Wednesday, June 13, 2012

Keperluan Di Kala Beradu.

Ade orang jenis x kisah, asal letak kepala confirm boleh tidur. Tak kira la kan, bantal bersarung ke tidak, katil tak bercadar pun ade yang tak kisah. Aku ngan Iqmal jenis berkira bab keperluan tidur nie. Tempat tidur mesti kemas sentiasa, setiap hari balik kerja kalau katil or tempat tidur berselerak mesti mood aku jadi x best. 

Laki bini jenis mengada bab tidur nie. Yang terlebih mengada nya surely la aku. Cadar mesti kena bertukar setiap minggu. Color mesti nk ceria-ceria. Mesti kena 100% cotton, kalau tidak mesti aku merungut sepanjang malam. Aku selalu sangat beli cadar brand Akemi. Selain color nye yang akan maintain cantik walaupun basuh berkali-kali, harganya pun jauh lebih murah.

Selalunya, cadar n sarung bantal nie adalah pilihan aku untuk diberikan sebagai hadiah di hari perkahwinan kawan-kawan. Kebanyakan kawan-kawan office terutamanya, surely akan dapat hadiah cadar dari aku. Sebab aku pasti mesti diorang akan guna.

Sekarang nie pulak kawan aku ade pulak tengah berbusiness buat pillow case. Memang sesuai sangat la nk dijadikan hadiah kawan-kawan aku yang ramai lagi akan kawin kelak.
1 set pillow case nie harge dier RM40 (2 pcs) w/o postage sahaja. Kite juga boleh pilih color ape yang kita nak. Tapi color light-light je la eh yang ado.  Kalau korang minat nk tempah proses buat dan penghantaran adalah selama 7 hari dan teknik yang digunakan iron 0n- transfer. kalau korang nak tau lebih detail lagi pegi kat blog dier je la eh!



 




Nie lah contoh-contoh sarung bantal yang boleh korang order. Kalau ade sesape berminat nak tempah pillow case nie email to mizz_reanna@hotmail.com




Monday, June 11, 2012

ERYNA

Aku nie memang x adil kan. Dulu mase mula-mula ade Alya, asyik la buat n3 pasal Alya. Sekarang bila sampai part Eryna, asyik la x de n3. Sian anak mama. X de ape sangat pun nak share tentang anak kedua aku nie, selain da pandai duduk dan berdiri serta semakin pandai membuli kakak, tiada ape-ape lagi perkembangan Eryna setakat nie. Tapi yang pasti, semakin besar semakin pandai menjeles. Kesian kakak, asyik kena mengalah. Last-last kakak lah asyik menangis kena buli dengan adik. Tapi anak-anak aku nie memang rapat, adik x boleh tengok kakak nangis, surely dia pun join same nk menangis. Kalau adik nangis, kakak la tukang pujuk. Pandai anak-anak mama, penuh kasih sayang.

Ok, layan gambar latest Eryna je la!





Eryna Safiya 9 month n 22 days old!

Tuesday, June 5, 2012

breeze

haha! lawak!

ari nie aku g keje mcm biasa, pakai baju macam biasa, x de ape yang menarik. Tapi yang klaka nye, hari nie ade orang tegur aku, akak, kuatnya bau breeze! akak basuh baju pakai sabun breeze ke?

hahahahaha...memang lawak! rase mcm nk gelak guling2. aku pun x tau bau breeze mcm mane. Tapi memang aku ade bau sabun kat baju aku. Mungkin baju aku nie aku baru amik kt umah mak aku, so mungkin mak aku pakai sabun breeze kat umah!

hahaha! sape pakai sabun breeze? sabun breeze nie memang sebatu blh bau eh?




Monday, June 4, 2012

kerja gile.

Hari nie hari isnin. Datang keje pagi-pagi, beli breakfast terus mengadap kerja. Buat kerja n terus bekerja. Pas tuh terus teringat nk tunjuk design n product yang staff cawangan da buat dan hampir siap pun.

dalam pukul 10 pagi, Ketuk pintu bos, terus duduk. Pung pang-pung pang bercerita kat bos pasal product tuk incoming event, terus bos diam. Ye la product da siap pun kan, x kan la nk banyak bunyi pulak.

Dengan muka selamber bos pun berkata:

bos : berapa total kos?
aku: dalam 20 ribu lebih!
bos: hurm..  bayar sendiri!

dang! bayar sendiri! gile ke hape! hadoi..susahnya keje ngan bos cam nie! nk kerja lain plz!!!!!!



da x boleh nk buat kerja da nie! layan gambar anak je la dulu!


Thursday, May 31, 2012

Akhir-akhir ini.

