Tuesday, January 15, 2013

Untuk Alya

Alya,
Bile mama tengok semua gambar-gambar alya mama rasa sedih. 
Cepat nya anak mama membesar.
Kehadiran Alya adalah sesuatu yang paling gembira dalam hidup mama. 
Tak dapat mama bayangkan kegembiraan dan kebahgiaan di saat kehadiran Alya. 
Dengan kepetahan dan setiap ragam Alya bukan mama sorang, malah seluruh ahli keluarga sayang kan Alya.

Mak long kata Alya mengada-ngada, nenek siti kata alya ciwek, Acu kata alya nakal, biar apa pun orang kata, mama tetap sayang Alya.
Biar anak mama suka menangis siang malam, biarpun anak mama minta berdukung walau sudah menjadi kakak, mama tetap sabar dan akan berikan Alya sepenuh perhatian. 
Atuk n Papa selalu cakap mama manjakan Alya sangat, bagi mama anak perempuan mestilah kena manja, kena belai-belai, takkan nak kena pukul n nak kena marah-marah hari-hari. 

Bila semakin Alya besar, Alya da pandai merajuk dan pandai memujuk. 
Bila mama menangis Alya yang tolong lap kan airmata mama. 
Bila mama sedih Alya datang dekat mama, peluk cium mama supaya mama senyum kembali. 
Alya pandai ambil hati mama. Alya x pernah makan sendiri sentiasa nak mama temankan. 
Alya tidur nak mama tepuk, alya suka bila mama menyanyi dan berzikir, tak pernah bosan walau sehari. Walaupun suara mama x sesedap mana, itulah hiburan kegemaran Alya sejak dari dalam rahim.

Alya, jadilah anak yang sempurna hendaknya.
Mama sayangkan Alya dengan sepenuh hati. 
Maafkan mama jika mama ada sakitkan Alya, marah Alya  atau terpukul Alya. 

Semoga Alya gembira dan bahagia selamanya.
Mama sayang Alya dunia dan Akhirat, Alya puteri kesayangan mama, pengarang jantung hati mama, pengubat duka lara mama. Semoga anak mama  membesar menjadi wanita yang sempurna.

Selamat hari lahir yang ke-3 untuk Alya.







Anak mama yang semakin cantik dan membesar!

5 comments:

  1. Happy 3rd Birthday Alya Sofea
    Moga jadi anak solehah dan yg menyenangkan mama & papa
    In sha Allah
    :)

    ReplyDelete
  2. makin cantik la Alya ni..sweet aje mcm ibu dia jugak ^^

    happy 3rd year sayang. jadi anak yg baik okay!

    lamanya x jumpe awak...uhuhu

    ReplyDelete
  3. happy birthday alya. jadi anak yang solehah.
    sekejap je kan anak2 kita dah besar kan lylie.

    ReplyDelete
  4. Bila senyum, sama macam Mama!

    Happy birthday Alya! *hugssss*

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir alya syg..jap jew dah besar nak dara lylie nie..semakin cun melecun taw..semoga membesar menjadi kebanggaan mama n papa yer..

    terharu biler bc n3 lylie nie..luahan rasa seikhlas hati seorang mama..

    ReplyDelete