Tuesday, February 28, 2012

Pernikahan Bagi Anak Perempuan Tidak Sah Taraf.

Ada sesapa pernah menghadiri majlis pernikahan ini? Aku telah melaluinya sekali. Perasaan ketika itu, saat itu, sangat berdebar-debar. Aku sendiri sebagai tetamu yang rapat sangat rasa tidak selesa, berdebar-debar ternanti-nanti, apa yang akan dilafazkan oleh juru nikah nanti.




Adakah nama bapa yang diguna boleh disebut? Adakah nama Abdullah akan dijadikan sebagai pengganti, adakah orang ramai akan perasan tentang kejanggalan majlis itu nanti? adakah bakal pengantin dan keluarga akan dimalukan? macam-macam perkara berlegar dalam kepala. Aku sangat gementar ketika itu. Tangan aku sedikit menggigil..tingginya kebesaran Allah. Tak pernah aku melalui saat-saat itu. Rasa gementar meilhat orang disekeliling. Aku macam dapat merasai perasaan pengantin dan ibu bapa.




Bukan mudah untuk meneruskan majlis pernikahan. Pelbagai prosedur perlu diuruskan. Alhamdulliah, pelbagai rintangan telah ditempuhi oleh si pengantin dan akhir nya mereka diijabkabulkan dengan begitu sempurna. Islam itu indah!, Islam itu mudah. Aib orang dapat dipelihara, begitu hebatnya juru nikah itu, betapa mulianya hati juru nikah itu, betapa hebat nya setiap perkataan yang keluar dari mulut nya, hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikanya kelak.




Pernikahan itu diakhiri dengan linangan airmata. Ianya adalah airmata kegembiraan. Aku tidak pernah melihat ibu bapa kedua belah pihak menangis, kedua pengantin menangis, tetamu yang hadir menangis. Begitu bayak air mata syukur mengalir disaat itu. Aku sangat gembira. Tersangat gembira. Akhirnya Allah memberikan mereka peluang untuk berumahtangga. Allah itu maha adil. Anak yang tidak bersalah tidak akan menjadi mangsa dosa lepas ibu bapa. Setiap manusia diberi peluang merasai nikmat yang sama.




Harapan aku, tidak ada lagi anak-anak tidak sah taraf akan lahir lagi di muka bumi ini. Kesian mereka, terutamanya anak-anak perempuan. Aku telah melalui nya sekali. Aku harap aku tidak akan melaluinya lagi.

4 comments:

  1. erm..... camner yerk proses dia lie? x cerita pon..

    papepon semoga pasangan tu bahagia dengan keredhaanNya

    ReplyDelete
  2. belum pernah..kesian sgt kalau begitu..alhamdulillah Allah permudahkan bagi mereka

    ReplyDelete