Akhirnya Un (adik ipar dan bukan nama sebenar) dapat tawaran ke universiti.
Alhamdullillah, moga segalanya dipermudahkan menjelang hari ahad nanti. Makin kurang lah ahli dirumah MIL,  dan makin sunyilah rumah MIL nanti.

Akhirnya, selepas 9 bulan Eryna da tumbuh gigi.
Alhamdulliah, banyak sangat dah perkembangan puteri kedua aku tu. da boleh duduk, da boleh berdiri sendiri, boleh melambai, boleh tepuk tangan, suka sangat makan dan banyak sangat minum susu. Alhamdulliah, segala kesihatan dan perkembangan Eryna baik-baik belaka.

Akhirnya hari ini, aku telah disahkan jawatan.
Alhamdulillah lepas nie aku  akan dimasukkan ke taraf berpencen. Alhamdulliah, syukur sangat. Lame juga aku tunggu untuk disahkan dalam jawatan baru nie.

Akhir-akhir ini, kesabaran aku sering kali diuji, aku mengharapkan kesabaran dan kekuatan hati aku akan sentiasa teguh dalam mengharungi kehidupan ini.

Wednesday, May 23, 2012

ISU PTPTN

Semalam ade debat mengenai isu PTPTN  kat tv eh? Rata-rata hari nie aku dgr orang bercerita dan aku bace kt blog. Itu pun aku bace sikit-sikit pas tuh aku pangkah window n sambung buat kerja. Bagi aku ape lah sangat yang nak dibisingkan.

Isu nya senang, kau da pinjam kemudian bayar lah. Ramai orang marah, coz PTPTN nie kadang-kadang macam menipu. Masa aku umur 18 tahun, masa dapat surat perjanjian, jangan nak tipu, mesti ramai giler yang x baca pun perjanjian tuh, termasuk lah aku. Baca sikit-sikit, pas tuh terus skip x nak baca coz banyak helai, tulisan kecik-kecik pulak, tyme tuh x de fikir pun bebanan di masa akan datang. Dapat surat perjanjian main sain je. Pas dapat pinjaman, duit surely habis kan? Padahal ape yang tertulis satu hape pun x paham. X pasal kena bayar caj perkhidmatan punya lah bayak setiap tahun.

Tapi kalau sape-sape terlepas pandang lah kan, sape-sape yang boleh score atau dapat ijazah Kelas Pertama, pinjaman tuh sume x payah bayar. Kira kerajaan tanggung kau belajar free la.

Ape lagi nak bising? kira-kira nya mudah je. Xpayah nak bising pasal dana lah, pasal belajar free la, pasal kerajaan mampu lah. Kite semua pun mampu belajar free, tapi pilihan ditangan kita kan. Nak belajar  free mudah je!

belajar pandai-pandai  (dapat 1st class degree) = tak payah bayar PTPTN.

Senang je calculation tuh kan?

Ok bai! selamat membayar PTPTN.



Owh! ade satu tempat yang aku tahu kerajaan bagi kite belajar free. Siap ade elaun bulanan lagi kot. Meh la belajar kat Institut Kraf Negara.

Monday, May 7, 2012

Berat!

Masa aku lapor diri untuk bekerja di Kraftangan, berat aku baru 48 kg, masa tuh umur aku baru nak masuk 25 tahun. Aku sentiasa menyarungkan baju saiz xs  ke pejabat. Baju kurung memang hari jumaat je la kot, tue pun baju kurung moden. Mesti nak nampak shape!. hahahah gile gedik x tau malu!

Selepas setahun berat aku menjadi 53 kilo. selepas berkahwin dan beranak seorang berat aku maintain diantara 55 - 58 kg. Sehinggalah melahir kan eryna berat aku masih 58 kilo. x sampai 3 bulan berhenti menyusukan eryna, sekarang berat aku berjaya bertambah sebanyak 7 kilo lagi! ya Allah apelah dosa aku sampai berat giler @ gemuk sekarang nie! cuba korang tambah sendiri eh berat aku sekarang, x sampai hati aku nak menganiya diri aku dengan menaip total berat aku sekarang.

Iskh, nie da tahap berat x masuk akal nie, da tahap berat masa mengandung 6 bulan. Da tahap kena pegi slim world da nie! Semalam aku tgk jarum kat penimbang macam nak pitam da aku rasa. Ye la memang x sangka aku boleh menjadi sebesar ini sekarang! patut la byk baju da x muat! Eh..PB nie x berkesan pun..hihihi..tetiba salahkan PB pulak.

Aku tau nie sume salah Iqmal, semalam da lepas timbang kat klinik, dier boleh tapaukan aku Chesse burger pulak. Mane la tak gemuk kan! Tension betul la!


