Thursday, January 12, 2012

Sayang.

Dulu kita kawan.
Bertahun-tahun lamanya.
Cinta yang datang silih berganti, Kau tetap disisi.
Kau setia menanti, dan akhirnya kita berjanji sehidup dan semati.

Ribut datang menggangu perasaan.
Seribu satu halangan, mengugat kesabaran.
Kadangkala kita tidak sehaluan, dan kadangkala kita berjauhan.

Sayang,
walau apa pun rintangan, kau masih menjadi pujaan.
Biarpun seribu badai datang mengugat kasih sayang, aku akan tetap utuh menyayangi dan mencintai kau sepenuh hati.

Sayang,
walaupun kau sentiasa dihati, tapi kau adalah satu memori.
Seribu kepayahan yang kau cuba selami, aku akan sentiasa setia semati bersama orang yang paling kucintai.

Itu aku pasti.

2 comments:

  1. indahnya nukilan hati..
    moga kalian terus bahagia selamnya

    ReplyDelete
  2. erm..... agak2 iqmal baca x poem ni yerk?.....
    so sweet.....

    ReplyDelete