Thursday, January 10, 2013

BAHAN GURAUAN

Dalam dunia nie  benda-benda yang boleh di buat bahan jenaka memang banyak. Kalau kita layan maharaja lawak pun, benda gurau yang paling banyak diorang buat, tiru gaya orang, mengajuk orang, mengata orang dan itu lah realiti. Selalu kekurangan seseorang terutamanya, kita akan jadikan bahan jenaka yang paling sensasi. Sekali dua bila kita dengar memang rasa klaka, sampai pecah-pecah perut kita gelak. Ye la kan bukan kena batang hidung kita, cuba kena batang hidung kita mesti kita sentap. Kalau kena part kita, sekali dua,. tiga empat kali memang kita admit yang benda tue cuma gurau. Bila da setiap hari, setiap masa, macam kena hina pun ade kan? Tipu kalau sesiapa pun tak terasa kalau asyik dijadikan bahan gurauan.

Dulu kat sekolah ade sorang budak, hitam sangat, gemuk pulak tue. Kesian sangat, bila tyme sekolah, dugong pulak tengah glamor, semua orang panggil dia mie dugong. Semata-mata sebab rupa fizikal dia. Sume orang terutamanya rakan-rakan rapat dia mesti akan jadikan dia bahan lawak dan selalu dikaitkan dengan dugong. Mase belajar ade sorang minah nie, tak ingat  nama, jalan memang semacam, rupa bentuk posture kaki dia pun lain sangat, ramai pangil dia kaki retot. 

Kat tempat kerja aku pulak ade orang yang banyak sangat bulu. Pun dijadikan bahan lawak. Tak baik kan? Bukan diaorang minta dilahirkan macam tue. Tipu la kalau aku pun x pernah terbabit. Tapi aku cuba tak nak terbabit da benda-benda macam nie. 

Lagi satu yang aku perasan, da macam budaya kot kita suka bagi gelaran kat orang kan? contoh nya org tue jawa, kita pangil dia mat jawa. Bila orang tue macam sewel2 sikit perangai dia kita panggil dia mentol. Bila orang tue gemuk kita pangil dia Mok! Bila orang tue bergaya sentiasa kita panggil pulak dia YB. Macam-macam. Aku paling tak suka part nie. Dari dulu. Tolong lah jangan buat orang lain macam tue,. Kalau kena kat kita, anak-anak kita, kesian sangat. Bukan dia yang mintak jadi cam tue kot.

Entry pertama di tahun baru. Azam tahun baru mesti ramai yang nak berubah jadi lebih baik kan? Kita sama-sama sedang belajar. Belajar untuk berubah. Perkara pertama yang aku rase kita perlu ubah adalah berhenti merungut dan berhenti menghina.

Coz contoh-contoh kat atas tue makin kerap kita buat makin teruk jadinya. Lama-lama ia akan jadi salah satu bentuk penghinaan.

Selamat Berubah!


6 comments:

  1. Agree!
    Kalau kita yang dengar pun rasa sakit hati, apa lagi orang yg dipanggil dgn gelaran mcm tu. Sedih!

    ReplyDelete
  2. kalu kita sebut tu adalah satu doa... moga kita sama2 perbaiki diri yerk...

    mana pic... dah lama x tepek pic alya n especially ryna kat sini kan...

    ReplyDelete
  3. whooaaaaa entry Lylie ni bagi kite idea nak tulis satu entri pasal orang Jawa la. Maklumlah, ai kan anak jati Jawa. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. xeea..lylie pun jawa jugak. tp disebabkan abah kawin ngan mak orang melayu, n da duduk s.alam dari kecik..memang x reti cakap jawa.

      ok.. up sikit n3 mesti best!

      Delete