Thursday, August 2, 2012

RELIABLE.

Aku bukan tak suke, tapi otak aku lambat serap bab-bab bahasa nie. Dalam ramai-ramai adik beradik, aku sorang yang dapat 7 untuk subjek english time SPM. Memang bengap bab-bab english nie. Memang lambat nya la nak paham.

Tapi aku bersyukur juga, lepas SPM, masuk UITM, makin lama makin ade kemajuan, lama-lama aku makin faham, dan lama-lama aku makin bagus dari segi pemahaman dan pembacaan. Tapi kalau time bercakap aku masih gagal sampai sekarang. Masih x fasih dan masih ragu-ragu. Aku sampai sekarang pun masih mudah memahami keseluruhan ayat, daripada satu -satu perkataan.

Contoh nya macam tadi, aku ade discussion dengan bos pasal design dan pasal benda-benda berharga.
Tetiba bos keluarkan satu perkataan je.

Bos: Reliable x?

Dang! terus aku terdiam x tau nak jawab. Ceh tyme tuh pulak aku x boleh paham perkataan tuh.
Ape aku nak jawab eh. Iskh terus aku terdiam. Tapi aku bersyukur otak aku selalu berjalan bab-bab nak menjawab nie. Dengan muka blur-blur aku pun jawab.

aku: x tau la bos, depends pada diorang la!

Hahaha...nasib baik sesuai. padahal aku x tau pun maksud perkataan tuh. Keluar dari bilik bos aku terus buka kamus. Hihihihi, rupanya maksud perkataan RELIABLE = dapat dipercayai atau jujur.

Hhihih, pas nie mesti aku akan ingat perkataan nie sampai bila-bila.

Oh My English!

4 comments:

  1. seb baik jawapan sesuai..... haha

    ReplyDelete
  2. owh lylie..aku bab speaking pon ke laot. tp byk perkataan yg aku faham. so xde masalah sgt ah bab tu

    seb baek la ko jwb tu bersesuaian hehehe

    ReplyDelete
  3. kalau bhs pasar nya 'reliable = boleh caya/pakai tak?'

    marilah kita sama2 mengukuhkan ilmu lylie

    ReplyDelete
  4. Oh My English.. hahahaha.. ko ni memang klaka lah..

    ReplyDelete