Monday, December 31, 2012

Sambutan tahun baru.

Masa muda belia, zaman sekolah sampai la kat universiti, setiap kali malam tahun baru kot mesti dah plan mane nk pegi kan? Mase sekolah, x yah pegi jejauh, g dataran shah alam pun da ok nak tengok bunga api je pun. Parking kete punye la jauh, menapak berbatu-batu pun x pe, janji dapat huhahuha dengan kawan-kawan.

Bila da besar sikit, masa SPM dan pandai g KLCC, pas sekolah belaja-belaja pulak lepak naik Genting, celebrate kat area The Curve, lepak sunway n bile da keje, Putrajaya pulak jadi destinasi pilihan. Mase kat UITM kakak2 satu bilik sume da start g clubbing. Aku name je org town tapi clubbing pun x jejak. Room mate lain sume asal dari kedah, perlis, kelantan tp sume up to date abis la tyme tue.Malam tahun baru atau tyme merdeka sume bukan main lagi siap berskirt pendek, bile nk balik kampung mak aih! punye la sopan, siap pakai tudung bagai. Mane la kakak2 tue sekarang kn? rindu gk kat diorang!

Aku ngan kawan-kawan yang rata-rata sume asal shah alam x la bersosial sangat pun. Ktorang nie sume belum kena kejutan budaya..ececeh...perasan habis. Jahat sikit-sikit je tyme tuh. hihihihi.. Mase tyme aku tue pun ramai da anak dara yang rosak tyme malam tahun baru ape lagi lah pada zaman akan datang kan? Kalau lah nak cerita pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan betapa rosaknya malam tahun baru memang panjang berjela la n3 aku nie nanti. 

Sekarang nie aku da ade 2 anak perempuan, bile diorang da besar n da pandai nak mintak keluar tuk celebrate new year mesti aku risau tyme tue. Takut nye nak hadapi masa hadapan!

Moge anak-anak aku sentiasa dalam lindungan Illahi.




Tuesday, December 11, 2012

KAHWIN & ANAK

Hari nie aku kat  terengganu lagi. Outstation lagi 2 3 hari...tinggalkan anak dan suami.
Minggu depan ke kelantan pulak.

Kesian anak-anak. Kesian suami. Nasib baik suami dan mak abah memahami. 

Dulu masa aku bujang, outstation benda yang paling best dan benda yang paling aku tunggu. Pegi masuk kampung keluar kampung, tengok tempat orang, makan bawah pokok, tepi laut, celah-celah rumah, sume aku da rase. Untuk orang yang x de kampung macam aku, memang pengalaman yang berharga.

Bila dah kawin, sejak beranak dua, outsation benda paling berat yang aku kena buat, disebabkan kerja, gagahkan lah jugak diri, kalau boleh elak memang aku elak. Bukan aku tak suke, tapi aku kesian ngan anak-anak, dedua kecik lagi. Perkara paling x best, bile dah berjauhan, Alya pulak da pandai cakap  dia akan telefon dan tanye bile mama nak balik.

Alya: Mama balik kul bape?
aku: Mama x balik, mama kerja! besok mama balik.
Alya: Ye ke...sian alya....sape nak kawan alya?
mama: Papa kan ade...
Alya: Dengan nada sedih.   Alya nak mama!...

Setiap kali itulah kesedihan yang perlu aku tanggung. Akan datang, ryna pulak pandai bercakap, makin berkecai-kecai la hati aku setiap kali tinggalkan diorang.

Itu baru pasal aku kesiankan anak, belum pasal iqmal lagi. Kadang-kadang aku kesian ngan iqmal, kerap sangat kena tinggal. Kalau aku kahwin dengan orang lain, entah siapa lah yang akan tahan dengan cara kerja aku sekarang nie. Masa belum kahwin, aku rase banyak sangat dosa yang aku dah buat. Kelaur berdua, pegang tangan, tengok wayang, merewang sampai pagi. Untuk mengelaakan lagi banyak dosa baik aku kahwin.

Tapi bila dah kahwin, lagi banyak kot dosa yang kita tak sedar. melawan kata suami jangan kata, berkali-kali.

Entah lah, sedih gak rasa. Kesian iqmal..

Mintak maaf yea yang, orang sayang yang sangat...terima kasih coz banyak sangat bersabar ngan orang n banyak jagakan anak-anak. Terima kasih coz bangun setiap malam buatkan susu. Terima kasih sebab sudi layan kerenah orang. Terima kasih sangat. Orang sayang yang....

Monday, December 3, 2012

Rezeki.


