Tuesday, January 31, 2012

3 tahun.

Hari nie genap 3 tahun perkahwinan kami, manis nya perkahwinan masih terasa walaupun banyak rintangan dan dugaan yang datang.


Tiada apa yang ku harapkan melainkan kasih sayang kami akan kekal, anak-anak akan dibesarkan dengan sempurna, rezeki makin bertambah dan kehidupan kami sekeluarga sentiasa diberkati dari Allah.


Susahnya kami sekeluarga, beratnya dugaan kami, gembiranya kehidupan kami, senangnya kami anak beranak, ianya hanyalah sekelumit rasa-rasa cinta dan ujian yang diberikan oleh Allah dan ianya akan sentiasa dijadikan kekuatan untuk kami meneruskan hidup di hari yang mendatang. Segala yang terjadi akan dijadikan sandaran dan harapan bahawa pelangi indah akan sentiasa mengiringi kami sekeluarga hingga ke akhir hayat.





Moge kegembiraan ini akan sentiasa menjadi ingatan kita sebagai jaminan kepada kehidupan yang lebih bahagia.





****Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang ke-3 Sayang, Moga kasih sayang kita akan semakin kuat hingga akhir hayat.

Friday, January 20, 2012

Susu.

Sejak dari kecil memang susah sangat nak cari susu yang serasi dengan Alya. Sejak dari baby Alya memang selalu berak keras. Kritikal nya keadaan tu sampai aku kena berjumpa pakar mengenai masalah pencernaan Alya. Jawapan yang aku dapat selepas berjumpa pakar tentang masalah yang Alya alami hanyalah kerana usus Alya malas bekerja. Sejak dari itu aku memang selalu sangat bagi Alya makam buah, blend bubur dengan sayuran, minum air vitagen dan elakkan makanan-makanan lain. Oleh kerana itu jugalah Alya hanya makan nasi bila menginjak ke umur 2 tahun.



Semasa kecilnya Alya, Setiap kali Alya berak aku akan menangis n duduk jauh2 coz x thn tgk alya menangis2 menahan kesakitan. Setiap kali berak setiap kali lah berdarah, rase x sanggup sangat da nak hadap. Alhamdulliah, pengalaman tuh semua sudah berlalu. Hasil dari pada pertukaran susu yang pelbagai, akhir nya Alya sangat serasi dengan susu Mamil gold. Tapi ye lah kn, ank bertambah, ekonomi aku sekeluarga x pula bertambah, susu pulak naik harga x beringat, sampai RM 109 setin, gila ke hape? memang da rase x mampu sangat da la kn.







Nasib baik la Dumex keluarkan susu baru yang berasaskan buah-buahan dan sayuran, memang bersyukur sangat la akhir nya Alya dah boleh terima susu mampu milik nie. Xde la aku susah hati sangat setiap bulan untuk spent duit untuk keperluan anak-anak. Pada mulanya memang Alya x blh nak terima susu nie. First respon Alya bila minum susu tu adalah:








Alya: Mama, x sedap. Susu da basi.


Mama: Sedap.... susu x basi, elok lagi.



Pas tuh Alya minum lagi. Lepas seketika Alya cakap lagi.


Alya: Mama, nie bukan susu Alya,nie susu adik.


Mama: X la...nie susu alya, susu adik lain..susu baru tau, sedap....




Pas tuh, alya letak tepi susu terus pegi main, x nak minum da susu tuh. Lama-kelamaan baru dier okey. Alhamdulliah sangat, sejak minum susu nie sebulan yang lalu, sistem pencernaan Alya baik sekali, makan nasi n coklat pn tak berak keras, kiranya dah boleh makan ape saja lah, tanpa aku susah hati. Susu nie pun rase dier sedap, macam rase air yogurt, tapi yang ruginya, susu nie cepat basi. So kadang2 terbuang macam tu je la kalau Alya leka sangat main.








Ni la dier susu yang menjadi penyelamat ekonomi kami sekeluarga.



Tentang gula tambahan kat susu ni, aku sendiri tak pasti ade ke tidak. Memang mama yang x alert kn? X pe balik nanti aku check. Tapi susu nie manis, surely lah ade gula tambahan kan?



Hadoi....x kan nak tukar susu lagi kot?

Friday, January 13, 2012

Alya Sofea 2 tahun.

