Monday, November 24, 2014
Berhenti membuat perbandingan.
jangan nak stress sangat. bila kita rasa ape yang kita ada tak cukup baik. tenung diri balik, kita pun tak sempurna, In Shaa Allah, ade sikit ruang walau tak banyak, mesti ade sikit keinsafan.
Berkali kali aku tengok cermin, banyak tu jugak aku rasa tak kena. aku rasa pipi aku tembam sangat, hidung aku tak cukup mancung, lengan besar, perut berlipat, punggung aku tak cukup tonggek, kulit tak flawless mata tak cukup coklat, gigi tak cukup putih.
Tapi, bila hari hari kita hadap cermin, lama lama semua imej buruk tu jadi positif, bukan kita da perasan kita cantik , tapi dia da jadi benda biasa yang kita tak kisahkan lagi. Bila da jadi rutin, da tengok hari hari, otak kita da berenti bertanggapan negatif. Macam tu jugak kehidupan, orang keliling dan pasangan. Ade kita bandingkan muka kita dengan fazura? tak kan? so jgn banding kan sesuatu dengan perkara tak logik. Jadi rasional. Jangan terlalu bandingkan sesuatu yang melampau. Nak hati tenang, banyak yang kita kena buang.
Monday, November 3, 2014
HARI BARU
Hidup bukan pertandingan. Biarlah orang nak sampai dulu.
Jangan nak sedih sangat. Wajib sedih kalau tak usaha. tapi kalau asyik berduka, mane nak dapat hasilnya. kuatkan semangat, usaha, dan bertabahlah.
Allah kan da janjikan pelangi selepas hujan. Gembira lah, walau cuma seminit dua.
Friday, October 31, 2014
Tidak Rasional Untuk Sesiapa.
"Kebarangkalian untuk seseorang itu mati kerana patah hati masih ada walaupun patah hati itu bukan lah sejenis penyakit."
Wednesday, July 2, 2014
Ramadhan 2014.
Friday, June 13, 2014
Dua Cinta.
Thursday, June 12, 2014
Satu Masa.
Kita rasa kecewa dengan sesuatu.
Kita cuba bangun, tapi kita masih kecewa lagi.
Sampai satu tahap, kita lari dari kebiasaan, kita kejar sesuatu yang berbeza.
Sampai tahap itu, rupanya kita masih kecewa lagi. Kita bangun lagi sekali, dan kita cuba cari lagi.
Tapi akhirnya kita sedar ape yang kita cari, sesuatu yang memang tak pasti.
Mahu tinggal sudah jadi kebiasaan. Dalam keterpaksaan, kita teruskan walau pahit untuk kita telan.
Wednesday, February 5, 2014
Astrocytoma (Kanser Otak) Kisah 1
Wednesday, August 21, 2013
SARCASTIC
Wednesday, July 31, 2013
Saturday, July 20, 2013
Untuk renungan dan ingatan.
Kisah dikongsi dari seorang sahabat yang tinggal dikejiranan sama dengan ibu mangsa.
Sekadar berkongsi cerita benar yg berlaku...
Tadi ada berita sedih ttg guru di SMK USJ4, krn kematian anak yg baru berumur 2 tahun.. Sbb kematian ini berlaku dlm keadaan yg menyayat hati...
Alkisah cerita ni berlaku ptg semlm. Cuaca semlm area subang jaya ni cerah, dan matahari panas smpai ke petang.
Alkisahnya, Si cikgu ni mengajar di sesi ptg. Oleh krn ada mesyuarat e-hrmis dan e- apa-apa lagi tu, cikgu ni keluar awal drp biasa krn perlu hadiri meeting. Suami cikgu ni outstation, maka mmglah kelam kabut.
Cikgu ni angkat anak yg msh tidur, ke kereta. Anak kecil itu dibaringkan di tmpt duduk belakang. Anak itu biasanya akan dihantar ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah.
Malangnya, entah macamana, sbb kepala dok ingat ttg kerja-kerja di sekolah, dan meeting yg akan dihadiri, cikgu ni tadi terlupa nak hntar anak dia ke tmpt pengasuh spt sepatutnya.
Smpai saja di sekolah, cikgu tu lupakan anak dia masih di dalam kereta. Dia matikan enjin dan kunci kereta, terus tinggalkan anak di dalam kereta sndiri.. Bayangkan anak itu ditinggalkan pd cuaca panas , dan tidak buka tingkap. Apa yg akan terjadi??
Tapi, yg sedihnya Cikgu tu terus lupa anaknya yg masih dlm kereta, dan dia teruskan kerja spt biasa.
Sehingga ke ptg jam 5 lebih masa nak balik, cikgu tu terus ke kereta. Terkejut, tgk anaknya ada dalam kereta. Baru dia teringat, dia lupa hntar anak ke rumah pengasuh. Tapi, yg lbh menyayat hati, anaknya ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Bajunya dikoyak-koyak mungkin sbb kepanasan. Sudah terkencing dan terberak. Teddy bear yg dipegangnya pun basah kuyup sbb peluh dan air mata..
Masya-Allah, siapa sangka anak kecil itu mengakhiri nyawanya sebegitu krn kecuaian ibu sndiri.
Tadi ada kwn-kwn sekolah yg pergi ziarah sbb kebetulan cikgu ni tinggal di kuarters guru. Ramailah kwn sekolah yg kenal sbb mrk berjiran. Cikgu tu menangis dan salahkan diri sndiri... Sedih
*** Cuai da abai lain. Ibu nie tak abaikan anak dia. Dia cuma cuai. Cuai yang sampai tahap x boleh nak terima. Cuai bab anak banyak da terjadi. Sedih sangat. Sedih mengenangkan keadaan anak tue masa kejadian n keadaan ibu tue sekarang. Moga moga ibu tue kuat. In sha allah.