Friday, January 11, 2013

Ehsan, Mei-mei dan Cikgu Jasmin.

Ramai da tahu kot,alya memang duduk dengan nenek sejak dari kecil. Alhamdulliah, walaupun duduk rumah nenek, Alya masih bijak seperti kanak-kanak lain yang bersekolah atau duduk di taska. Pandai menyanyi, pandai abc, pandai mengira, pandai baca doa makan, hampir2 menghafal doa lepas azan, dan banyak lagi perkara yang boleh Alya hafal walaupun belum mencecah umur 3 tahun.

Memandangkan 15hb Januari alya akan menganjak ke umur 3 tahun, dan setiap hari Alya akan merengek2 minta ke sekolah aku pun daftar kan Alya ke CIC untuk sesi orientasi.

Untuk hari pertama memang Alya gembira la sangat, coz aku yang hantar sendiri. Esoknya drama pun bermula, bila iqmal yang anta, mula lah dia menangis, x nak pergi sekolah, mengantuk dan bermacam-macam alasan. Hari ketiga, lagi banyak ragam. Memang iqmal tak boleh nak handle sendiri. Masuk hari ke empat kot, alya da mula x nak bersiap, menangis nak pegi rumah nenek, mengantuk la, tapi iqmal stiil jugak hantar ke sekolah. Masa balik je sekolah alya terus demam, malam tue pulak diserang athma...dekat seminggu alya x sihat. Akhirnya percubaan untuk Alya kesekolah terkubur begitu sahaja.

Aku tak la kecewa sangat kot, coz Alya sendiri yang nak ke sekolah. Disebabkan masalah kesihatan dia, aku pun da give up nak anta dia kat sekolah. Tunggu la tahun depan pulak! kita cuba lagi sekali.

Yang klaka nye, habis je persekolahan dihari pertama alya pun bercerita macam-macam perkara. dan semua  nya seronok-seronok belaka. Tapi tetiba keluar dua ayat yang memang buat aku terdiam!

Alya: "Mama! kat sekolah..Ehsan dengan Mei-mei x de pun. Cikgu Jasmin pun cuti!"

Dang!

bila aku fikir-fikir balik rupanya dia nak cari cikgu jasmin dan kawan-kawan dalam upin-ipin rupanya. Memang la tak de. Kesian anak aku.

Tue la akibat tengok upin-ipin hari-hari.


9 comments:

  1. Hahaha
    Kelakar lah Alya!

    Lylie, dulu Alia pun mcm tu, nangis2 bg mcm2 alasan bila nak pergi sekolah. Sekarang dah jumpa tadika yg sesuai dgn juwa dia agaknya, hari2 kejut mandi pagi pun masih sengih2. Wpun ada hari dia komplen tak nak pergi sekolah, tetap smpai sekolah dgn muka happy wout cranky. Maybe jiwa Alya tak sesuai lagi kat skool tu, atau Alya tak biasa sbb lama duduk dgn nenek.

    Boleh cuba lagi. Tak this yr, next year pun blh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rase pun nak cuba lagi..coz alya x pandai bersosial, tak pandai sharing. Kena tabah lebih la pas nie.

      Delete
  2. hahaha... kelakar lah. Kite pon ingat nak masukkan auf school this year tapi nak beranak la pulak kan. so tggu je lah tahun depan. hehe

    ReplyDelete
  3. erm, x per, baru 3 tahun. next year boleh lagi... biasa memula memang lah nagis x mor sekolah sebab x biasa kan, tapi lama2 ok lah tu..... anak kawan aku yang dah masuk TASKA setahun pon, bila tahun baru nak masuk TADIKA dia menangis apatah lagi alya yang baru nak kenal dunia berkawan... sabar n kena tabah kan hati... good luck for next year... hehe

    ReplyDelete
  4. hahahahahahahaha ini mmg lawak.

    Kite rasa sbb tu la Alya tanak pi skool lagi kot, Lylie. Sbb dia rasa mcm tertipu. Dia mesti dok terbayang skool tu mcm dlm citer Upin Ipin tu, sekali jangkaan dia melesettt! :p

    Alfiy pun sama, kalau tanya depan teacher dia,
    "esok nak skool tak?" sipu-sipu malu je tanak jawab.

    Bila tanya kat rumah, terus jawab,
    "anakkkk! anakk skool! anak skool!"

    ciss.

    ReplyDelete
  5. Hihihiii...comel jew alya ckp gitu..bijak2..pengaruh upin ipin dh meresap dlm diri anak2 kita kan..cth mcm anak sepupu umur 3 thn sgt berani pergi dentist ok..sbb dia ckp sama mcm upin ipin jumpa doktor gigi..

    Takper alya tak go school pun dah bijak kan..hugs..

    ReplyDelete
  6. alya comel mcm2 alasan ye. hehehe

    raina pun ingatnak masukkan dis year tp dia masih tak berjaya potty train so InsyaAllah tahun depanlah masukkan Raina sekolah

    ReplyDelete
  7. hehe...comelnya alya.

    xpe,awal2 je tu nanti dah biasa mesti dia akan ok

    ReplyDelete