Alhamdullillah. 2 hari lagi iaitu 15 hb januari nanti umur Alya akan menjangkau ke angka 2 tahun. Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan kami sebutir permata yang tidak ternilai dalam hidup kami. Segala penat lelah, suka duka, jatuh bangun membesarkan Alya sejak dari bayi menjadi kenangan terindah untuk kami sekeluarga.



Belumpun mencecah umur 2 tahun alya sudah mempunyai seorang adik yang juga cinta hati kami. Walaupun masih kecil, Alya sangat-sangat menyayangi adik Eryna dengan sepenuh hati. Tidak ade kes penderaan yang dilakukan oleh Alya terhadap adik nye sendiri.





N3 kali nie jangan ade yang termuntah sudah la kan. Aku ingin sekali berkongsi perkembangan Alya di blog ini sebagai kenangan di masa kan datang. Alhamdulliah, belum pun berumur 2 tahun Alya sudah pandai mengira, sudah menghafal ABC, sudah belajar mengenal Alif Ba Ta, sudah pandai menghafal lagu, sudah pandai mengenal beberapa jenis warna, dan binatang, mengenal kebanyakan jenis kenderaan dan banyak lagi benda yang kita tak jangka pn. Ramai yang kata Alya fast learner. Entahlah, bukan lah niat untuk membanggakan anak sendiri, tapi aku bersyukur sangat dengan ape yang Alya dapat capai sebelum umur 2 tahun. Bagi org lain ape la sangat yang Alya mampu, sebab ade kanak-kanak yang boleh membaca dan menulis sebelum umur 3 tahun. Kalau mcm tue aku memang akan bangga dengan anak sendiri. Hiihihihih.. Sekarang nie alya sedang belajar mewarna dan menulis tau. Sampai penat nk layan mewarna dan menulis setiap malam.


Menjengah ke usia 2 tahun, gigi Alya sudah tumbuh sepenuhnya iaitu 20 batang. Tidak seperti kanak-kanak lain, alya baru sahaja belajar-belajar untuk makan nasi bagi menggantikan makanan harian Alya, iaitu bubur. Menu utama Alya setiap hari adalah sup ikan merah, sup ayam, sup sayur, ikan goreng dan ayam goreng. Selain dari tu Alya juga gemarkan kentang goreng dan nuget serta pelbagai jenis mee. Selain scott emulsion, Alya tidak mengambil ape-ape menu tambahan setiap hari. Alya juga masih belum di ajar untuk minum milo atau pelbagai air lain selain dari vitagen, air kosong dan susu. Alya juga masih belum didedahkan dengan segala makanan ringan.


Kesian Alya, Alya masih belum pandai main game seperti ramai kanak-kanak lain zaman sekarang. Dari segi itu mungkin Alya akan ketinggalan jauh sangat. Alya tidak didedahkan dengan segala mak nenek gadget yang canggih manggih yang ade di pasaran. Bukan aku x nak dedahkan, dan bukan aku x kesian bila kadang-kadang Alya mintak kat aku hset canggih-canggih seperti sepupu-sepupu dia ada, tapi aku x tergamak nak bagi, takut Alya jadi terlalu leka. Alya juga hanya menghadap Upin-Ipin sebagai hiburan. Selain dari itu hiburan alya adalah video-video ABC, Iqra', lagu kanak-kanak dan juga nasyid kanak-kanak. Kebanyakan masa-masa Alya hanya menghadap buku-buku, pen dan kertas. Segala mainan yang sedia ada jarang-jarang sekali diusik.


Alya pandai sangat bercakap sekarang, ape yang kite sebut Alya cepat sangat akan ingat. Tue la yang menjadi kerisauan kepada kami sekeluarga. Kena berhati-hati apabila bertutur, cakap benda-benda yang elok sentiasa. Alya sangat pembersih okey. Sebijik macam perangai Iqmal. Baju basah sedikit, tyme tuh juga minta ditukar, seluar kotor pn minta diganti, pampers sudah berat dan penuh Alya sendiri terkedek-kedek minta ditukar. Banyak benda yang memudahkan kami. Sifat cerewet Alya kadang-kala memeningkan kepala kami juga.

Ada lagi x yang aku nk share kt sini. Rasenye setakat nie je la cerita-cerita tentang Alya , lain n3 kite kongsi lagi ok. Okey, saja nak share antara gambar-gambar alya dari umur 1 bulan hingga la mencecah 2 tahun. Kualiti gambar memang hampeh ye. Kira okey la kan dari x de.

Hapy birthday Alya, mama sayang Alya sangat.
















Thursday, January 12, 2012

Sayang.

