah satu kenyataan terhadap diri aku. Xde kena mengena kepada sesiapa. Aku tak tau kenapa malang sangat nasib aku sekeluarga bila ianya melibatkan hospital gomen. Aku yang cerewet atau memang orang yang bekerja kat hospital gomen nie perasaan timbang rasa atau belas kasihan atau simpati atau bertanggung jawab tuh dah makin berkurang.




Atau, diorang nie semua da lali bila tengok orang sakit, atau mereka rasa orang yang datang hospital saja buat-buat sakit atau mereka rasa, kitorang nie orang susah yang x perlu nak layan sangat. Dan kebarangkalian lain mereka memang da terlalu penat dan x terlayan pesakit yang ade kat hospital sekarang sebab terlalu ramai.




Untuk pengetahuan, aku tinggal di Shah Alam, hospital kt S.alam nie da bertahun-tahun entah bila nak siap. Nama je badaraya, hospital pun x ade. Memandangkan hospital yang paling dekat hanyalah Hospital Klang (HTAR) dan pilihan lain kami ade ialah Hospital Sungai Buluh dan Hospital Serdang. Hospital Putrajaya memang da reject awal-awal coz hospital nie nk amik rakyat dier je..kitorang orang s.alam nie x layak pn nak jejak hospital Putrajaya tuh. Ok fine! aku x heran, yang lagi penting orang yang keje kat kaunter tuh memang menyampah, x de perasaan.




Okey, kenapa aku x suke hospital gomen. Perkara pertama, nurse-nurse dier macam kurang ajar. Aku x kata semua eh, tapi kebanyakan yang aku jumpe memang macam tuh. Cakap ikut sedap mulut, air muka x de perasaan belas, buat keje macam x ikhlas. Hello! kerja tuh kau yang pilih okey, so buat la dengan ikhlas. Kalau ye pun da penat, jangan la melampau sangat. Kerjaya mulia, tapi mudah sangat nak menyakit kan hati orang kan. So hati-hati. Sebab tuh x semua orang layak jadi nurse. Orang yang betul-betul sabar dan ade sikap penyayang yang melimpah ruah je boleh jadi nurse, kalau tidak memang selalu dapat dosa free tau. Aku kadang-kadang sakit hati kenapa nurse-nurse muda-muda nie kengkadang cakap benda-benda yang bukan-bukan depan patient. Ikut sedap mulut, cuba kena batang hidung sendiri, baru la padan muka kan.




Tuh baru pasal nurse, belum pasal doctor lagi. Heh susah betul la nak cerita satu-satu, memang menyakitkan hati. Orang yang bekerja kat hospital nie semua nya kerja-kerja mulia. Xsemua orang layak. Bila awak dah ade kelayakan tuh, cuba la bagi serIbu kebaikan pula kat setiap pesakit yang ada kan. Ya betul, korang semua penat, keja sihft, kesihatan x terjaga, ganti orang keje sampai x balik-balik, anak terabai, ade yang x sempat makan pun. Tapi tuh semua bukan alasan untuk kita maki hamun pesakit lain, abaikan tangungjawab kita, marah-marah orang keliling. Aku kadang-kadang naik menyampah dengan orang-orang kat hospital nie. Diorang nie memang da x de perasaan ke hape?




Kalau nak kata hospital gomen lembap, hospital swasta pun lembap juga, tuh aku boleh maaf, kalau nak kata kemudahan hospital gomen teruk terutama hospital HTAR, memang itu fakta, toilet sampai naik geli nak guna, hospital lain banyak yang cantik-cantik dah.




Tapi entah la,,kenapa eh, kalau buat appointment dengan hopital gomen makan masa berbulan-bulan. Kenapa eh, bile orang tuh da sakit berkali-kali dengan simptom yang same diorang cuma boleh kata cramp! Kenapa eh dekat bahagian kecemasan cuma ade pegawai perubatan yang entah sudah lulus periksa atau belum handle pesakit-pesakit separa kritikal dan x boleh nak buat keputusan pun. Kenapa eh doktor-doktor pelatih nie ramai yang masih blur-blur dan macam nak minta pelempang. Kenapa eh hati aku selalu sakit bila berurusan dengan doctor-doctor dan nurse-nurse kt hospital gomen. Ramai yang yakin kan aku hospital gomen da banyak improve. Tapi bagi aku, selagi sikap nurse-nurse dan doctor-doctor tuh masih x berubah, kat mata aku, hospital gomen masih sama, tiada perubahan.