 
Bila kita kerja makan gaji, gaji yang kita dapat setiap bulan itu dikatakan rezeki. Bersyukur dengan apa yang ada, berdikit-dikit berbelanja, berjimat-jimat hingga gaji bulan depan pulak tiba. Kadang-kadang Allah bagi kite rezeki lebih dengan pelbagai cara.
 
 Antara kita sedar atau tidak je, rezeki tue Allah akan turunkan dalam bentuk yang berbeza-beza. Rezeki  anak, dapat kerja baru, kenaikan pangkat, menang cabutan bertuah, menang pertandingan gores dan menang dan dapat makan free kawan belanja waima dapat seketul gula-gula pun dikatakan rezeki juga.
 
Kadang-kadang bila rezeki tue da depan mata, bila-bila Allah boleh tarik semula. Kadang-kadang bertahun-tahun kita menyimpan duit untuk buat benda lain, akhirnya Allah  uji kita dengan benda lain yang perlu diutamakan. Bertahun-tahun kita simpan niat nak kawin, akhirnya awek yang dicintai kahwin dengan orang lain.. Hihihihi...contoh je....
 
Macam tue jugak aku, ade rezeki terlebih balik Vienna, dapat la beli hset baru. Baru pakai sebulan kot, akhir nya berderai kat depan mata. Macam nak nangis pun ade. Tapi x pe..aku kan tabah! Hahahah. Minggu lepas baru dapat check clear advance TNT RM 750.00, baru ingat nak shopping benda lain, da  x de rezeki aku. Duit tue sume hantar kat kedai phone je la. Nasib baik la Alya yang pecahkan hset aku, kalau Iqmal yang jatuhkan, mesti aku gaduh ngan dia 7 hari 7 malam.
 
Hahahah! mulai esok pakai la hset nokiak balik!
 
 
 
 
 
 
 
Galaxy note 2 yang da retak seribu, cermin tuh yang retak poket aku yang berderai! hahaha!


: psttt...nk cite pasal screen hset pecah  je..dia punye intro punye la merepek! layan je la eh!..

Tuesday, November 27, 2012

ANAK

Sebelum anak lahir, perkara yang sering kita ungkap "semoga anak yang bakal lahir kelak akan sihat dan sempurna". Pabila anak lahir ,kita membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang dan doa yang dipanjatkan setiap hari juga "semoga anak kita sihat sentiasa." Pabila kita melihat kesengsaraan kanak-kanak yang menderita, kita menjadi insaf dan simpati dan sentiasa bersyukur dengan kesihatan yang Allah berikan kepada anak kita. 

Tapi kadang-kadang kita lupa, dikalangan kita, di sekeliling kita, masih ramai juga yang mendapat ujian-ujian dari Allah setiap hari. Walaupun Allah hanya menurunkan demam sebagai ujian kepada anak kita, kita sebagai ibu bapa mula rasa gelisah. Berduyun-duyun doa kita panjatkan, pelbagai ubat kita usahakan semoga Allah melindungi anak kita, Sentiasa.

Bila anak kita sihat sentiasa kita jangan alpa, bahawasanya ujian dan dugaan Allah bukanlah sama. Setiap dugaan pasti berbeza. Anak kita sebaya, lahir pada tahun yang sama, minum susu yang sama, jantina juga sama, dan pengasuh juga orang yang sama pun, belum menjamin kesihatan mereka akan serupa.

Hari ini, anak saya selsema, esok lusa demam pula menjelma, genap hari ke lima Allah duga pula dengan athma. Jika tidak pada kakak, adik pulak yang kena. Walaupun setiap minggu diserang batuk dan athma, kita sebagai mama dan papa tetap tidak putus asa, berusaha mencari penawar, tidak lepas dengan ubat-ubatan dan sentiasa berjaga tanpa lena hanya untuk menjaga anak-anak yang tidak sesihat mana.

Kadang-kadang kita lupa, bila anak kita sihat sentiasa, kita samakan anak-anak kita dengan kanak-kanak lain yang lebih menderita. Penyakit bukan dipinta, dan ianya juga bukan sebagai satu alasan kepada kedua ibu bapa. Kesihatan anak bukan barang mainan ianya adalah keutamamaan. Hari ini Allah uji kita, esok lusa Allah mana tahu Allah uji orang lain pula. Hari ini kita gembira mana tahu esok lusa Allah tarik kebahagian kita.

Walaupun tidur tidak pernah lena, bersengkang mata menjaga mereka, menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk mereka, tidak sekali pun ianya menjadi rungutan. Senyuman dan kesihatan mereka, kegembiraan mereka, hilai tawa mereka semuanya adalah kebahagian kita. 

Setiap hari, jika pulang dari kerja, senyuman mereka lah menjadi penawar setiap duka lara kita.

