Kadang kadang kita sudah ada tindakan luar biasa dan mungkin menjadi kejayaan dalam hidup kita. Tindakan luar biasa tidak semestinya menjadi kan tindakan kita itu tepat sebaiknya
Kebanyakan kegagalan masa lalu bukan lah sesuatu yang dirancang. Sama ada ia berlaku kerana tiada perancangan atau pun ianya berlaku kerana tiada tindakan susulan terhadap perancangan. Kebanyakan perkara yang dirancang di biarkan begitu sahaja kerana putus asa atau tiada lagi sokongan terhadap perancangan yang dibuat.
Ape perlunya hidup jika merancang untuk gagal. Sebagai manusia yang berpendidikan, berfikiran rasional dan mempunyai nilai diri yang tinggi, bagi aku merancang untuk gagal adalah benda terakhir yang perlu kita fikirkan. Usaha lah. walau sedikit sekurang kurang nya kita buktikan yang kita ada usaha. walau bodoh di mata 10 orang mungkin baik untuk seseorang. Menilai sesuatu dengan keterlaluan, berfikir lebih banyak lebih dari tindakan, negatif untuk semua perkara dalam kehidupan belum pasti dapat menjadi kan kita lebih baik dari orang lain. Ape yang kita fikirkan betul tidak semesti nya betul untuk orang lain jugak.
Usahalah selagi mampu. Jika di akhir cerita nanti, gagal juga milik kita, mungkin benda yang paling asas iaitu berbalik kepada Maha Mengetahui, bukan lagi priority selama ini.
No comments:
Post a Comment