Wednesday, August 15, 2012

Nak Raya!

Start esok mesti ramai da x update blog coz sibuk nk balik kampung dan buat persiapan raya  kan? Aku letuewww! tapi aku x balik kampung!  hihihi, gedik!

Kat ofis nie seronok je dengar cerita orang pasal balik kampung. Aku nie 29 tahun x merasa balik kampung. Ye la x de kampung kan! beraya je la kat Shah Alam. Bosan! Teringin nak feeling2 atas jalan balik raya berjam-jam dalam kereta, nak rasa macam mane situasi balik raya. Tapi memang x de rezeki, kawin pun ngan orang Shah Alam, rugi je!

Tapi kan punye lah bengong kitorang nie, rumah mak masing-masing selang satu roundabout pun boleh bergaduh nak raya rumah sape! hihihih. sengal betul. Boleh berbalah pasal malam raya nak duk umah sape, sampai raya ketiga punya giliran pun kitorang da bising. Memang kelakar.

Paling kesian sekali Iqmal la. adik beradik dia da la sikit, surely dia nk tolong mak dia, tapi aku nie ha! nama je adik beradik ramai, tapi da semua ade anak kecik-kecik sape la nak tolong mak, da taun nie pun kakak-kakak aku raya umah MIL memasing, lagi la x de orang nak tolong mak kat umah. Umah mak aku pulak, kalau nak berkemas ya Allah! sabar je lah. Memang kena spent 2 hari 2 malam la baru siap!

Persiapan raya aku ala kadar je, x de lebih-lebih sangat, insurans n roadtax kena renew bulan nie, tuh yang x beraya sakan sangat. Baju anak-anak pulak da beli sikit-skit dari awal, x de la terasa sangat duit abis. Beli sikit-sikit pun bila kira-kira balik da RM1K+++ aku abis. Gila betul! baru anak dua, kalau anak tiga mau pitam mak bile nak raya! nie pun main tahan nafsu je nie, kalau ikut hati mau habis semua duit gaji aku buat shoping. Nasib la ade komitmen lain, kalau tidak, aku kena puasa je lah lepas raya nanti.

Aku ngan Iqmal tak de persiapan raya sangat, ala kadar  je, semua untuk anak-anak, tapi aku kesian ngan Eryna, dier x de baju kurung pun di pagi raya. Ingatkan ari tuh x yah beli, bila da last minute, memang x de saiz la, lagi la nak cari saiz  setahun memang susah. Nak pakaikan baju alya, rasa kesian pulak, tapi aku da tak tau nak beli kat mane. Entah la, tengok lah nanti, akan diusahakan juga.

Setakat nie je la cerita tentang hari raya! jumpe di n3 selepas raya pulak ok!

Selamat hari Raya korang, Maaf Zahir Batin ok!




3 comments:

  1. selamat hari raya maaf zahir batin lylie.....

    erm, buatlah sistem giliran macam kami, laki aku pon keluarga kecik gak (sibling 3 org jek) tapi giliran raya tetap kena ikut..... x kira lah mak belah sana ada orang tolong kemas atau x kan (boleh jerk bersederhana kan), raya ketiga baru balik yang belah satu lagi..... janji kerukunan rumah tangga tu kena jaga..... tapi yang penting kena sama2 setuju..... k

    ReplyDelete
  2. oit...samew laa...roadtax kete aku pn kene renew bln ni..huhuhu...baju kurung budak,bersepah jew aku tgk..nak dengan xnak jew beli...

    ReplyDelete
  3. kitorg pn tak raya sgt sbb keta rosak aritu..anyway kita nak balik "kampung" tahun ni..raya kat KL..hehe..

    ReplyDelete