Friday, January 13, 2012

Alya Sofea 2 tahun.

Alhamdullillah. 2 hari lagi iaitu 15 hb januari nanti umur Alya akan menjangkau ke angka 2 tahun. Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan kami sebutir permata yang tidak ternilai dalam hidup kami. Segala penat lelah, suka duka, jatuh bangun membesarkan Alya sejak dari bayi menjadi kenangan terindah untuk kami sekeluarga.



Belumpun mencecah umur 2 tahun alya sudah mempunyai seorang adik yang juga cinta hati kami. Walaupun masih kecil, Alya sangat-sangat menyayangi adik Eryna dengan sepenuh hati. Tidak ade kes penderaan yang dilakukan oleh Alya terhadap adik nye sendiri.





N3 kali nie jangan ade yang termuntah sudah la kan. Aku ingin sekali berkongsi perkembangan Alya di blog ini sebagai kenangan di masa kan datang. Alhamdulliah, belum pun berumur 2 tahun Alya sudah pandai mengira, sudah menghafal ABC, sudah belajar mengenal Alif Ba Ta, sudah pandai menghafal lagu, sudah pandai mengenal beberapa jenis warna, dan binatang, mengenal kebanyakan jenis kenderaan dan banyak lagi benda yang kita tak jangka pn. Ramai yang kata Alya fast learner. Entahlah, bukan lah niat untuk membanggakan anak sendiri, tapi aku bersyukur sangat dengan ape yang Alya dapat capai sebelum umur 2 tahun. Bagi org lain ape la sangat yang Alya mampu, sebab ade kanak-kanak yang boleh membaca dan menulis sebelum umur 3 tahun. Kalau mcm tue aku memang akan bangga dengan anak sendiri. Hiihihihih.. Sekarang nie alya sedang belajar mewarna dan menulis tau. Sampai penat nk layan mewarna dan menulis setiap malam.


Menjengah ke usia 2 tahun, gigi Alya sudah tumbuh sepenuhnya iaitu 20 batang. Tidak seperti kanak-kanak lain, alya baru sahaja belajar-belajar untuk makan nasi bagi menggantikan makanan harian Alya, iaitu bubur. Menu utama Alya setiap hari adalah sup ikan merah, sup ayam, sup sayur, ikan goreng dan ayam goreng. Selain dari tu Alya juga gemarkan kentang goreng dan nuget serta pelbagai jenis mee. Selain scott emulsion, Alya tidak mengambil ape-ape menu tambahan setiap hari. Alya juga masih belum di ajar untuk minum milo atau pelbagai air lain selain dari vitagen, air kosong dan susu. Alya juga masih belum didedahkan dengan segala makanan ringan.


Kesian Alya, Alya masih belum pandai main game seperti ramai kanak-kanak lain zaman sekarang. Dari segi itu mungkin Alya akan ketinggalan jauh sangat. Alya tidak didedahkan dengan segala mak nenek gadget yang canggih manggih yang ade di pasaran. Bukan aku x nak dedahkan, dan bukan aku x kesian bila kadang-kadang Alya mintak kat aku hset canggih-canggih seperti sepupu-sepupu dia ada, tapi aku x tergamak nak bagi, takut Alya jadi terlalu leka. Alya juga hanya menghadap Upin-Ipin sebagai hiburan. Selain dari itu hiburan alya adalah video-video ABC, Iqra', lagu kanak-kanak dan juga nasyid kanak-kanak. Kebanyakan masa-masa Alya hanya menghadap buku-buku, pen dan kertas. Segala mainan yang sedia ada jarang-jarang sekali diusik.


Alya pandai sangat bercakap sekarang, ape yang kite sebut Alya cepat sangat akan ingat. Tue la yang menjadi kerisauan kepada kami sekeluarga. Kena berhati-hati apabila bertutur, cakap benda-benda yang elok sentiasa. Alya sangat pembersih okey. Sebijik macam perangai Iqmal. Baju basah sedikit, tyme tuh juga minta ditukar, seluar kotor pn minta diganti, pampers sudah berat dan penuh Alya sendiri terkedek-kedek minta ditukar. Banyak benda yang memudahkan kami. Sifat cerewet Alya kadang-kala memeningkan kepala kami juga.

Ada lagi x yang aku nk share kt sini. Rasenye setakat nie je la cerita-cerita tentang Alya , lain n3 kite kongsi lagi ok. Okey, saja nak share antara gambar-gambar alya dari umur 1 bulan hingga la mencecah 2 tahun. Kualiti gambar memang hampeh ye. Kira okey la kan dari x de.

Hapy birthday Alya, mama sayang Alya sangat.
















6 comments:

  1. alahamdulillah perkembangan alya sgt cepat..abg danish pun x reti mengira taw..dia hanya tau one ngan two jew..haha..yg selebihnyer main car, train, ball n segala mak nenek permain budak2 laki..aduss fenin pala aunty taw alya..x mcm alya..alya good gurl..

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulillah..dianugerahkn anak yg fast learning.. :)

    ReplyDelete
  3. dah besar dah alya.... bijak! nanti kita playdate lagi nak lylie. bawak budak2 tu. :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hepi 2 years alya =)

    jadi anak yg bijak & solehah ok!

    from anT & Naurah

    ReplyDelete
  6. wah!! alya dah nak 2 tahun...

    happy 2nd birthday in advance ALYA!!!!!
    moga membesar bagai johan (bukan uncle johan tau, hehe) n jangan jemu untuk ikut kata mama n papa,
    semua tu untuk kebaikkan Alya tau... k
    be good n sweet gurl ye sayang...
    mmuahh

    ReplyDelete