Friday, January 6, 2012

Corset.

Sejak aku melahirkan alya, badan aku tidak fit seperti dahulu. Sejak dari itu mulalah aku mencari alternatif untuk menutup segala kekurangan segala muffin-muffin yang sedia terbentuk terutama di sekitar perut dan punggung. Aku sendiri rase tidak selesa bile terasa segala lemak bergoyang-goyang disekitar badan. hahahahahaha.


Bermula dgn girdle, ditambah pula dengan waist nipper dan akhir sekali mengguna kan long bra semuanya telah aku pakai. Daripada semurah-murah produk yakni dari brand skiva, audrey hingga lah kepada premium beautiful (PB) semuanya aku da cuba dan aku dah beli. Rasenye dlm simpanan aku lebih kurang ade 7 pcs pakaian-pakaian alternatif nie.


Memang gila nak nampak solid kn?


Dan setiap material pasti berbeza. Setakat yang aku cuba PB adalah material yang pasti selesa. Selesa x beerti mempunyai segala mak nenek kebaikan seperti Infra Red la, boleh menghilang kn keputihan la, boleh mendapatkan anak la. Bagi aku itu sume adalah dusta belaka. Aku beli cuma nk cari material yang paling selesa bukan untuk medapatkan segala mak nenek pembohongan yang ramai war-war kn.


Corset bukan untuk kurus ok. Corset hanya boleh menjadikan kite nampak kurus. Bila buka Corset semuanya akan kembali kepada bentuk asal. Sepanjang aku pakai corset aku x nampak bab mane yang corset boleh menjadikan kita kurus. Untuk menjadi kurus bukan semata-mata dengan pemakaian corset, diet yang seimbang dan senaman yang konsisten perlu berjalan seiring.



Kalau sesiapa duk cite mcm-mcm kebaikan pasal corset, terserah lah untuk percaya atau tidak. Search kt google pun mcm-mcm benda kite boleh jumpe. Kita semua adalah penguna yang bijak dan pilihan sentiasa di tangan kita sendiri. Tapi bila makin ramai kawan-kawan terjebak dan terpengaruh dengan benda-benda rekaan nie rase kesian la pulak.



5 comments:

  1. yesss...itu hanyalah mitos semata2..mereka2 nk kaut keuntungan..corset ini hanya membantu badan nmpk terletak dan segak..selain drp tu, corset bukan utk kurus, tp sedikit membantu mengawal pemakanan kita..

    ReplyDelete
  2. Sue: kn...badan nampak terletak dan segak itu lylie setuju 200%

    ReplyDelete
  3. erm... x penah lak pakai mende2 tu sume.. so no komen...
    hehe boleh x?

    ReplyDelete
  4. siryes kite setuju lylie psl pb tu. xde effect pon kalo kite makan mcm biasa. tetap kena diet jugak. hampehhhh. ingt nk kurus ade jln pintas. rupanya bohong belaka

    ReplyDelete
  5. Assalam lylieqmal,
    Gagal pasti ada sebab, yg berjaya pasti ada cara.
    Ada dua sebab sahaja yg menggagalkan oemakain pb--
    1) pemakaian yg tidak konsisten
    2) kesilapan size.

    Sebagaipengguna tegar pb sejak setahun lalu, bole saya tahu, cik lylie pakai secara konsisten kah? Bermakna 8jam sehari, 7 hari seminggu? Jika jawapannya YA, sudilah kiranya berjumpa dgn saya personally utk saya selidiki, apa yg tak kena.

    Jika hanya pakai secara suka2, pakai bila perlu, jawapannya mmg tidak akan dapat kesan spt yg kita kehendaki. Bermakna, hanya dapat manfaat pakai sahaja, tanpa dapat kesan yg sepatutnya. Jika kita menyimpan lemak selama 30tahun, tak mungkin ia akan hilang hanya dlm tempoh 2-3bulan, tentu sekali memerlukan masa.

    Saya setuju jika dikatakan pb bukan corset, tapi pakaian dalam. Sebab kita tukarkan pemakaian baju dalam biasa kpd pb.

    Seorang hamba Allah yg baik, tidak sesekali mengaibkan seseorang hamba allah yg lain. Maaf, sekadar perkongsian tulus dari hati saya.

    Nazira aziz
    www.naziraaziz.com
    0192955996

    ReplyDelete