Tuesday, January 31, 2012

3 tahun.

Hari nie genap 3 tahun perkahwinan kami, manis nya perkahwinan masih terasa walaupun banyak rintangan dan dugaan yang datang.


Tiada apa yang ku harapkan melainkan kasih sayang kami akan kekal, anak-anak akan dibesarkan dengan sempurna, rezeki makin bertambah dan kehidupan kami sekeluarga sentiasa diberkati dari Allah.


Susahnya kami sekeluarga, beratnya dugaan kami, gembiranya kehidupan kami, senangnya kami anak beranak, ianya hanyalah sekelumit rasa-rasa cinta dan ujian yang diberikan oleh Allah dan ianya akan sentiasa dijadikan kekuatan untuk kami meneruskan hidup di hari yang mendatang. Segala yang terjadi akan dijadikan sandaran dan harapan bahawa pelangi indah akan sentiasa mengiringi kami sekeluarga hingga ke akhir hayat.





Moge kegembiraan ini akan sentiasa menjadi ingatan kita sebagai jaminan kepada kehidupan yang lebih bahagia.





****Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang ke-3 Sayang, Moga kasih sayang kita akan semakin kuat hingga akhir hayat.

2 comments:

  1. happy anniversary darl..may Allah bring a happiness till d end of ur life with ur hubby n family..semoga kekal hingga ke syurga firdausi..insyaAllah..amin

    ReplyDelete