Dulu kita kawan.
Bertahun-tahun lamanya.
Cinta yang datang silih berganti, Kau tetap disisi.
Kau setia menanti, dan akhirnya kita berjanji sehidup dan semati.

Ribut datang menggangu perasaan.
Seribu satu halangan, mengugat kesabaran.
Kadangkala kita tidak sehaluan, dan kadangkala kita berjauhan.

Sayang,
walau apa pun rintangan, kau masih menjadi pujaan.
Biarpun seribu badai datang mengugat kasih sayang, aku akan tetap utuh menyayangi dan mencintai kau sepenuh hati.

Sayang,
walaupun kau sentiasa dihati, tapi kau adalah satu memori.
Seribu kepayahan yang kau cuba selami, aku akan sentiasa setia semati bersama orang yang paling kucintai.

Itu aku pasti.

Wednesday, January 11, 2012

Dugaan Datang Lagi.

Setiap dugaan adalah ujian dari Allah.

Dugaan yang datangnya dari manusia lain kadangkala membuatkan kita hilang pertimbangan.

Apabila dugaan itu tidak setimpal dengan ape yang telah kita lakukan, moga-moga Allah dapat menyebelahi kita untuk hari-hari yang berikut nya.

Moga segala ketabahan hati dapat memberikan seribu kekuatan.

Semoga pintu rezeki akan sentiasa dibuka untuk aku sekeluarga.



Adakah setiap azam yang aku bina tahun ini akan musnah dengan mudahnya hanya dengan dugaan-dugaan kecil ini? Ya Allah..kau tabahkan lah hati ku ini.

Monday, January 9, 2012

Kerja.

Setiap hari aku mengadap blog, walaupun 5 minit. Tapi belum sehari pun aku berusaha untuk mengubah kembali header sementara aku tue kan. Memang dasar pemalas. Bermula je tahun 2012, kerja aku makin bertimbun. Asal aku cuba selesaikan satu persatu setiap hari, pasti kerja yang selesai akan di ganti dengan kerja-kerja dan idea yang baru dari tuan pengarah. Bile agaknya rutin nie akan habis kn? Rasenye-rasenye ade x keje yang lebih mudah yang aku boleh buat selain dari kerja aku sekarang nie?


Heh. Aku tak mengeluh tau, aku cuma meluahkan perasaan. Ok ! nk sambung buat kerja. Babai!

Friday, January 6, 2012

Corset.

Sejak aku melahirkan alya, badan aku tidak fit seperti dahulu. Sejak dari itu mulalah aku mencari alternatif untuk menutup segala kekurangan segala muffin-muffin yang sedia terbentuk terutama di sekitar perut dan punggung. Aku sendiri rase tidak selesa bile terasa segala lemak bergoyang-goyang disekitar badan. hahahahahaha.


Bermula dgn girdle, ditambah pula dengan waist nipper dan akhir sekali mengguna kan long bra semuanya telah aku pakai. Daripada semurah-murah produk yakni dari brand skiva, audrey hingga lah kepada premium beautiful (PB) semuanya aku da cuba dan aku dah beli. Rasenye dlm simpanan aku lebih kurang ade 7 pcs pakaian-pakaian alternatif nie.


Memang gila nak nampak solid kn?


Dan setiap material pasti berbeza. Setakat yang aku cuba PB adalah material yang pasti selesa. Selesa x beerti mempunyai segala mak nenek kebaikan seperti Infra Red la, boleh menghilang kn keputihan la, boleh mendapatkan anak la. Bagi aku itu sume adalah dusta belaka. Aku beli cuma nk cari material yang paling selesa bukan untuk medapatkan segala mak nenek pembohongan yang ramai war-war kn.


Corset bukan untuk kurus ok. Corset hanya boleh menjadikan kite nampak kurus. Bila buka Corset semuanya akan kembali kepada bentuk asal. Sepanjang aku pakai corset aku x nampak bab mane yang corset boleh menjadikan kita kurus. Untuk menjadi kurus bukan semata-mata dengan pemakaian corset, diet yang seimbang dan senaman yang konsisten perlu berjalan seiring.



Kalau sesiapa duk cite mcm-mcm kebaikan pasal corset, terserah lah untuk percaya atau tidak. Search kt google pun mcm-mcm benda kite boleh jumpe. Kita semua adalah penguna yang bijak dan pilihan sentiasa di tangan kita sendiri. Tapi bila makin ramai kawan-kawan terjebak dan terpengaruh dengan benda-benda rekaan nie rase kesian la pulak.



