Friday, February 17, 2012

Insurans

Keluarga aku, mak abah aku, sudah punya insurans sejak aku dari kecil. Masa tuh ramai orang belum celik pun tentang kepentingan insurans. Berbelas tahun yang lalu, abah aku dengan senang hati membuat potongan gaji untuk setiap insuran yang dicarum. Tidak ada bantahan, dengan setia mencarum setiap bulan.


Satu kesilapan abah aku selepas berbelas tahun, abah aku tidak pernah sekali pun menyemak atau memohon penyata untuk setiap insurans yang dicarum dan hanya percaya dengan slip gaji yang diperoleh setiap bulan, yakin sudah ada potongan untuk setiap insurans tanpa pernah tercicir sekali pun. Sepanjang hayat abah aku, sebagai manusia yang terlalu yakin diri nya dan keluarga yang disayangi telah dilindungi oleh 2 insurans, akhirnya 2 hari lepas abah aku mendapat khabar yang sangat mendukacitakan.


Abah aku tidak dapat membuat apa-apa tuntutan terhadap 2 insurans tersebut. Satu insurans abah diberitahu, beliau telah membuat semua pengeluaran pada 2 tahun yang lepas, dan insurans yang kedua pula, insurans itu telah dibatalkan kerana abah tidak membuat pembayaran selama 3 bulan. Dan yang paling teruk sekali, abah aku diberitahu bahawa emak aku tidak pernah dilindungi oleh insurans pun walhal setiap bulan potongan gaji telah dibuat.


Hati mana yang tidak sakit, hati mana yang tidak rasa sedih, selama berbelas tahun abah aku telah ditipu. Sakit nya hati aku, ye lah kan, simpanan hari tua mak abah aku telah ditipu macam tue aja. Sekarang nia abah aku sedang cuba memdapatkan hak nya semula, tapi dengan sikap redha mak abah aku tu, kalau mereka dah putus asa, aku yang akan sambung untuk perjuangkan hak mereka. Aku tak kira, kalau tiada apa-apa tuntutan yang diperoleh, aku dengan senang hati akan memgemukakan perkara tersebut kepada tribunal pengguna.


Aku harap sangat mak abah aku akan dapat hak mereka semula. Korang ada insurans tak? Anak-anak kita kebanyakan nya semua telah dilindungi oleh insurans kan. So, tanggungjawab kita untuk pastikan yang hak anak kita tidak akan diketepikan satu hari nanti. Aku pernah terkena, Abah aku mangsa kedua, aku harap sangat tidak ada lagi orang-orang yang teraniaya duk kerana terlalu percaya dengan insurans yang kita ada.

2 comments:

  1. maria jual insuran lylie..tp senior yg ajar kitrg bgtau kita jual insurans kena jg kepentingan org..br org senang dgn kita..bukan utk kita sj tp utk org lain jugak..so maria siapa yg jual insuran pttnya kena terangkan dan sentiasa follow up dgn org yg beli insurans dgn diorg kan..anyway mak maria pn sbnrnya pernah kena mcm ni gak..bayar tp xdpt claim..byk kali gk mak kena sbnrnya..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah akak sekeluarga ada insurans tapi dgn kes yg terjadi pada lylie n family nmpknyer kena lebey berhati2 utk tidak menjadi mangsa teraniaya oleh manusia2 yg suker mengambil kesempatan..

    ReplyDelete