Monday, November 5, 2012

diet

mulai hari nie, aku akan start berdiet, diet karbohidrat, x mor makan nasi. Untuk setengah hari dah hampir berjaya! hahahaha...

aku nk diet 2 minggu je. Mane tau blh turun 5 kg dalam 2 minggu kan?

Thursday, November 1, 2012

PUTARAN DUNIA

Kat tempat keje aku nie, ade sorang manusia yang suke mengutuk orang. Orang tue tak kena, orang nie x buat keje, orang nie x cantik, orang nie x betul senang cite sume orang la x betul kat dunia nie. Mase aku baru-baru ditukarkan, aku pernah dimalukan depan ramai sangat orang. Tyme tue memang aku rasa sangat down sangat malu, sampai rasa nak berenti keje lah.

Aku pun pelik kenapa lah dia anti sangat ngan aku sampai dia boleh canang kat sume orang yang aku x boleh buat keje, padahal aku x pernah bekerja dengan dia pun. Kesian bos-bos aku yang dulu, teruk kena kutuk ngan hamba Allah nie. Aku memang x suke sangat ngan dia dulu. pandang muka dia pun aku tak nak. Tapi sekarang aku dah boleh terima kerana aku percaya satu hari nanti Allah akan balas setiap ape yang dia buat kat aku n orang keliling aku.

Allah tue maha besar kan! sikit-sikit dia diketepikan, baru lah dia rasa ape yang orang lain rasa. Baru lah dia tau Allah tue maha Adil dan Penyayang. Tyme dia kenakan ramai orang, dia x pernah fikir pun ape yang orang lain rasa. Sekarang nie bile ape yang berlaku terkena kat dia, baru dia sedar, dunia nie hanya sementara.

Kalau kita kat atas tak semestinya kita akan sentiasa di atas kan? Dunia berputar, keadaan juga berubah. Apa yang kita buat, Allah akan balas setimpalnya. X payah la nak megah sangat dengan kuasa yang kita ada. Sepuluh kali kita kutuk orang, 10 kali jugak la kutukan tue berbalik pada kita.

Selama dua tahun aku tabah mengharung segala kata cacian orang. Kalau korang kenal orang-orang kat tempat keje aku nie, mesti benda-benda buruk je yang korang akan dengar pasal aku. Mula-mula memang aku kesah. Kesah sangat. Lelama aku da lali, lali dengan segala kata-kata umpatan tentang diri aku.  Setiap hari aku cuma buat kerja aku, x peduli kata orang. Setiap orang buat silap kan. Kesilapan itu kita boleh perbaiki kan?  Siapa kita nak menghukum orang kan? Kat tempat aku nie memang ramai orang teraniya,hanya Allah yang lebih mengetahui.

Yang baik tue kan datangnya daripada Allah, yang buruk tue datang nya dari diri kita sendiri. Bukan dari orang lain So berhentilah menyalahkan orang lain kan?

Berakhir sudah sesi meluahkan perasaan. kesian pada orang-orang teraniya dan tidak berdaya.

Monday, October 22, 2012

Gambar VIENNA

Ok, akhir nya aku mengalah untuk mengupload lagi beberapa gambar Vienna. Sebenarnya bila sampai Vienna, memang x de tempat sangat nak amik gambar. Bangunan sume sama, church n patung-patung banyak la. Disebabkan aku nie tak suke amik gambar ngan patung, memang x de la tempat yang menarik aku nak amek. Sikit-sikit ade lah. Enjoy de picture k!














Mak-mak macam aku mesti lah nak kumpul fridge megnet kan. Untuk korang yang sampai sini dan nak cari fridge magnet yang murah, pergilah kat Naschmarkt. Pasar paling besar kat Vienna. X la murah sangat pun, tapi dapat la 3 unit 10 euro. Ok! jumpe kat tempat lain pulak k!

Friday, October 19, 2012

VIENNA.

Cerita di Vienna dah nak basi pun. Sebelum jadi basi siap berbuih-buih, baik aku cite sikit-sikit kat blog nie, untuk jadi kenangan di masa akan datang.

Ramai yang tak tau Vienna kat mane kan? aku memula pun x tau...yang aku tau Vienna kat Europe, negara mane pun aku x tau. Kalau cite kat orang mesti orang ingat aku g Venice kat Itali. Padahal Vienna n Venice jauh la sangat. Vienna nie kiranya pusat negara AUSTRIA. Vienna nie pun termasuk dalam senarai 12 bandar yang perlu dilawati di dunia.

