Friday, March 23, 2012

Tabah.

Dah beberapa hari aku disogokkan dengan pelbagai mak nenek perkataan dan semuanya adalah berkaitan dengan "transfer". Hari pertama mendapat khabar berita, memang rasa macam nak menangis, nak meroyan, dan nak menjerit, duk memikirkan segala bentuk kesusahan yang perlu aku tampung jikalau benda 'itu' benar-benar menjadi kenyataan.




Hari kedua, aku dah boleh senyum sikit, cool kan diri, fight sikit-sikit pasal keperluan aku apabila di transfer kelak dan boleh defend diri sikit-sikit dekat bos-bos supaya mereka faham, mama beranak dua macam aku tidak perlu ditransfer begitu jauh, semata-mata untuk kepentingan pihak lain, atau keperluan-keperluan lain yang konon nya aku diperlukan ditempat itu, untuk membantu membangunkan industri.




Hari ketiga disogok, aku dah x de perasaan pun, aku hampir redha dengan ketentuan yang Allah tetapkan, dan mungkin ada kebaikan disebalik kejadian yang akan berlaku kelak.





Lepas bulan April nanti, jikalau benar segala sogokkan itu menjadi kenyataan, makanya aku akan menjadi penumpang tetap, untuk MAS, Air Asia dan Sani Ekspress. (Eh tetiba...Sani Ekspress pulak. Kat pantai timur ada laluan sani ekspress ke?)







anak-anak comel aku, yang semakin membesar dan pastinya sentiasa memerlukan aku disisi mereka.




*****Tolong doakan aku, semoga aku, suami dan anak-anak akan sentiasa hidup bersama hingga akhir hayat. Setiap kali memikirkan risiko ditransfer kali ini seperti akan menjadi kenyataan, setiap kali itulah, air mata aku macam nak berjurai-jurai. Tak sanggup rasanya nak berjauhan dengan anak-anak.

8 comments:

  1. Lylie: bersabarlah..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnye..mcm tu jugaklah perasaan saya mase kt kraftgn sgor dulu..kena transfer kt HQ..itupn gara2 mulut celupar org2 yg x berkenaan..demn! x psl2 je kena transfer..sudahnye berulang alik Shah Alam-KL-Shah Alam..tiap2 hari malam baru smpi rumah..kesian kt anak..huhuhu

    awk sabar bnyk2 ye..Allah akan sediakan yg terbaik utk awak..mane tau kan.. :)

    ReplyDelete
  2. hahahaa..kan, S.Alam -KL sekarang nie hari-hari pun memang saya berulang, ini kan pulang kat terengganu nun..sedih nya rasa. Jauh gila kot!

    ReplyDelete
  3. Kita tau perasaan awk sbb kita pena rase dulu, mmg sakit perit..kita punye geram sampaikan apply job kt tmpt lain (matrade)alhamdulillah, rezeki kt sini lbh baik.. :) bersabar, doa n tawakkal bnyk2 ye..saya doakan semoga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  4. tukar kemana? alahai, kesian awak...

    ReplyDelete
  5. semoga kalian tidak akan terpisah anak beranak..semoga xjd transfer ye

    ReplyDelete
  6. kena transfer lah plak..
    aduh, macam mana nak pujuk kau beli rumah kat puncak alam nih?
    jadi jiran aku & yaya ????????

    ReplyDelete
  7. kenapa nk transfer ibu yang ade anak kecil? sgt x berhati perut kalo mmg jadi ok!!!!!

    ReplyDelete
  8. Alahai...tak kot.
    Sabar ye lylie.. Allah sentiasa bersama mereka yg teraniaya.
    Harap2 ianya x jadi kenyataan...

    ReplyDelete