Wednesday, January 4, 2012

pembuka tirai 2012

Berakhir sudah 2011. Tidak ade sesuatu yang terlalu menarik untuk dikongsi pada tahun 2011. Hidup berlalu biasa-biasa sahaja. Hanya seperti biasa. Aku masih mengharapkan sesuatu yang luar biasa akan terjadi dalam hidup aku. Harapan tanpa usaha memang tidak akan ke mana kan?


Insyaalah, Allah akan melapang kan pintu rezeki untuk kami sekeluarga bagi permulaan tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya. Azam setiap tahun untuk kurang kan merungut masih tertanam dlm hati dan akal fikiran sekukuhnya. Harapan aku semoga tahun ini akan menjadi lembaran baru untuk aku supaya lebih bertanggung jawap dlm kerjaya, menjadi lebih kreatif, menjadi mama yang semakin sabar, menjadi isteri yang terbaik untuk iqmal serta menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa.

Owh! walau macam mane susah pun tahun nie aku mesti beli rumah tau. Doakan aku ya! Harap-harap dapat la beli rumah kat area Shah Alam below 250 k. Ade ke? usaha tangga kejayaan kan. Mane tau rezeki anak-anak. Allah itu maha adil kan. Moga-moga 2012 akan menjadi tahun yang terbaik untuk kami sekeluarga.

Selamat Datang 2012.

Tuesday, December 20, 2011

pregnancy test.

lawak. 16 haribulan lepas genap eryna 4 bulan. Dalam 4 bulan tersebut aku hanye merase kedatangan haid sekali sahaja...bulan2 seterusnya aku belum lagi didatangi haid. Setiap kali bermulanya bulan baru mesti iqmal akn bertanya mengenai haid aku...hihih...tau takut..



ye la kn, mane la x takut...eryna dulu hadir tanpa dirancang...kang x pasal eryna pulak yg dapat adiq pulak kn. 2 hari lepas pulak aku asyik pening-pening dan rase mcm nk muntah...mcm serba x kena..dah pulak, x kn mengandung lagi kot? punye la suspen...semalam iqmal pn beli kn la pregnancy test untuk aku. Tak sempat smpai umah sendiri, kt umah emak juga aku buat test tersebut..preghhh..cuak giler rase hati.




lepas je dpt result terus tersenyum gembira. hihihii..keluar toilet buat muke suspen terus ckp kt iqmal..




"ha..padan muka da termengandung lagi.."




iqmal dgn muka panik pn terus sebut "biar betul....." dan dia pn bergegas amek pregnancy test kt aku n terus gelak...




hihih.....panik suami daku di situ..alhamdulillah..masih negatif....aku nie memang cuak lebih bab2 pregnant nie.....x mampu lagi rase nye nk jaga anak...hihihi...biar la dulu kn....anak dua nie pn da haru....lagi kn bertiga mau haru biru jadinya nanti.

Wednesday, December 7, 2011

anak bersepah-sepah.

eh.....mcm hampeh je tajuk n3 kali nie kn? pehal pulak anak blh sepah-sepah plk kn. 2 hari lepas ade short conversation with my bff, lebih kurang gini la skrip nye...







bff: ko g langkawi x bwk ank kau ke?




me: bawak.aku bwk alya sorang je.....ryna mak mentua aku bawa balik s.alam.




bff: what???? pesal sorang ke hulu sorang ke hilir, sepah-sepah ank kau, x baik tau...sian dier.kecik2 da kena tinggal-tinggal.




lebih kurang mcm tuh la ayat dier. Sebenarnye bkn bff aku sorang je yang mempertikaikan tentang isu nie. ye la tergamaknye hati aku tinggalkan ryna kt umah mil kn, sedangkan aku bergembira kt langkawi....




Untuk pengetahuan la, aku ke langkawi pade hari khamis 2 minggu lepas n pulang ke rumah selasa pagi berikutnya. Lebih kurang 5 mlm la aku meninggalkan ank2 aku atas urusan kerja. Oleh kerana pada hari sabtunye family iqmal ade kenduri di Alor Setar, dgn jasa baik mil...kedua org ank dan suami semua dgn rela hati mengfollow utk menghadiri kenduri tersebut...n selesai saja kenduri, iqmal n alya pn bergerak ke langkawi utk berjimba sambil bekerja bersama-sama aku...manakala ryna pula di bawak balik ke S.Alam...mcm tu la kisahnya...




isu nye sekarang kenapa ank ditinggalkan bersepah2 n bukan dikumpulkan secara berjemaah???




itu la masalah aku ngan iqmal sekarang. Setiap kali nk keluar utk membeli barang, ke shoping kompleks, g kenduri kahwin n perancangan utk bercuti pn ayat yang terpancul dari mulut iqmal adalah.." nk bawak ank dua-dua ke?"




kalau jawapan aku yea..pasti akn kelihatan riak2 stress di muka iqmal, dan kalau aku jawap tinggalkan sorang kt umah mak mesti riak2 hapy tue ade kt muka iqmal....