****Aku pun keje gomen, dan aku mengaku kebanyakan pekerja-pekerja kat gomen memang lembap. Bukan sebab kami lembap, tapi prosedur yang perlu di ikut menyebabkan semua benda jadi lambat. Tapi aku bernasib baik sebab banyak kerja dengan kertas, komputer dan pen serta pencil. Bila kerja akhir baru melibatkan orang lain. Tapi bagi pekerja hospital yang setiap masa bekerja dengan orang ramai, sila muhasabah diri kerana berapa kali dalam sehari kita akan menyakitkan hati orang.






Mungkin x semua hospital gomen teruk sangat, coz banyak juga aku dengar yang baik-baik. Tapi melalui pengalaman aku sendiri, hampir 29 tahun aku hidup memang menyakit kan hati lah.

8 comments:

  1. ada betulnya jugak walau bukan semua. Cousin laki kite , perempuan, dia dokter hospital gomen...selalu tgk kat FB dia ckp penat lah, pesakit kurang ajar lah, duk kutuk pesakitlah. So maybe itu plak pandangan dia terhadap pesakit. Kadang kite plak geram rasa nak sound, sape suruh jadi dokter... pergi la jadi grafik designer... ehhh...ehh... hehe. Macam kite la wak, customer sesedap mulut je nak ubah itu ini , rasa nak marah gak.tapi fikir balik kang dia ckp, kenapa jadi grafik designer, kenapa tak jadi dokter ke kan....

    so far ade pro and kons kot, tp pengalaman yaya pon tak baik juga dgn mereka. hehe. Penah satu kali semput gila smp nak ckp pon takleh, dia sorong suruh tggu kat sebelah bilik mayat...sejam tggu sampai saya dah biru, ayah bengang terus hangkut saya pegi swasta. Sejak pada tulah ayah saye tak percaya. hehe

    ReplyDelete
  2. Tuh la kan, saya harap sangat akan sentiasa berjumpe dengan nurse-nurse yang baik satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OH lylie sangat marah..sangat ikhlas & jujur luahan perasaan kau ni. hospital gomen mmg macam tu. tunggu 2 jam , jumpa doct x smpi seminit. lepastu dgn rasa sombongnya suruh kita datang balik esok.....setakat cakap " bby awak still ada kuning, esok dtg lagi yer.amik darah lagi"... ek ey lehhhh.....budak umur setahun pun boleh ckp mcm tu kan..at least ko bagilah nasihat ke tips ke , borak2 sikit...berbaloi lah jugak aku tunggu 2 jam kat spital tu kan..

      Delete
  3. alhamdulillah aka xder pengalaman mengerikan kat spital gomen..tapi yg terbaru mak mertua akak demam berlarutan so dok detact ada kuman dalam darah tapi dok boleh benarkan mak akak balik...pelik bin ajaib..sudahnyer melarat lar, pi smula hospital boley plak cakap kenapa puan balik..? dah doktor bg balik kita balik ler kan xder saper pun volunteer nak tido spital..maksud nyer disini dok yg merawat mak akak tu lalai..

    ReplyDelete
  4. err...sbb tu xnk bersalin kt spital gomen kot. xpelah berhabis duit sket asal rasa ok aje dpt service yang best. bkn sllu pon bersalin hehee...

    ReplyDelete
  5. hehehe... x blh ckp lebeh-2.. tapi syukur.. pengalaman akak semua yg elok-2 klu bab spital gomen nih..

    ReplyDelete
  6. memeang la pengalaman ko baik2..kalau yang tak elok kau main laser je..lagi pun kau kan keje KKM, takkan lah diorang nk buat onar pulak!

    ReplyDelete
  7. hehehe.. nak wat cam ner.. bahagian masing-2.. hehehe

    ReplyDelete