Wednesday, July 3, 2013

Memori.

Sayang kita pada tuhan tidak akan sama dengan sayang kita sesama manusia.

Sayang kita sesama manusia juga tak kan sama dan pasti berbeza.

Kadang kadang kita mengharapkan sesuatu di luar jangkaan.

Kita cuba menyayangi, kita penuhi dengan rasa cinta, kita selalu mengharap untuk dikasihi semula. Kadang kadang kasih itu datang, kadang kala seperti tiada apa. Segalanya berlaku dalam bentuk yang tidak dijangka.

Bila kita rasa sunyi, kesedihan kita, air mata kita sentiasa akan kering dengan sendiri tanpa kita sedari.

Rasa itu, sayang itu, cinta itu pasti akan pergi. Bila kita tiada nanti mungkin ingatan itu menjadi pengganti, hanya sebagai memori.

No comments:

Post a Comment