Mcm tuh la....sebenarnye aku nie memang x penah tinggalkan alya mase dier sorang2 dulu kt umah mk atau umah sesiapa kalau nk g mane pn, mesti aku akn bawak kehulu-kehilir. Sejak kelahiran alya, aktiviti luar pn makin kurang. Hendak g shoping kompleks sume mesti pilih week day atau tgh2 bulan, atau weekend seawal pagi...ye la..tyme tuh memang x ramai org kn....tp sekarang perkara sebalik nye berlaku..sejak ade ryna ......aktiviti luar mkin teruk...aku jarang sekali keluar...mkn kt luar....x g shoping kompleks atau ke mane pn la.....aku ngan iqmal masih blm pandai menyesuaikan diri wlpn umur ryna hampir menjangkau 4 bulan.




pernah sekali pergi ke carefour berempat....di awal 15 minit yang pertama....keadaan semua berlaku dgn normal...seorang duduk di atas troli...seorang tidur di dlm stroller......15 minit berlalu...alya suda mula mahu berdukung... iqmal pn terpakse dukung alya n tolak troli mengunakan sebelah tangan.aku pula...masih menolak stroller ryna n pilih2 barang yang ingin dibeli....x smpi setengah jam..ryna pula merengek minta di angkat....





masalah bermula disitu.....sape pulak yg nk tolak stroller kalau aku dukung ryna......babak-babak drama pn bermula...bila kakak menangis adik pn menangis sama.......sesi pujuk -memujuk pn berlaku......last2 masing-masing cuma duduk setempat sambil memujuk ank supaya berhenti menangis...nk x nk terpakse pulak aku dukung ryna n tolak stroller juga....nasib baik la x lame kemudian ryna nk baring dlm stroller semula ....cepat2 la aku ngan iqmal ambil barang2 n terus menuju ke kaunter pembayaran....fuhh...lepas satu dugaan di situ.....





kalau pergi mkn diluar pn begitu.....masing2 kena handle ank sorang satu....dulu alya sorang blh la mkn secara bergilir....tp sekarang giliran suda tidak ade...hanye mkn ape yg sempat dgn cepat......alya blh duduk ngan elok dlm mase 15 minit awal je..selebihnye nanti mula la mengacau sume benda di atas meja n mengetuk2 sudu di atas pinggan.....x ke bising bunyi nya...





selepas dua 3 kali percubaan aku ngan iqmal buat..n kami masih blm boleh handle ank2 dgn baik... so keputusan yg kami buat adelah mkn di rumah dan membeli barang di 99 speedmart...tidak ade lagi jln2 santai di carefour atau tesco...atau bershoping sakan di jj atau sunway pyramid......duduk rumah diam2.. kalau da borink sgt...g la rumah mak utk menghilangkan kebosanan.






sebab tuh la ank2 aku sepah2.......aku masih x blh handle ank dua..iqmal pulak kesabarannya masih senipis kulit bawang...sekali tiup pasti terkoyak...so nk x nk kadang2 aku tinggalkan juga ryna utk ke kenduri kahwin atau rutin-rutin terdesak. bukan aku x kesian....hati memang terasa berat..tp ape cara yang aku blh buat..kalau x minta bantuan mak dan ayah kn..aku bukan ade maid utk di bawa kehulu kehilir...hanya itu yang aku mampu sekarang....tunggu lah...mungkin selepas umur alya genap 2 tahun dier suda tidak mahu berdukung..tyme tue mungkin aku sudah blh bawak dua2 ank aku kemana saja yang aku suke kn....satu hari.....pasti...n aku sangat pasti..yang aku dan iqmal blh handle kedua orang ank -ank aku nanti....insyaalah...















mase nie aku keluar ke jj berdua dgn alya..n ryna ditinggalkan di rumah emak..













di rumah nenek pula ryna masih tersenyum gembira wlpn ditinggalkan oleh mamanye yg kejam..sian ank mama.....