Aku datang sini sebab kena attend Vienna Design Week. Kena tengok karya-karya org, Join seminar, design lab, tengok artwork yang dihasilkan, tengok perjalanan program sambil-sambil cari idea macam mane nak develope industri kraf. Best memang best, tapi letih nya tuhan je yang tahu. Berjalan kaki ke hulu kehilir dengan hanya mengharapkan GPS dan peta ditangan. Memang boleh pengsan. Setiap hari berjalan dari satu tempat ke satu tempat, memang tak larat.



 Gambar nie masa 1st day sampai Vienna, da petang, bandar nie da sunyi...susah nak cari orang lalu lalang, kalau nak pun kena g pusat bandar bebetul. Baru ramai orang. Kul 6 je mesti da start sunyi.


 Nie kat taman yang paling besar kat Vienna, ntah ape nama tempat dier..aku malas nak search. Taman nie memang cantik giler,..best sangat.


 Taman tema kat Vienna. Macam genting, tapi lagi xstream!

 Pusat Islam kat Vienna. comel je masjid dier, tempatnya pun aman je.


Nie la rakan sebilik aku. kami pegi berempat je..dua lelaki, dua perempuan. Kat Malaysia kitorang x pernah berborak pun, sampai sana terus jadi bestfren. Balik Mesia, x kawan balik..hampeh punya budak..dedua giler! tapi ok..seronok kat sane.


 Yang baju itam tue la kepala kat sane. Boleh pengsan ikut dier ke hulu ke hilir. Tapi best! pengalaman sekali seumur hidup kan, belum tentu sampai Vienna lagi pas nie.



 Mc D kat memane pun ade tapi kitorang x masuk pun coz banyak makanan  halal kat sini. Orang turki banyak buka kedai makan.

Hofburg Vienna, kalau pelancong mesti datang sini, bangunan dia cantik-cantik, pusat segala muzium.

Tue je lah dulu kisah nak cerita kat Vienna.

Sape-sape yang nak g Vienna, jangan risau, banyak makanan halal kat sane, orang turki ramai, muslim pun ramai. Kat sane aman je. Kite boleh jalan kemana-mana tanpa takut-takut. Masa sampai sane, musim luruh nak masuk musim sejuk suhu dalam 22- 11c je...so x sejuk sangat, sesuai sangat untuk jalan-jalan.  Tak perlu pakai baju tebal sangat, pakai jaket ngan kasut sarung pun da cukup.

Kalau pegi sane jangan lupe g Stepahnplaz. Tempat shopping paling besar kat sane. Tapi di sebabkan nilai mata wang kat sane guna Euro, memang x mampu la nak shoping sakan. Membeli sikit-sikit je. Kalu nak pegi mane-mane naik je train, kalau jujur beli la tiket, kalau rase nak naik free pun x de orang check. Tram n train pengangkutan utama, senang sangat nak bergerak, yang penting bawak maps n GPS. Sume pun mudah.

Ok! takat nie je gambar yang boleh share..ikutkan ade seribu lebih gambar. tapi kang pening pulak korang nak tgk kan.

Friday, September 21, 2012

Kena Tinggal Lagi.

Insyaallah, minggu depan aku akan terbang lagi. Meninggalkan anak-anak di rumah berhari-hari bukanlah  menjadi pilihan terbaik untuk diri aku. Tapi, apabila peluang terbaik sesekali datang dalam hidup, tidak terdaya rasanya untuk mengatakan tidak.

Mungkin ini adalah landasan untuk aku jadi lebih baik dari sekarang. Tapi jauh di sudut hati, meninggalkan anak-anak tanpa jagaan aku adalah benda yang paling berat untuk aku buat sekarang.

Wednesday, September 5, 2012

Gambar Raya.


Macam mak-mak yang lain, aku pun berhadapan masalah yang sama untuk mengambil gambar dengan anak-anak. Biarpun dedua anak perempuan, bile kena pakse amik gambar memang susah. Kelam kabut jadinya.




 Susah betul nak amik gambar ngan Eryna. Asyik nak terjun turun ke bawah, x nak dipegang. Akhir nya sume gambar jadi hampeh. Sabar je la..


Hihi..takat nie je lah gambar yang ada untuk dikongsi. Abaikan props-props dibelakang, coz anak-anak dara aku lena sangat tido kat umah wan. Dekat kul 11 pagi baru siap mandi n pakai baju. Seronok sangat tido di pagi raya.

Raya kali nie memang seronok coz Alya da pandai salam sambil sebut Selamat Hari Raya. Eryna pun da pandai salam cium tangan. Orang bagi duit raya pun da pandai ambil.

Seronok sangat raya  bila ade ramai anak.
Hihihihi.


*Anak baru 2 orang kecoh nya macam 10 orang. Sabar je lah!