Waaaa...macam nak menangis pun ade. Macam mane nak kurus nie?

tsk..tsk...

macam mane nak pakai kebaya di hari raya nie? da la tahun lepas pregnant! tsk..tsk...


rasenye kalau kumpul kawan-kawan lame, mesti aku yang paling besar sekarang! benci!

Friday, May 4, 2012

Hong Kong!

Fuhh....letih berhari-hari di Hong Kong masih terasa. Hari-hari berjalan kaki berjam-jam lamanya semata-mata untuk tidak melepaskan peluang  menjejakkan kaki di semua tempat menarik di Hong Kong. Sejujurnya, Hong Kong bukan lah satu tempat yang tepat untuk bercuti bersama keluarga. Hong Kong sebuah bandar yang sentiasa sibuk, cepat dan padat. Harus tidak tenang hidup disitu. Semua orang macam mengejar masa dan kurang senyum. Bunyi trafic light pejalan kaki masih terngiang-ngiang kat telinga aku sehingga kini.


Alhamdullilah, banyak tempat menarik kat Hong Kong aku da jejak. Tujuan aku ke Hong Kong adalah kerana ini.

 Hong Kong Gifts And Premium Fair 2012


Dan aku berpeluang berjalan-jalan di sekitar Pulau Hong Kong untuk menjamu mata.


 Aku Juga berjalan di Arena Of Star!


Sempat juga aku menaiki feri untuk menonton Simfony Of Light!

 Sangat indah bandar Hong Kong di waktu malam.

Tidak melepaskan peluang untuk menjejakkan kaki di Ladies Street  Kowloon. Pasar yang sangat terkenal. Tapi personally, Petaling Street 50 kali lebih bagus!


Lan Kwai Fong. Kalau muda mudi cina, surely akan melepak di tempat ini. Sangat Happening!



Hari Terakhir, aku menjejakkan kaki di  Disneyland Hong Kong! tapi x best sangat, coz x de anak-anak. Harus datang balik bawak anak-anak!

Pendek kata, dekat satu Hong Kong la aku jalan, sampai sakit-sakit kaki semua. Tapi kalau da sampai Hong Kong harus la kena merasa naik MRT, TRAM dan juga melawati The Peak untuk melihat keindahan Hong Kong. Entah lah, indah pun tempat orang, tapi negara sendiri juga terbaik. Bau wangi, makan senang, sume orang bersantai-santai, x de huru hara, tak payah cepat-cepat, sume orang boleh enjoy life kan! 

Banyak lagi nak cerita pasal Hong Kong, tapi biasa lah, aku kan sentiasa sibuk, setakat nie je la dulu. Nanti aku update lagi eh.


ok! Bye.

p/s : Disneyland Hong Kong Best! tapi Universal Studio Singapore 5 kali lebih best!

Monday, April 23, 2012

Hong Kong & anak-anak.

Lusa aku akan ke Hong Kong. Tuntutan kerja membuatkan aku kekurangan masa bersama anak-anak. Kali nie aku akan terbang selama 9 hari. Jangka masa waktu yang paling lama aku akan berpisah dengan anak-anak. Minggu lepas 4 hari aku di Cherating. x sampai 4 hari aku dirumah, terbang lagi aku ke sana ke mari.

Kesian Alya, setiap kali aku balik dari out station mesti dia peluk & cium aku & mintak aku jangan pergi kerja. Mungkin dia rindu sangat kat aku coz kerap sangat kena tinggal.

alya: mama, jangan la kerja, mama cuti la...

mama: mama kena kerja, nanti sape nak tolong papa cari duit? nanti sape nak beli susu alya?

alya: mama cuti la...atuk banyak duit,mintak kat atuk... mama cuti k.

hihihih...kelaka rasanye....

setiap kali nak tdo mesti alya akan tanye sama ada aku akan cuti atau tidak. Kalau pagi-pagi alya bangun tido, mesti dier cari aku menangis-nangis. Takut sangat kena tinggal. Kalau ikut hati memang sedih, tapi ape yang mampu aku buat kan? Redha je la tinggalkan anak-anak.

Setiap kali balik out station alya akan peluk aku kuat-kuat. Nasib baik la iqmal keje sendiri, masa flexibel, kalau tidak macam mane lah anak-anak aku kan.

Kalau lah aku boleh cari kerja lain. hurmmmm....


Wednesday, April 4, 2012

Ingredients of love

Aku jeles sebenarnya, kawan-kawan blog, ramai pandai masak dan selalu share macam-macam resipi. Jeles tengok.. :)

Duk google-google terjumpa benda nie! menarik juga kan, boleh buat aku senyum n rest kan otak kejap. Kalaulah semua benda-benda nie boleh disukat, mesti resipi nya sangat lazat kan?

Selamat Mencuba kawan-kawan dan selamat memperoleh hidangan yang hebat!